Semalam diadakan Perhimpunan PROTES Sejuta Rakyat di Stadium Petaling Jaya. Saya dan suami sempat ke sana di sebelah pagi untuk memberi sokongan kepada program ini dengan harapan ramai rakyat yang akan keluar. Ramai juga yang hadir namun kehadiran rakyat kurang memberansangkan di sebelah pagi. Meskipun begitu, perhimpunan pada pagi itu berjalan lancar dengan ucapan yang disampaikan oleh dr Hatta, YB Tian Chua, YB Ronald Liew dan beberapa orang pemimpin lagi.
Saya turut terserempak dengan beberapa orang anak usrah saya di kalangan adik2x SPINS. Alhamdulillah, beberapa orang muslimat Rembau turut hadir dan kami sempat bergambar di kalangan ribuan rakyat yang hadir. Hanya 1/4 dari stadium dipenuhi rakyat yang saya boleh anggarkan lebih kurang 10-15 ribu sahaja. Bagi saya rakyat Malaysia masih berada dalam keadaan selesa. Tidak semua yang merasa keperitan akibat kenaikan harga minyak ini dan ada juga yang berkira untuk ke sana. "Apa yang dapat bile berkumpul ramai2x ni? apa impaknya? Adakah terdapat perbezaan selepas ini? Ala...menghabiskan duit minyak aje untuk ke stadium" ...Pelbagai ragam dan komen rakyat yang tidak mahu bersama dalam perhimpunan ini.
Walau apapun tahniah kepada En Nasir dan beberapa org kuat Paroi yang membuka gerai di luar stadium. Sambutan, amat..amat menggalakkan. Teruskan usaha kalian...
No comments:
Post a Comment