- Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
- Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
- Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
- Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
- Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
- Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
- Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
- Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Mutiara kata yang indah... titipan untuk jiwa dan minda. Forum berbicara dan berkongsi rasa untuk insan yang memahami erti kasih,sayang dan cinta kepada Ilahi dan alam semesta.Hubungi saya untuk sebarang pertukaran maklumat,info dan perkongsian pengalaman di halwan9@yahoo.com atau 013-3851202 (Nur Wani)
Wednesday, July 30, 2008
Siapakah orangnya?
Tuesday, July 29, 2008
Nak menjadi kaya?
Program JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1429 HIJRAH peringkat kawasan Rembau ini adalah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini serta sebagai persiapan menjelang Idil Fitri pada bulan Syawal nanti.Program ini juga memberi peluang kepada orang ramai yang berkemampuan untuk menambahkan amal kebajikan melalui ibadah sedekah terutamanya sepanjang Ramadhan ini.Golongan sasaran yang akan menerima bantuan ini adalah terdiri daripada golongan fakir miskin , ibu-ibu tunggal , anak-anak yatim , isteri-isteri yang ditinggalkan suami tanpa nafkah serta mereka yang memerlukan bantuan di sekitar Kawasan Rembau.
Mereka yang ingin memberikan sumbangan pula boleh dalam bentuk kewangan , bahan makanan yang tahan lama seperti beras , tepung , susu tin , biskut , sardin dan sebagainya. Sumbangan pakaian serta kasut yang baru sempena sambutan Idil Fitri juga adalah amat dialu-alukan.Untuk peringkat kawasan Rembau , sumbangan ini akan diberikan kepada mereka yang memerlukan di DUN Kota , DUN Chembong , DUN Rantau dan DUN Paroi.
Antara barang yang boleh disumbangkan ialah;
- Garam ( 1peket – RM0.50)
- Gula (1 kilo – RM1.50)
- Tepung (1 kilo – RM 2.80)
- Biskut lemak (1 peket – RM2.50)
- Susu tin (1 tin – RM2.20)
- Teh (1 peket – RM3.50)
- Kopi (1 peket – RM3.50)
- Kicap ( 1 botol – RM2.50)
- Minyak masak /kelapa (1 peket – RM2.50)
- Minyak masak/kelapa (3 kilo – RM7.00)
- Beras (5 kilo – RM 15.00)
- Beras (10 kilo) – RM 28.00
Sumbangan anda boleh berbentuk wang ringgit mahupun barangan keperluan untuk sambutan Ramadhan dan Hari Raya.
Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang dilantik iaitu;Pn Norwani ( Penyelaras Program ) – 013-3851202S
Sdr. Rozmal ( Pemangku YDP Rembau) – 012-2267406
Sdr Sufian ( DUN Paroi ) – 013-3589328 Sdr Zamri ( DUN Kota ) – 012-3513434Sdr Syed Ahmad Johari ( DUN Chembong ) – 019-2628051Tn Hj Shukri ( DUN Rantau ) – 017-2446215
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
DEWAN PEMUDA KAW REMBAU , No Akaun : 05012010065457 ,
DEWAN MUSLIMAT KAWASAN REMBAU No. Akaun : 5012010061653
Bank Islam Malaysia Berhad
Monday, July 28, 2008
5P...lagi motivasi
Saturday, July 26, 2008
Seronoknya bersama mereka..MCS
Dah lama saya tinggalkan Nisa NS namun adik2x Nisa' ini masih lagi segar di dalam hati sanubari saya. Begitu juga kenangan dengan AJK Nisa Malaysia. Kesempatan bertemu dengan Kak Mastura, Kak Arfah, Khadijah, Faizan dan beberapa orang lagi AJK Nisa Malaysia pada hari ini memberi satu lagi motivasi kepada saya untuk mengerakkan program wanita di NS. Senyuman Kak Mas memberi satu 'rebranding' baru dalam jiwa untuk melangkah tanpa ada perkataan putus asa dalam diri.AMALNITA UNTUK SEMUA
Tahniah kepada Muadz & Mus'ab
Thursday, July 24, 2008
Akhirnya Fendi menjamah nasi...
Usrah, Penguat Ukhuwah
Wednesday, July 23, 2008
Kebaikan mereka milik Allah
Saya sempat bermusafir selama hampir seminggu bersama Mr Tara ketika lawatan ke Bakun.
Jika mendengar gaya Mr Tara bercakap memang seperti ustaz dan beliau sering menasihati pekerja-pekerja yang muda supaya bersikap jujur dan jaga sembahyang. Pernah saya ungkapkan ucapan dengannya yang saya sentiasa mendoakan agar hatinya terbuka untuk memeluk Islam. InsyaAllah…InsyaAllah… begitulah jawabnya. Mr Guna pula seorang yang agak pendiam dan cukup menjaga prinsip. Jika ada yang membuat kesilapan, beliau akan menegur dengan tegas. Beliau amat suka berdoa dan setiap kali ada perkara yang mengganggu hidupnya beliau dengan pantas menjawab God knows everything.Guna, anatara kenalan lama semenjak bekerja di KL
Tuesday, July 22, 2008
Naufal Bakal Mujahid

KKP - Program untuk semua

Berbeza di Taman Permata, ramai antara mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan masalah kulit. Majoriti penduduk di sini merupakan masyarakat India yang bekerja ladang, menoreh getah dan menternak. KKP selama 2 jam di Taman Permata terpaksa ditamatkan sekitar jam 1.00 petang disebabkan kami mempunyai program brainstorming Muslimat
Rembau di PD pada sebelah petang. Sdr Husaini memberi jaminan dalam masa terdekat program KKP seterusnya akan diadakan bagi penduduk yang tidak berkesempatan hadir. Saya menyeru doktor-doktor yang berkemampuan untuk turun memberikan khidmat secara percuma. Bagi glukos test, RM3 bagi setiap orang diperlukan untuk membeli strip dan jarum. Terima kasih kepada Dr Linda yang sanggup membeli dan memberi secara percuma untuk setiap kali KKP. Bayangkan kalau setiap kali KKP, sekitar 50-100 orang hadir...Saya mendoakan Program KKP ini akan terus menjadi program ’simbolik’ Pas yang mengenengahkan slogan ’Negara Berkebajikan’ dan ’Pas for All’. InsyaAllah, kita membantu semua insan tanpa mengira batasan agama , kaum dan politik.Pada waktu yang sama, YB Hj Taufek turut melawat sekitar taman berkenaan. Sebelum balik, seorang pakcik menghadiahkan saya sebiji nangka muda. Sedap seungguh kalau dibuat gulai dengan ayam. Orang berbudi..kita berbahasa..orang memberi kita merasa.
Thursday, July 17, 2008
KKP bersama masyarakat India
Tarikh : 19 Julai 2008 (Sabtu)
Masa : 9.00-11.00 pagi (Ulu Rantau)
11.00 pagi - 1.00 petang (Taman Permata)
Pemeriksaan Tekanan Darah, BMI, ujian Glukos dan khidmat nasihat doktor.
Anjuran: Muslimat Pas Kawasan Rembau dengan kerjasama MTD Paroi.
Harap perpanjangkan kepada semua penduduk di kawasan berkenaan.
Sunday, July 6, 2008
Kita masih selesa...
Saya turut terserempak dengan beberapa orang anak usrah saya di kalangan adik2x SPINS. Alhamdulillah, beberapa orang muslimat Rembau turut hadir dan kami sempat bergambar di kalangan ribuan rakyat yang hadir. Hanya 1/4 dari stadium dipenuhi rakyat yang saya boleh anggarkan lebih kurang 10-15 ribu sahaja.
Bagi saya rakyat Malaysia masih berada dalam keadaan selesa. Tidak semua yang merasa keperitan akibat kenaikan harga minyak ini dan ada juga yang berkira untuk ke sana. "Apa yang dapat bile berkumpul ramai2x ni? apa impaknya? Adakah terdapat perbezaan selepas ini? Ala...menghabiskan duit minyak aje untuk ke stadium" ...Pelbagai ragam dan komen rakyat yang tidak mahu bersama dalam perhimpunan ini.
Walau apapun tahniah kepada En Nasir dan beberapa org kuat Paroi yang membuka gerai di luar stadium. Sambutan, amat..amat menggalakkan. Teruskan usaha kalian...
Tuesday, July 1, 2008
Makanlah RFC sepuasnya
"RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya. "Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. "Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain," katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.
Sunday, June 29, 2008
Tetamu dari Seberang
Bagi kami tiada masalah kerana dalam Islam semua tetamu perlu diraikan sebaik yang mungkin . Tetamu datang membawa rezeki kepada tuan rumah. Pada permulaan kami ingatkan hanya satu keluarga namun tidak sangka suka apabila yang hadir adalah 3 keluarga. Bila dah lama berkenalan, tidak sangka Kak Midah ada saudara jauh yang tinggal di Klang yang merupakan seorang pendakwah bebas dan juga kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor. Ya Allah, bertambah lagi saudara kami. Kami turut di jemput untuk ke Medan menziarahi keluarga disana. Lega hati saudara mara kak Midah dan berbunga gembira hati Kak Midah bila dapat bertemu dengan adiknya dan ibu tirinya.
Kami turut memaklumkan kepada mereka semua kak Midah akan pulang bercuti ke Medan pada Hari Raya nanti. Sekurang-kurangnya terubat rindu kak Midah kepada anak-anaknya yang telah ditinggalkan hampir 8 bulan. Moga Allah beri ketabahan dan kesabaran kepada kak Midah untuk bekerja dengan kami yang sentiasa sibuk ini. Kak Midah ucapkan terima kasih kepada suami saya yang sanggup terima kehadiran saudara maranya. Bagi saya, kami yang sepatutnya ucapkan terima kasih kepada Kak Midah kerana menjaga anak kami dengan baik dan dengan sabar apabila sering ditinggalkan hingga larut malam. Moga ukhuwah dan ikatan kasih ini berkekalan.
Ulangtahun ke-85 Nanyang Siang Pau
Majlis turut dihadiri oleh Pesuruhjaya pas N.S, Sdr Zulkifli Omar, Tim Pesuruhjaya – Sdr Zakaria khalim, Sdr Lutfi, Pengerusi Kelab Penyokong - Sdr Yau dan beberapa orang wakil Pas N.S. Terdapat lebih 1000 orang tetamu yang hadir dan kehadiran kami agak ketara kerana yang saya dapati hanya 1 meja sahaja yang dihadiri oleh orang orang Melayu Islam. Apa yang menarik pada malam tersebut ialah siaran multimedia yang menerangkan sejarah akbar Nanyang Siang Pau yang telah wujud sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1923.
Turut dimuatkan tentang akhbar Nanyang Siang Pau yang menjadi media penting melaporkan peristiwa sewaktu perang dunia ke-2, peristiwa tanah Melayu di bawah jajahan Jepun, zaman komunis sehingga Malaysia mendapat kemerdekaan. Apa yang menarik, akbar ini begitu dekat di jiwa masyarakat Cina sama ada di peringkat generasi muda mahupun golongan warga emas. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh pihak Pengurusan akhbar Nanyang Siang Pau untuk membantu golongan yang memerlukan disamping mengekalkan budaya tulisan Cina di kalangan masyarkat Cina. Akhbar ini turut mengadakan aktiviti di sekolah-sekolah Cina bagi memupuk semangat membaca dan menyintai tulisan Cina di kalangan generasi muda yang sewajarnya dicontohi oleh bangsa Melayu.
Apa yang pasti, dikalangan masyarakat Melayu; masih ramai yang tidak boleh membaca tulisan jawi kerana tiada lagi akhbar yang mampu mempertahankan tulisan jawi ini yang menjadi warisan penting kepada masyarakat Melayu.
Thursday, June 26, 2008
Iman Mutiara
Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa
Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
Jika tidak kembali pada Allah
Thursday, June 19, 2008
Makan Sedulang
Dana Pinjaman/Pembiayaan Agro Bank
Dana Pinjaman/Pembiayaan Yang Disediakan
•Tabung untuk makanan (3F)
Objektif - Menggalakkan pelaburan di sektor pengeluaran makanan utama
Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah.