Wednesday, April 30, 2008

Nani... oh Nani....


'Ummi...bila ummi nak beli kek Nani?Kenapa Ummi tak beli kek Nani?" Soalan anak betul2x menguris hatiku. 22 April adalah hari jadi Nani yang ke3, sama dengan sambutan Hari Bumi Sedunia. Patutlah anakku macam 'stress' dan moody. Rupa-rupanya permintaan untuk sebuah kek belum tercapai.

Seringkala kita abaikan perasaaan anak2x kecil ini yang mana usia seperti mereka memerlukan sepenuh kasih sayang dan perhatian. Kadang kala hanya sebab kek, mereka jadi murung selama seminggu. Tiada selera makan dan ada kalanya buat perangai seolah menunjukkan rasa tidak puas hati & sudah tentu inginkan perhatian.

Nani...oh Nani... berseri-seri wajah Nani apabila permintaannya ditunaikan. "Ya Allah, berilah kekuatan untuk menyayangi anak-anak ini seadanya"."Sebelum makan cuba renung, kasihan budak2x dalam rancangan BERSAMAMU itu...mereka tak dapat makan kek macam Nani. Beruntungnya anak Ummi dapat makan kek...Kena bersyukur dengan Allah, pemberian nikmatNYA yang tidak ternilai."

Thursday, April 24, 2008

+ve dari penceramah buta

Masih sempat untuk saya coretkan sedikit pengalaman apabila tenaga pengajar saya seorang yang cacat penglihatan. Mr Wong telah buta sejak berumur 12 tahun dan beliau merupakan graduan dari UM. Minggu lepas, saya sempat mengikut kelas beliau dalam topik 'Marketing Attitude'. Apa yang menarik, beliau memberi satu persamaan yang cukup bermakna dalam kehidupan kita;

E + R = O

E= Event, R=Response , O=Output. Event merupakan peristiwa berlaku diluar kawalan kita dan semuanya atas kehendak Allah. R ialah bagaimana RESPONSE/ penerimaan kita apabila berhadapan dengan peristiwa dan ujian yang berlaku. Jika R itu tve, maka output akan menjadi +ve. Jika R itu -ve, maka output dan kesudahan yang berlaku adalah -ve.

So, setiap ujian dan cabaran yang berlaku dalam hidup kita; kita perlu ambil dari sudut positif dan berfikiran positif supaya natijahnya juga akan jadi positif. MasyaAllah, Islam dah jar lama cuma kita jarang memikirkannnya

Thursday, April 17, 2008

Allah Selamatkan Adik Azreen


Alhamdulillah... malam tadi jam 9.00mlm adik Azreen selamat tiba di LCCT bersama rombongan penyelamat yang terdiri daripada bapanya , Sdr Alex, PJ Negeri Sembilan; Sdr Zulkifli Mohd Omar dan YB PAroi Hj Taufek Abdul Ghani.

Rombongan telah disambut oleh YB Dato' Husam Musa, AJK Pas Kawasan Rembau, AJK Dewan Pemuda Kawasan Rembau dan Dewan Muslimat Kawasan Rembau dan para wartawan. Semoga kita semua dapat memberi sokongan kepada keluarga adik Azreen ini terutamanya mangsa yang masih trauma dengan peristiwa yang telah berlaku. Semoga Allah memberikan kekuatan kepeda adik Azreen sekeluarga. Terimakasih di atas segala sokongan dan doa semua rakyat Malaysia sehingga misi ini berjaya.

Monday, April 14, 2008

Bantu Ekonomi Mereka

Berikut merupakan beberapa ibu tunggal di sekitar Dun Paroi yang menjalankan aktiviti ekonomi sendiri untuk menampung kehidupan mereka. Diharapkan kita semua dapat memberi sokongan dan marilah sama2x membantu mereka dengan menggunakan produk,perkhidmatan yang ditawarkan.

FACIAL, MENGURUT, SAUNA
Pn Rosnah Ros (0169792367)

PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN
Pn Laila Kirana (0126566476)

Sunday, April 13, 2008

Persatuan Ibu Tunggal



Program Hi-Tea bersama Ibu tunggal anjuran Dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau pada 12 April lepas mendapat sambutan di luar dugaan. Lebih 40 orang ibu tunggal dan ibu yang ditinggalkan telah hadir untuk sama-sama memeriahkan program berkenaan. Seramai 40 orang ibu tunggal telah menerima bantuan barangan dapur yang telah disampaikan oleh isteri YB Paroi, Pn Mahani.

Dalam program tersebut, Pn Mashitah telah dipilih sebulat suara menjadi ketua dikalangan ibu tunggal yang hadir. Pn Sabariah pula dilantik sebagai Tim Ketua untuk membantu melancarkan aktiviti ibu tunggal di sekitar Paroi. Alhamdulillah, persepakatan telah diambil supaya program ibu tunggal ini diadakan secara berkala. Selepas ini kita akan adakan bengkel pengurusan jenazah, bengkel mengurut, memasak dan menjahit untuk membantu ekonomi ibu tunggal.

Program turut dihadiri oleh Ketua Wanita Umno dan AJK yang turut sama memberikan sokongan ke atas program ini.Moga Allah memberikan kekuatan kepada kami untuk meneruskan lagi program ini

Thursday, April 10, 2008

BBS - Bahavior Base Safety mengikut kaedah Islam

2 hari saya sempat menghadiri satu kursus yang agak menarik iaitu BBS - Bahaviou Based Safety. Kursus yang bagi saya berbaloi walapun harganya mencecah RM5K untuk 2 hari course. Mr. Robert Ryan telah memberi penerangan bahawa amat penting untuk menukar behavior menjadi satu habit dengan diri sendiri.

Kaedah yang terbaik ialah mengunakan 'reinforcer' berbanding 'punisher'. Kebanyakan orang suka bertanggapan negatif dalam sesuatu perkara dan suka menggunakan kaedah'menghukum' apabila seseorang melakukan kesalahan. Beliau menyarankan untuk menjadikan BBS ini satu kenyataan, setiap majikan kena berfikiran positif. Banyakkan memberi 'appreciation, reward and award kepada pekerja berbanding penalty, hukuman,marah dan sebagainya

Teringat saya kata-kata Dato' Fazilah Kamsah bahawa untuk mendidik anak2x kena guna 80:20 principles. 20% lebih kepada punishment dan 80% lebih kepada belaian, kasih sayang, prihatin. InsyaAllah, anak akan menjadi cemerlang. Cuma dari segi pekerjaan, majikan kurang mempraktikkan perkara ini. Orang non Muslim dan menerokai perkara ini dan approachnya sama dengan Ialam. Cuma kita sebagai orang Islam tidak mempraktikkannya.

Kesimpulan, CUBA BERFIKIR POSITIF DALAM SEMUA PERKARA & JADILAH MAJIKAN TERBAIK.

Lebih 120 orang hadiri Khidmat Kesihatan Percuma

6 April 2008, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) cawangan Negeri Sembilan sekali lagi telah menabur bakti dengan menganjurkan khidmat kesihatan Percuma (KKP) kepada penduduk Paroi yang diadakan di hadapan padang balai raya Taman Senawang Jaya. Program tersebut telah menarik minat lebih 120 penduduk berbilang bangsa untuk menerima rawatan percuma.Antara rawatan percuma yang diberikan ialah pemeriksaan BMI, tekanan darah dan glukos dalam darah. Di samping itu bekalan ubat percuma turut dibekalkan kepada penduduk seperti vitamin, antibiotic, ubat luka, ubat untuk sakit kulit dan ubat selsema.

Seramai 6 orang doktor telah memberikan khidmat secara sukarela dalam aktiviti AMAL ini. Menurut Pengerusi AMAL cawangan Negeri Sembilan, Mohd Sufian b. Ibrahim, sambutan kali ini amat luar biasa berbanding aktiviti yang dijalankan sebelum ini. Biasanya maksimum pesakit dalam setiap program KKP hanya 80 orang sahaja dan kali ini sambutan dikalangan penduduk cukup baik. Beliau ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Utusan Malaysia yang telah membantu mempromosikan program ini sehingga dapat menarik ramai penduduk untuk lebih terbuka dan berani memeriksa tahap kesihatan mereka. Turut hadir adalah ADUN Paroi , YB Hj Mohamad Taufek Abdul Ghani tanda sokongan di atas kesungguhan AMAL melakukan aktiviti kemasyarakatan. Beliau menyeru NGO-NGO yang lain agar turut sama membantu dan mengerakkan aktiviti kemasyarakatan bagi membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan pertolongan.

Program Hi-Tea dan Rahmah Mesra Ibu tunggal bersama YB

Di jemput semua untuk hadir bersama meraikan 30 orang ibu tunggal di sekitar DUN Paroi.

12 April 2008 (SABTU)
2.15 petang
Surau TAman TAsik Jaya, Senawang
* YB ADUN Paroi, Hj Taufek akan menyampaikan sumbangan barangan kepada 30 orang ibu tunggal di sekitar DUN Paroi

Semua dijemput untuk minum petang dan majlis ramah mesra bersama ibu tunggal dan YB yang hadir. Bagi yang ingin menderma untuk meringankan penderitaan ibu tunggal ini boleh hubungi Pn Norwani 013-3851202 atau SU Kerja Pn Zarina 013-3098779

Anjuran: Muslimat DUN Paroi

Friday, April 4, 2008

Free Breast Cancer Talk

Di jemput semua hadir untuk mendengar ceramah tentang 'Breast Cancer' sempena program Khidmat Kesihatan Percuma pada Ahad ini;

Tarikh: 6 April 2008
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Surau Taman Senawang Jaya
Penceramah: Dr. Linda

Semua kaum wanita dijempput hadir untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penyakit barah yang kian kritikal di kalangan wanita.
--------------------------------------------
Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNA menyebabkan mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain. Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan tumor ("bengkak" dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak normal sama ada malignant (barah) atau benign (bukan barah). Hanya tumur malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing.