Friday, August 15, 2008

Monday, August 11, 2008

Wanita dan Airmata

Diskusi yang cukup menarik telah dikupas oleh Cikgu Azmi dan Pn Azlin dari Rumah Raudatul Sakinah . Menurut kedua panel terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan ramai wanita telah hilang harga diri dan airmata.

Antaranya;


1) Wanita sekarang hidup dalam budaya komoditifikasi (wanita telah dikomoditikan)

2) Manusia membuat sesuatu berdasarkan apa yang difikirkan dan bukannya berdasarkan ajaran agama

3) Implikasi kerjaya yang mana wanita terlalu ramai cuba menyaingi lelaki

4) Penderitaan wanita masakini disebabkan meninggalkan ajaran agama

5) Jeritan sukma - generasi kini tidak nampak jalan keluar/jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah
Antara kata-kata yang nasihat yang ditinggalkan oleh ahli panel buat semua remaja dan wanita yang hadir;

" Taati perintah Allah...jauhi larangan Allah
Ada hikmah pada setiap kejadian
Yakinlah dengan kehidupan di akhirat"

"Orang yang tidak resah dalam hidupnya melihatkan apa yang telah berlaku di hadapan matanya adalah orang yang tidak tahu rasa hidup"

Satu program yang perlu diteruskan oleh Nisa dan Teras untuk memberi panduan kepada generasi muda masakini.


Usul Tubuh 'Puteri Pas'

Isnin, 2008 Ogos 11
Muslimat usul tubuh 'puteri PAS'
Abdul Rahim Sabri

Dewan Muslimat PAS bercadang membawa usul menubuhkan pergerakan wanita muda seumpama Puteri Umno dalam muktamar tahunannya minggu ini.

Setiausaha dewan itu Aiman Athirah al-Jundi memberitahu Malaysiakini hari ini, usul menubuhkan "Dewan Muslimat Muda" telah diterima dan akan dibahaskan oleh perwakilan dewan itu.

"Besar kemungkinan usul tersebut akan dibawa ke muktamar penuh nanti," katanya, sambil menambah usul itu dibawa oleh Dewan Muslimat Melaka.

Keanggotaan pergerakan baru ini khusus buat mereka berusia 18 hingga 40 tahun sebagai satu lagi sayap politik untuk memantapkan perjuangan parti itu.

"Dewan Muslimat yang baru (dicadangkan) ini bukan untuk lawan sesiapa tetapi pelengkap gerak kerja PAS selama ini," kata Aiman Athirah.

Pendekatan dewan baru ini untuk membawa wawasan anak muda dengan gaya orang muda "untuk menjadikan generasi muda lebih terarah dalam politik dan pentadbiran negara", tambahnya.

Beliau menjelaskan, kira-kira 300 perwakilan termasuk barisan ahli jawatankuasa Muslimat dijangka hadir ke muktamarnya pada 14 Ogos di Ipoh .

Cadangan ini termasuk daripada lima usul yang diterima dan dibahaskan minggu ini, sementara enam lagi usul diterima tanpa perbahasan. Dewan Muslimat sendiri membawa tiga usul - pertama menggesa kerajaan menetapkan tarikh berbeza untuk sambutan hari kekeluargaan seperti hari ibu dan hari bapa yang dianggap lebih sesuai dengan konteks Malaysia .

Aiman Athirah menambah, penetapan tarikh dan bentuk sambutan hari-hari tersebut haruslah bersesuaian dengan budaya negara kita yang tidak mengambil kira konteks khusus Malaysia . "Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama Islam adalah agama rasmi. Adakah kita nak sambut (hari-hari tersebut) sama dengan sejarah negara-negara luar?" katanya.

Dewan Muslimat juga mencadangkan penubuhan Akademi Pembantu Rumah Tempatan untuk mengatasi kebergantungan negara kepada pembantu rumah asing. Jelas Aiman Athirah lagi, dewan itu turut mengusulkan peranan mereka untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Dewan itu juga menerima usul untuk dibahaskan daripada Selangor berkaitan keanggotaan bukan Islam dalam PAS sebagai ahli bersekutu. Mengenai persiapan persidangan pada Khamis ini, Aiman Athirah berkata ia berjalan lancar dan semua usul dari negeri-negeri telah diterima.

Dewan Muslimat PAS bersidang di Hotel Hill City , Jalan Gopeng, mulai jam 8 pagi. Naib presiden parti Mohamad Sabu dijadual merasmikan persidangan dewan tersebut.

Monday, August 4, 2008

Healthy body & mind

Minggu lepas selama 2 hari saya sempat mengikuti seminar berkenaan Healthy body & mind di PD anjuran DOSH and NIOSH. Dalam masa yang sama kami turut belajar tentang senaman Tai Chi dan 'breathing' technique.Sedikit perkongsian untuk tatapan anda semua...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Mental health is how we think, feel and act as we cope with life. It also helps determine how we handle stress, relate to others and make choices. Like physical health, mental health is important at every stage of life, from childhood and adolescence through adulthood.

Everyone feels worried, anxious, sad or stressed sometimes. But with a mental illness, these feelings do not go away and are severe enough to interfere with your daily life. It can make it hard to meet and keep friends, hold a job or enjoy your life.

Mental health can be seen as a continuum, where in an individual's mental health may have many different possible values. Mental wellness is generally viewed as a positive attribute, such that a person can reach enhanced levels of mental health, even if they do not have any diagnosable mental health condition. The definition of mental health highlights emotional well being, the capacity to live a full and creative life, and the flexibility to deal with life's inevitable challenges.
Emotional wellbeing of the workers is crucial at the workplace. Stress at work can lead to loss of concentration in work which will affect our life and other people life that has significant link in with us such as our family, colleague, employer, customer, friend, etc. Good mental health management of the company or the organisation creates a conducive workplace and healthy working environment which reflects in higher productivity and increase morale of the workers. The uncontrolled mental wellbeing of workers leads to mental disorder or mental illness which normally referred to a psychological or physiological pattern that occurs in an individual and is usually associated with distress or disability that is not expected as part of normal development or culture.

The incidents which we read in the newspaper where workers try to commit suicide and incidents associated with distress or stress at work are something need to be addressed by all parties involve in the wellbeing of the workers. The incidents at workplace is not only caused by the act of the individual or people, but it also caused by the psychological or physiological pattern that occurs in an individual or people.

Sunday, August 3, 2008

Doktor serba boleh di NS

Dr Mohd Arip bin Kasmo, Taman Tasik Jaya, NS
http://www.geocities.com
Rujukan: PASAK - Pengukuhan Akidah Menerusi Mukjizat Sains Dalam al-Quran

Dr Yusof Abbas ,Bdr Springhill P.Dickson, N.Sembilan, Malaysia
http://bioibadah.blogspot.com
Rujukan: BioPerubatan Ibadah Dan Motivasi Kesihatan HOLISTIK


Dr Sheikh Muszaphar, Seremban
www.angkasa.gov.my
Rujukan: Angkasawan Pertama Negara

Seorang lagi mujahidah... Nur Maisara

Tahniah saya ucapkan kepada Sdr Suhairi (Su kerja BPPNS) dan Pn Zunaida (AJK DMPKR) yang telah mendapat cahaya mata ke-3. Dah hampr sebulan, bari saya sempat mengunjungi Pn Zunaida di kediamannya di Taman Tasik Jaya. Sesiapa yang ingin mengujungi /menziarahi beliau sekuluarga bolehlah menelefon Sdr Suhairi 0192998345. Terima kasih kpd Pn Hjh Ciana yang telah menziarahi beliau bagi pihak Muslimat Rembau.
Nur Maisara Basira, secantik nama seindah rupa.


Alhamdulillah, bertambah seorang lagi Mujahidah penyambung perjuangan di NS ini InsyaAllah. Sukarnya hendak mencari pendokong seperti Sdr Suhairi yang sanggup bekerja sepenuh masa untuk Pas. Semasa PRU dahulu, dialah peneman setia kepada SU BPPNS, Sdr Samsul dan penjaga tetap pejabat BPPNS. Begitu juga Pn Zunaida yang sentiasa memberi sokongan untuk program muslimat Rembau.Mudah-mudahan, Allah kurniakan keberkatan dan kebahagiaan berpanjangan kepada keluarga pejuang ini. Amin...