Friday, February 26, 2010

Salawat dan Salam buatmu Kekasih Ilahi

Syukur ke hadrat Allah kerana masih mengizinkan kita berada di dalam perjuangan ini dan bersama-sama mempertahankan perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah.s.a.w. Sempena sambutan kelahiran Baginda...ingin saya titipkan antara 2 lagu nasyid yang cukup saya minati...dan air mata pasti menitis pabila mengenangkan peribadi, sirah dan kisah hidup Baginda.....SESUNGGUHNYA TIADA PENGGANTI SEPERTI DIRIMU YA RASULULLAH. CINTAKU UNTUKMU JUA YA RASULULLAH MESKIPUN KITA TAK PERNAH BERSUA.....
NASYID: Selawat Junjungan
Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team


Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habib salammun'alik
Sollawatullahi'alaik

Di mulakan dengan selawat
Ke atas Nabi syafi'ul ummat
Moga diberkati hidupku
Selamat di dunia dan akhirat

Pergimu tiada penganti
Hilanglah seri buana ini
Kaulah penyeri kaulah purnama
Yang menerangi hidup manusia

Lahirmu dijanjikan Allah
Membawa rahmat sekelian alam
Membina ummat yang bertamadun
Kaulah Nabi kekasih Allah

Walau ujian melanda
Kau sabar menghadapinya
Kau contoh sebaik ummat
Tauladan sepanjang zaman
Walau kau tiada lagi
Kau tetap disanubari
Jasamu terlalu agung
Namamu tetap di hati

NASYID: Rasulullah
Album : Cahaya Ilahi
Munsyid : Hijjaz


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Monday, February 22, 2010

Satu bulan...satu majlis

"Bawa berehat dan ini cuti 2hari"...pesan Dr. Zainun kepada saya. Tanda-tanda kecil memang dah ada....Memang badan dah rasa tak larat tapi masih banyak tugasan dan amanah yang masih belum selesai. Meskipun esok masih dalam keadaan MC, saya akan ke office juga kerana ada training sehari yang perlu saya kendalikan. Mungkin training yang terkahir sebelum saya bersalin.

Kebetulan pula hari ini 22.02.2010, hari jadi anak yang sulung " Nur Ainul Mardhiyyah". Sempat saya pesan kepada suami untuk belikan Ain kek meskipun hari ini suami balik office agak lewat sedikit sekitar jam 9malam. Ain cukup seronok pabila Babahnya membuat " suprise".

InsyaAllah....ada rezeki anak ke-4 ini akan lahir awal bulan Mar 2010. Bermakna setiap bulan akan ada hari lahir untuk setiap anak2x bermula Jan - April. Bulan May adalah harijadi Beb dan Bulan July adalah harijadi saya. Masih ada kosong bulan Jun dan bulan yang seterusnya. Lantaran bilangan anak seramai 4 orang masih lagi belum cukup kuota. Minimum ialah 6orang...itulah permintaan suami. Memang Beeb sukakan kanak2x....InsyaAllah...ada rezeki dan izin Allah, semuanya akan jadi kenyataan. Moga Allah izinkan dan permudahkan kelahiran ini. Amin...

PENGASUH TASKA DIPERLUKAN SEGERA DI SAUJANA RAWANG

Kelayakan

* WANITA ISLAM, BERTUDUNG

* BERPENGALAMAN MENJAGA BAYI DAN KANAK-KANAK

* IBU TUNGGAL DIGALAKKAN MEMOHON

* TEMPAT TINGGAL & MAKAN MINUM DISEDIAKAN

**PENGAMBILAN SEGERA** BERMINAT ?


Keutamaan akan diberikan kepada ibu-ibu tunggal yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjadi Pengasuh Taska.Jika mereka mempunyai anak, boleh berunding untuk membawa anak bersama.

SILA HUBUNGI : SHIDA - 013 - 3458737

Moga mereka berjaya di IPTA & IPTS

Syukur ke hadrat Allah kerana mengizinkan program sehari iMeGa- Info Menara Gading berjalan lancar. Tahniah kepada adik2x NISA Rembau dan AJK yang telah berjaya menganjurkannya. Rasa bersyukur pabila peserta seramai 34 org ini dapat didedahkan dengan maklumat dan infoamasi berkenaan kursus yang akan diambil untuk menjejakkan kaki ke menara gading.

Dalam waktu yang sama mereka turut didedahkan dengan panduan mengisi borang dan membuat pilihan tepat untuk bidang pengajian yang akan diikuti. Pada sebelah petang para peserta turut dapat berinteraksi dengan para senior di IPTA berkenaan halangan dan cabaran ketika berada di alam kampus.
Diakhir kursus setiap peserta sempat mendengan nasihat dari YB Paroi yang berkesempatan hadir menyerahkan sijil kepada semua peserta. Di doakan agar semua adik2x ini berjaya dengan cemerlang di dunia dan diakhirat. Amin...

NOTA: Anak2x zaman ini cukup bertuah kerana dengan kadar yuran RM10, pelajar lepasan SPM&STPM mampu mendapatkan maklumat IPTA/IPTS terkini. Tambahan pula dengan adanya pelbagai infomasi di alam maya. Tidak seperti zaman saya dahulu yang mana kami kurang terdedah dengan apa kursus yang ingin diambil selepas tamat SPM. Cita-cita saya yang asalnya ingin menjadi "doktor haiwan" terkubur begitu sahaja disebabkan salah mengisi borang. Akhirnya saya jadi "doktor mesin" dan beralih ke bidang kejuruteraan kerana tidak mengambil subjek biologi di Matrikulasi. Al-Maklumlah .....saya berasal dari kampung dan hanya pandai-pandai sendiri mengisi borang melanjutkan pelajaran tanpa bimbingan daripada guru2x dan saudara mara. Alhamdulillah...cita2x tercapai dan Allah permudahkan segala urusan.

Saturday, February 13, 2010

Perniagaan yang BERBALOI-BALOI

Dalam program Munaqashah Dewan Muslimat PAS N.S yang lepas, ketua penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat telah membuat pembentangan yang menarik tentang peranan yang boleh dimainkan oleh semua Muslimat dalam menyahut cabaran merealisasikan tema " Menyemarak Kemenangan, Menyatupadu Rakyat" berita lanjut program di link berikut; http://muslimatpasn9.blogspot.com/

Firman Allah As-Sof : 10-11, Bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman mahukah aku tunjukkan perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta dan diri kamu, yang demikian itulah yang terlebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya”

Untuk itu Muslimat seharusnya memilih perniagaan yang boleh menyelamatkan dari azab yang pedih..Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh MUSLIMAT???

  1. Muslimat berperanan menyelamatkan Institusi kekeluargaan dari kehancuran
  2. Mengubah minda wanita Malaysia ke arah kecemerlangan ummah
  3. Menguasai politik negara dengan Kesyumulan & Keindahan Islam
  4. Memantap Arus Kepimpinan Gerakan Rakyat
  5. Menyelamat generasi pelapis negara
  6. Mengukuhkan hubungan muslimat dengan masyarakat

FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD;
“Maksudnya : “Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit(luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
An-Nisaa : 104)

Friday, February 12, 2010

Tips 5A ke arah KEJAYAAN

5 Feb 2010 yang lepas, saya sempat bersama pelajar-pelajar asrama di Sek. Men Agama Dato' Klana Makmor, Ampangan dalam slot MOTIVASI KEJAYAAN. Program 1jam setengah itu saya manfaatkan dengan berkongsi pengalaman dan memberikan sedikit motivasi untuk anak-anak ini agar bersemangat dalam mengharungi kehidupan menuntut ilmu.
Bila saya sentuh tentang bab ibu dan ayah, ada pelajar yang sayu dan terharu kerana telah kehilangan insan yang tersayang sejak kecil lagi. Anak2x ini cukup tabah meskipun kekurangan kasih seorang ayah mahupun ibu. Bagi kita yang masih mempunyai ibu dan ayah, sewajarnya kita bersyukur diatas kurniaan nikmat yang tidak terhingga ini.
Saya berikan anak2x ini TIPS 5A dalam memburu kejayaan. Ianya mungkin boleh membantu mereka mengekalkan momentum dalam mengharungi kehidupan menuntut ilmu.
A- Allah (Taat perintah ALLAH dan mengamalkan segala ajaranNYA)
A- Ayahbonda ( Taat dengan perintah ibu dan ayah dan jangan sesekali menderhaka)
A- Akhlak (Pastikan diri mempunyai akhlak yang baik. Pandai sahaja tanpa akhlak yang baik maka adik2x tidak ke mana)
A- Azam (Mempunyai azam dan keinginan yang tuntuk berjaya)
A- Amal (Mengamalkan segala ilmu yang dipelajari. Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah).
tamat program, saya jemput seorang pelajar lelaki tingkatan 5 untuk
Sebelum tamat program say meminta seorang pelajar tingkatan 5 untuk membacakan doa. Menitis airmata mendengarkan bacaan doanya yang cukup sayu persis berada di Masjidil Haram. Bila ditanya apa citax adik, maka dijawabnya "Saya ingin menjadi seorang Ustaz kak..."

Ameen....Alhamdulillah...Semoga anak2 dipermdahkan urusannya di dunia dan diakhirat serta menjadi anak yang soleh dan solehah.