Saya sempat bermusafir selama hampir seminggu bersama Mr Tara ketika lawatan ke Bakun.
Jika mendengar gaya Mr Tara bercakap memang seperti ustaz dan beliau sering menasihati pekerja-pekerja yang muda supaya bersikap jujur dan jaga sembahyang. Pernah saya ungkapkan ucapan dengannya yang saya sentiasa mendoakan agar hatinya terbuka untuk memeluk Islam. InsyaAllah…InsyaAllah… begitulah jawabnya. Mr Guna pula seorang yang agak pendiam dan cukup menjaga prinsip. Jika ada yang membuat kesilapan, beliau akan menegur dengan tegas. Beliau amat suka berdoa dan setiap kali ada perkara yang mengganggu hidupnya beliau dengan pantas menjawab God knows everything.Guna, anatara kenalan lama semenjak bekerja di KL
Mudah-mudahan Allah bukakan hati mereka untuk menerima Islam kerana kebaikan mereka cukup jelas dan menjadi contoh kepada pekerja yang lain.Sesungguhnya kebaikan mereka milik Allah..Moga hidayah akan menjadi milik mereka juga
No comments:
Post a Comment