Wednesday, February 23, 2011

Motivasi Bersama Cikgu Mala

Hi Tea & dialog ramah mesra bersama bekas calon PRK Tenang (Cikgu Normala Sudirman)
Tarikh: 12hb Mac 2011 (SABTU)
Masa: 3.00petang
Tempat : Pasti Al-Hikmah, Taman Tunku Jaafar
Agenda:
  • Citra pengerusi
  • Dialog bersama Cikgu Mala & Ketua DMPNS
  • Pelancaran dana PRU 13 bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau
  • Jualan Amal Muslimat Rembau

Majlis Hi tea kaum ibu

Majlis hi -tea untuk kaum ibu di Taman Sri Pulai 3 bersempena bulan maulud.

Tarikh: 5 Mac 2011
Masa: 5.00 petang
Tempat: Rumah Pengerusi Wanita/Kaum ibu (Puan Rosemawati) No.1011, Jln Sri Pulai 44,Taman Sri Pulai 3

Agenda:
-->Ucapan aluan pengerusi
-->Bacaan salawat
-->Bacaan yaasin
-->Jamuan petang

Monday, February 21, 2011

Peliharalah 2 Pusaka ini

Telah seminggu berlalunya hari nan mulia, Maulidur Rasul yang di sambut di seluruh negara.Surau-surau dan masjid-masjid diimarahkan dengan sambutan Maulidur Rasul temasuk slot-slot ceramah yang diatur untuk menceritakan kehidupan insan istimewa Nabi Muhammad s.a.w.

Sebagai ummatnya, adakah hari Maulidur Rasul ini setakat berarak,mendengar ceramah dan menyambutnya secara besar-besaran? Usah kita lupa akan 2 pusaka berharga yg telah ditinggalkan baginda untuk ummatnya. Bila direnungkan semula akan banyaknya musibah, penyakit, gejala dan masalah masyarakat pd masa kini; semuanya disebabkan kita tidak memelihara dan menjaga sebaiknya pusaka tinggalan Nabi Muhammad s.a.w.

Mana mungkin kita terpelihara & selamat didunia sekiranya kita gagal memelihara 2 pusaka berharga ini. Masyarakat hari ini rosak & nazak deangan segala penyakit disebabkan tidak menjaga dengan sebaiknya pusaka tinggalan Nabi. Renung-renungkanlah...

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku." http://www.khutbahterakhir.info/ *
*Duhai diri....mata bisa menangis bila hati disakiti....Bisakah kita menangis merindukan Kekasih Ilahi atau bisakah menangis bila membaca khutbah yg terakhir?

Saturday, February 19, 2011

Bila banyak sangat GILA@GILER


Bila orang tu baik...ramai yg kata "Baik gila orang tu"
Bila nampak orang tu cantik " Fuyooo cun giler minah tu"
Bila kawan kita pandai, kita kata "Pandai gila lah awak ni"
Bila hujan turun kita selalu cakap "mmmm lebat gila hujan ni"
Bila bergaduh kita selalu kata " jahat gila budak tu"
Bila nampak sesuatu yg bagus, kita selalu cakap " bagus giler hasil kerja ni"

Nampaknya perkataan GILA @ GILER selalu sangat disambung dalam apa sahaja ungkapan/ucapan kita setiap hari tanpa kita sedar. Bila ramai yg ungkap dan kita selalu menyebutnya, lama-kelamaan menjadi satu kebiasaannya.

Bila si anaknya pandai...maknya pula selalu sebut "Pandai gila anak aku". Apa yang terungkap di mulut ibu itu umpama doa untuk si anak. Lama kelamaan, anak yg pandai jadi GILA!

Sama juga halnya bila ada orang yang baik dalam sesebuah kampung. Bila selalu disebut orang ' baik gila budak tu' . Lama kelamaan, budak yang baik itu tak mustahil jadi GILA.

Bila direnung semula, patutlah makin ramai orang gila dan sakit jiwa di Malaysia. Kita sama2x 'contribute' ke arah ini. Orang baik jadi gila sebab selalu didoakan " baik gila@giler dia nie", orang bijak pandai jadi gila seba selalu disebut2x " pandai giler"/ "bagus gila", orang sihat pun selalu jadi gila sebab sering di war-warkan "sihat gila".

Apa kata kita buang perkataan gila@giler tu dan tukar ke perkataan yang baik2x. Kalau baik--- baik sungguh, baik sangat dll. Contohnya macam di Indonesia guna perkataan 'bangat' yg maksudnya sangat2x atau sekali. (cantik bangat maksudnya cantik sekali).

Cerita lanjut orang gila di Malaysia di Syarak Mengata , Adat Menurut: Negara amat perlukan lebih banyak Hospital Gila

Thursday, February 17, 2011

Terima kasih semua

11 Feb - Terima kasih kepada semua sahabat2x DMPKR yang datang ziarah ke rumah semasa program usrah muslimat yang lepas. Lama rasanya tak bertemu dengan sahabat2x dan adik2x Nisa serta beberapa orang muka baru. Alhamdulillah sesi usrah yg lepas Naqibah, ustazah Nurul telah mengupas dengan panjang lebar berkenaan dengan hadith yg ke 6 iaitu bab halal, haram dan syubhat. Yang paling seronok waktu usrah ini ialah kupasan isu semasa dan setempat. Dlm waktu yg sama setiap ahli usrah yg hadir berkongsi idea dlm menangani sesuatu masalah.


Ya Allah, moga ukhuwwah yg tersemai antara kami akan terus mekar dengan perasaan kasih sayang & mahabbah keranaMU.
Gambar kenangan bersama Ustazah Nuridah, Pn Khadijah, adik2x Nisa serta Kak Mus
13 Feb - rasa terharu menerima kunjungan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan AJk DMPP, Pn Khatijah (maklang) ke rumaha bersama 3 orang adik2x Nisa Rembau. rasanya pertama kali Kak Nuri & maklang datang ke rumah. Terima kasih sekali lagi atas doa dan nasihat sahabat2x yg hadir supaya ana jaga kesihatan. InsyaAllah, tak sabar rasanya nak keluar semula. Itupun kadang2x ana keluar juga ke kedai dan tempat2x yg dekat dlm sejam, dua. Yang penting jaga diri & kesihatan baik2x...kita berjuang nak lama.

Sunday, February 6, 2011

Abdullah Naseh penambah kebahgiaan

Anak….anugerah yang tidak ternilai. Itulah hakikatnya. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana mempermudahkan kelahiran yg ke -5 ini. Bertambah seri dan meriah lagi keluarga kami dengan kehadiran Abdulllah Naseh pada tanggal 27 Jan 2011. Belum sampai setahun….. bertambah lagi seorang anak dan bertambah lagi rezeki kami.

26 Jun 2011 - Jam 4 pagi telah ku rasakan kelainannya…..nak kata sakit, tak sakit. Nak kata keluar tanda, tak ada tanda. Semuanya ‘instinct’ yg Allah berikan sejak anak pertama lagi. Aku mula rasa tak sedap badan sepertimana mengandungkan kak long, kak ngah, Abdullah & Feefa. “ Tak apalah…Beeb pergilah kerja dulu. Petang nanti baru kita pergi jumpa Dr Intan ye”

Beeb ada urusan di tempat kerja dan katanya akan pulang thari nanti. Jam 3.00 petang selepas beeb balik kerja kami terus ke hospital Colombia Asia Seremban. Bila Dr Intan memeriksaku, katanya jalan dah buka 3 cm dan dah boleh terus ke labor room.”InsyaAllah, dah sampai masanya. Paling lewat pun malam nie. Pergi makan dulu, banyakkan berjalan supaya lagi cepat jalan terbuka”, maklum Dr Intan kepadaku. ”Selepas Isyak, saya jumpa Wani semula untuk pecah air ketuban”

Selepas solat Maghrib & Isyak di surau hospital, aku terus ke labor room. Terdengar suara jeritan seorang wanita Cina di bilik sebelah yang kesakitan menunggu kelahiran anak sulung.Aku mula kecut walaupun hakikatnya ini kandungan yg kelima. Aku sempat telefon mak di kampung dan mak mertua di KL. Mohon maaf pada kepada mak & mertua serta minta mereka doakan aku. Jam 9.10 malam Dr Intan berjumpaku dan memeriksa sekali lagi. ”Alhamdulillah... Jalan dah buka 5cm. InsyaAllah, saya akan pecahkan air ketuban. Kalau ada rasa sakit nak meneran, minta nurse panggil saya. Saya tak balik malam ni dan akan tunggu sampai Wani bersalin”, ucapan dr Intan amat melegakan hatiku.

Jam 10.30 mlm Beeb tiba di labor room selepas balik seketika menguruskan anak-anak . Syukur Alhamdulillah, Beeb menjadi peneman setia setiap kali kelahiran. Ku cium dan genggam tangan Beeb, mohon ampun dan maaf. Minta beeb doakan aku kerana sakitnya melahirkan anak ini hanya Allah yg Maha Mengetahuinya. Aku berzikir sebanyak yang mungkin dan menginsafi bahawa segala kesakitan yang ditanggung ini merupakan kafarah penebus dosa di atas dosa-dosa yang pernah dilakukan. Semoga sakit melahirkan anak ini mampu mencuci dosa-dosaku yg lalu dan aku turut bermuhasabah diri memikirkan kesakitan yg pernah ditanggung oleh para Nabi dan sahabat yg berjuang di medan perang dalam menegakan Islam.

27 Jan 2011 - Tepat jam 1.01 pagi, dengan izin Allah lahir seorang lagi mujahid yg diberi nama ’Abdullah Naseh” yg diambil namanya sempena nama Dr Abdullah Nasih Ulwan yg cukup terkenal dengan karangan beliau yang masyhur iaitu ”Pendidikan anak-anak di dalam Islam”.

http://tamanulama.blogspot.com/2008/01/dr-abdullah-nasih-ulwan-selagi-nadi.html
Moga anak ini bakal mengikut jejak langkah beliau. Syukur sekali lagi kerana Allah mempermudahkan kelahiran pada kali ini. Aku terasa seperti bermimpi melahirkan anak ini. Walaupun Dr ’consider’ sebagai kelahiran premature kerana baru 35 minggu, Abdullah Naseh cukup sihat. Kenangan bersama Dr Norintan dan jururawat yang membantuku.Moga Allah permudahkan urusan mereka...

Terima kasih kepada Dr Intan yg telah menyambut anak yg ke-5 ini. 4 orang anak telah disambut oleh Dr Intan dan diSeremban ini memang payah nak mencari doktor perempuan bahagian Obstetrics & Gynecology. Aku memang tak sanggup nak bersalin depan doktor lelaki. InsyaAllah ku doakan semoga Dr Intan di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki agar ada izinNya untuk menyambut kelahiran ke-6 nanti. Mudah-mudahan...
Terima kasih tidak terhingga kpd suami tercinta sentiasa sabar, tabah dan penuh kasih sayang menjagaku ketika pantang. Pengorbanan dan kasih sayang Beeb memang tiada tolok bandingannnya....hanya Allah yang dapat membalasnya. Saban waktu ku doakan buat insan2x tersayang Beeb, mak , mak mertua, Kak Mus, Kak Ciana, Kak Gee dan sahabat2 yg senantiasa mendoakan aku. Doa kalian semua menjadi penguatku dan InsyaAllah aku tak sabar nak turun ke ’gelanggang selepas direhatkan’ dengan cukup lama.

(Ainul Mardhiyyah, Ainul Hanani, Abdullah Azzam, Ainul Afeefa & Abdullah Naseh)

5 orang anak dalam tempoh 10 tahun perkahwinan memeriahkan lagi keluarga Mohamad Hakki Bawadi. ”Mmmm tinggal seorang lagi untuk cukup 6 orang. Kalau dapat 7 orang consider bonus”, Beeb tersenyum bangga menjadi Babah kepada 2 orang mujahid & 3 orang mujahidah.