Friday, July 12, 2013

Salam Ramadhan 1434H

Salam Ramadhan buat semua yg saya sayangi. Setahun berlalu & baru saya membuka semula blog yg lama ditinggalkan berikutan saya kehilangan password akaun blog ini. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana menemukan kita semua dengan Ramadhan kali ini. Saya mendoakan agar kita semua beroleh ganjaran yang besar di bulan mulia ini. Mari kita semua perbanyakkan amalan, perluaskan sedekah & panjangkan salam. Moga semuanya selamat, sihat & sejahtera.

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan Al Mubarak

Lama sungguh tak update blog Nur Mutiara NS. Bila dah ada facebook, banyak maklumat/info diupdate dlm facebook. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua. Dalam kita bergembira menjalani ibadah puasa usah kita lupakan insan yg memerlukan di sekeliling kita. Jom sama2 kita membantu mereka yg memerlukan melalui saluran Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan yam_ns.blogspot.com atau melalui akaun bank Islam 05012010047905

Friday, October 21, 2011

Tetamu Istimewa

Kami Dewan Muslimat Kawasan Rembau, mengucapkan tahniah kepada Ustazah Nurul Aishah, Pn Rohani dan Puan Masita kerana telah mendapat jemputan dariNya untuk menjadi tetamuNya tahun ini.
Kenangan bersama Pn Rohani, beberapa jam sebelum beliau berlepas ke tanah suci


Setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi dirafaqkan serta doa semoga semuanya diberikan kemudahan, ketabahan, ketenangan, kekuatan, keazaman yang berpanjangan di sana nanti serta doakan kami diberi kekuatan meneruskan perjuangan dan Parti Islam mencapai kemenangan demi menegakkan Agama Allah di muka bumi Malaysia ini, Amin Ya Rabbal `Alamin.
Moga memperoleh Haji Yang Mabrur.

LADIES NIGHT 2011

HalWa (Hal Ehwal Wanita) dibawah Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan akan menganjurkan Ladies Night DMP N.Sembilan pada butir-butir berikut.

Tarikh : 29 Oktober 2011 (Sabtu malam Ahad)
Masa : 8.00 malam - 11.00 malam
Tempat : PJ Perdana ,No. 94 Persiaran Palma Jaya, PJ Perdana, Seremban , N. Sembilan


Program ini merupakan program makan malam tertutup khusus untuk pimpinan wanita di Negeri Sembilan. Aturcara majlis adalah seperti berikut :

07.45 Ketibaan Para Tetamu
08.15 Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis
08.20 Bacaan Doa Makan
08.25 Makan Malam bermula
08.45 Persembahan Kebudayaan & Artis Aishah
09.30 Talkshow “Bersama Wanita Pakatan Rakyat”
Moderator : Pn Norwani Ahmat (PAS)
Panel 1. Pn. Fazilah Abu Samah (PAS)
Panel 2. Mdm. Josephine (DAP)
Panel 3. Wakil (PKR)
11.00 Cabutan Bertuah
11.30 Bersurai

Tiket mkn mlm RM50 satu kerusi@RM500 semeja. Penampilan artis Aishah yang didatangkan khas untuk memeriahkan majlis. Sesiapa yg berminat utk sponsor@ beli meja, menaja & hadir bersama utk prgm silaturrahim bersama pimpinan wanita, boleh hubungi 013-3851202 Norwani, Pengarah Program dan Ainul 013-6971176

Friday, August 12, 2011

Kelab Protes Barang Naik



Jom sertai kami. Katakan TAKNAK kpd BN!
www.facebook.com/pages/Kelab-Protes-Barang-Naik-Protes-BN


InsyaAllah pelancarannya akan diadakan di Parlimen Titiwangsa pd 20hb ini.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4654-pas-lancar-kempen-protes-bn


KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Ekoran bebanan kos hidup yang tinggi yang terpaksa ditanggung rakyat, PAS mengajak seluruh warga negara ini bersama mereka dalam kempen membantah kenaikan harga barang.

Kempen tersebut yang dikendalikan Lajnah Pengguna PAS, akan dilancarkan 20 Ogos ini dengan pelancaran Kelab Protes Barang Naik atau singkatannya Protes BN sebagai permulaan.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Protes BN adalah sebagai usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berhubung peningkatan kos hidup khususnya kenaikan harga barangan keperluan.

"Kita mahu rakyat sedar punca berlakunya kenaikan harga barangan ini disebabkan kelemahan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN.

"Perkara ini boleh dielak jika tiada keborosan, tiada ketirisan dan tiada amalan rasuah dalam pentadbiran negara," katanya kepada Harakahdaily.

Selain itu, kempen tersebut juga akan diperluaskan ke seluruh negeri termasuk dengan mengadakan ekspo, road show dan penyebaran risalah.

Untuk tujuan itu juga, satu laman web khas akan diwujudkan.

"Kita akan memberitahu rakyat, kenapa mereka dibebankan dalam masa yang sama pemimpin negara boleh terus bermewah-mewah," tegasnya lagi.

Mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak yang memasukan aspek Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Mahfuz secara sinis menyifatkan ianya sebagai janji "mulut manis" perdana menteri itu.

"Mereka sendiri sebenarnya yang menaikkan harga barang dengan menarik subsidi rakyat," katanya.

Sehubungan itu rakyat ujarnya diseru untuk bersama dalam usaha menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan melalui kempen ini.

Iftar Perdana PAS Rembau

PROGRAM IFTAR PERDANA
TARIKH : 26 OGOS 2011 (JUMAAT)
MASA : 7 mlm - 10 mlm
TEMPAT : Rembau

ATURCARA :
7 mlm - Agihan sumbangan
- Jamuan buka puasa
- Solat Maghrib
- Tahlil
- Solat Isya / Tarawih
- Tazkirah
10 mlm - Bersurai

Anjuran bersama : PAS Kawasan Rembau , Dewan Ulamak PAS N.Sembilan , Unit Amal Kawasan Rembau , Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau , Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau

Untuk Sumbangan :
Cek atas nama : PAS KAWASAN REMBAU
No akaun : 05-012-01-007334-7 (Bank Islam)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hj Abd Roni 012-2268230 , Hamizi 012-2832458 , Rozmal 012-2267406

Sila dapatkan borang sumbangan dan tahlil pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/08/iftar-pas-rembau-dan-dewan-ulama-26.html



Muslimah Green Corner

Di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau (DMPKR) melangkah setapak lagi dengan membina "Muslimah Green Corner" (MGC). Lokasi MGC ini terletak bersebelahan dengan Pusat Khidmat DUN Paroi. Pembinaannya akan mengambil masa dalam 3 minggu dan insyallah kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan oleh pihak UPU Tasik Jaya dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Paroi.

DI MGC ini semua produk-produk muslimat, produk muslim, barangan jualan amal akan dikumpulkan dan boleh dibeli secara terus oelah orang ramai dengan harga yang berpatutan. Dengan wujudnya MGC ini semua barangan keluaran dan produk muslimat akan dijual secara berpusat. Disamping itu, MGC turut berperanan sebagai pusat komoniti untuk mengumpulkan kaum wanita dan memastikan aktiviti wanita bergerak secara berpusat.

Insyallah MGC ini akan diarasmikan pada bulan September 2011. DMPKR mengalu-alukan sumbangan daripada para dermawan untuk melengkapkan prasarana MGC ini terutamanya cat, rak-rak, penyidai dll. Semua yang ingin menyumbang boleh menghubungi Pn Wani 013-3851202 atau Pn Fauziah 0137779328 atau boleh bank in ke akaun Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau BANK ISLAM No. Akaun: 05-012-01-006165-3

Cantik disisi wanita

Bengkel cantik dan anggun tempoh hari telah menarik minat para wanita untuk mendapatkan info mengenai penjagaan kecantikan wajah, diri dan kesihatan. Bengkel yang dianjurkan oleh Unit Amalnita di bawah Yayasan Amal Negeri Sembilan telah disertai oleh 20org wanita khususnya di Dun Paroi.




Cik Fiza dan Madam Caroline telah menjadi moderator/fasilitator mengendalikan bengkel ini. Para wanita telah diajar teknik dan kaedah yang betul untuk mencuci muka terutamanya untuk menaikkan seri wajah. Di samping itu juga mereka turut didedahkan dengan penjagaan kesihatan terutamanya penggunaan tuala wanita. Pada akan datang kami turut bercadang untuk meneruskan bengkel ini dan mengupasnya dari sudut kecantikan wanita di sudut Islam.
http://panduanpercuma.info/petua-tips/1926/di-mana-cantiknya-seorang-wanita/

Para wanita yang ingin mendapatkan khidmat Cik Fiza bolehlah menghubungi beliau di talian 017-6696694.




Saturday, August 6, 2011

Jejak ukhuwah ramadhan 2011



Seperti tahun- tahun sebelumnya, program Jejak Ukhuwah Ramadhan (JUR) Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau tahun ini dijalankan seperti biasa. Sasaran keluarga utk tahun ini ialah 500 buah keluarga khususnya di DUN Paroi, Chembong dan Kota. Semalam team DMPKR telah membuat agihan kpd 10 org penerima dan INSYAALLAH hari ini 7 julai, 10 penerima lagi akan menerima sedikit bantuan barangan keperluan dan kewangan. Target utk satu keluarga ialah RM 50. Kepada yang ingin menaja Dan menyumbang boleh ah menghubungi Pn Fauziah, 0137779328 atau bank in ke Akaun Bank Islam : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau BANK ISLAM No. Akaun: 05-012-01-006165-3

Friday, July 22, 2011

Jualan Amal Ikan Terubuk

Salam. Jualan Amal ikan Terubuk masin Sarawak RM10 seekor pd mlm diambang ramadhan 29 Julai 2011 di Dataran Senawang. Anjuran Mslimat Rembau. Untuk tempahan@kupon, sila hubungi ajk DMPKR, Pn Fauziah 013-7779328 Sebarkan

Tuesday, June 21, 2011

BENGKEL CANTIK & ANGGUN (Cun)


Terbuka kepada para wanita khususnya untuk ibu tunggal dan kaum ibu yang mencari peluang dalam bidang perniagaan kecantikan.

Mari sertai bengkel kecantikan yang dianjurkan secara PERCUMA dan terhad untuk 30 peserta sahaja. Para peserta berpeluang belajar kaedah cucian muka@ facial serta mendapatkan tips kesihatan untuk kekal cantik dan anggun. Disamping itu para peserta juga akan diterangkan tentang kaedah perniagaan produk kesihatan.

Tarikh: 23hb Julai 2011
Masa: 2.30 petang - 5.00 petang
Tempat: Dewan D'Ark Taman Sri Kasih, Senawang

Anjuran: Unit Amalnita, Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan serta Pusat Khidmat DUN Paroi.
* Hadiah @ door gift diberikan untuk peserta terawal.


Berminat sila hubungi Pn Wani: 013-3851202 @ Pn Faridah 012-6820869

Thursday, June 16, 2011

BERSIH 2, JOM TURUN


9 Julai kan jadi saksi

Pabila rakyat turun beraksi

Penuh semangat gagah berani

Menuntut perubahan sistem demokrasi



Pilihanraya bersih tuntutan kami

Adil saksama jadi intipati

Barulah rakyat rasa senang hati

Memilih pemimpin yang disegani




Gembar gembur berita terkini

Pemimpin UMNO asyik buat laporan


BERSIH 2 semakin digeruni

Pabila rakyat buat gegaran


Bersama pemimpin mengorak langkah
Berarak kita penuh semangat

Pantang menyerah sebelum kalah

Suara rakyat pastikan menyengat



PRU 13 sentiasa di nanti

Menjadi medan titik perubahan

Segala harapan kan jadi pasti

Izin Tuhan, mimpi jadi kenyataan



AYUH , PEMUDA & MUSLIMAT....

TURUN PENUH SEMANGAT

MOGA SEMUA MENDAPAT BERKAT

DUNIA AKHIRAT KITA SELAMAT

Monday, June 6, 2011

Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai, oleh Liew Chin Tong






Roketkini.com 7 Jun 2011 - Selepas pimpinan PAS mengumumkan Dokumen Negara Islam pada 2003, setelah dicabar oleh Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menjadi salah satu faktor utama parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum 2004.

Daripada 27 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 1999, PAS hanya mampu kekalkan 6 kerusi Parlimen. Banyak pihak mengatakan PAS kehilangan undi bukan sahaja dari kalangan bukan Islam tetapi juga dari orang Melayu yang dikatakan “resah” dengan konsep negara Islam parti itu.

Sebenarnya Dokumen Negara Islam 2003 adalah kosep yang berlawanan dengan cadangan asal yang dibawakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS, sejak 2001 dalam bentuk Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21.
Di antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan oleh sabahat-sabahat PAS termasuk aktivis NGO yang kemudiannya dibawakan oleh Fadzil dalam muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, Kelantan pada Mei 2002.

Fadzil yakin memorandum itu yang masih dalam peringkat persediaan itu mampu mencari titik pertemuan pelbagai peradaban, kepercayaan dan pegangan politik rakyat. Baginya, sifat pemerintahan Islam perlu ada syura, pemilihan dan demokrasi kerana pembinaan negara mesti berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi bertunjangkan sistem kepercayaan yang benar.

Beliau turut menjelaskan bahawa pentadbiran yang dicita-citakan PAS ialah yang mendukung kedaulatan undang-undang serta menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan “Negara Berkebajikan” yang diharapkannya dapat memakmurkan negara dengan kebajikan serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan.

Tujuh perkara asas dalam Memorandum itu adalah:
- Masyarakat madani
- Hak saksama (al-musaawah)
- Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya
- Keadilan (al-‘adalah)
- Meritokrasi (as-solahiyah)
- Negara berkebajikan
- Pentadbiran dinamik dan inovatif

Sayangnya, Fadzil meninggal dunia tidak lama selepas muktamar itu, pada 23 Jun 2002, yang mengakibatkan Memorandum itu tidak lagi menjadi keutamaan PAS.

Namun begitu, sebulan selepas perginya Fadzil, PAS menyusun semula Memorandum itu untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di luar parti di mana tujuh perkara asas dikekalkan dengan huraian yang lebih panjang.

Apa yang mengejutkan ialah satu dokumen yang berlainan sama sekali telah dikeluarkan pada November 2002 atas nama Dokumen Negara Islam yang direstui oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Dokumen itu juga mempunyai tujuh prinsip, seperti mana Memorandum, tetapi ia berbeza dalam banyak segi.

Tujuh perkara asas Dokumen itu ialah:

- Negara undang-undang di mana dijelaskan bahawa hudud, qisasa dan takzir akan dikenakan kepada orang Islam sahaja tetapi yang bukan Islam boleh memilih sama ada menerima hukum itu atau common law
- Sistem khilafah di mana pemerintah mesti melaksanakan hukum Islam, jika tidak mereka dianggap pengkhianat amanah Allah
- Takwa
- Sistem syura (concensus) di mana ia akan membincangkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan sahaja, dan tidak boleh dalam hukum-hukum tetap Islam (qat’i)
- Keadilan dan kesamarataan (al-‘adaalah wal musaawaah) yang dijelaskan tidak sama dengan persamaan (equality) dan sama bahagian (fairness)
- Kebebasan (al-hurriyyah) yang tidak boleh bercanggah dengan syara’
- Ketuanan mutlak (as-siyaadah wal haakimiyah) atau sovereignty yang mana hak ketuanan adalah milik Allah dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.

Walau apa pun niat baik pimpinan PAS dalam menyediakan Dokumen ini, persepsi orang ramai terhadapnya telah menyebabkan parti itu ditolak dalam PRU 2004. Ia dlihat sebagai menakutkan orang bukan Islam dan orang Islam yang berpendirian sederhana.

Menjelang 2007 di mana pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lemah telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat, ramai pemimpin PAS terutamanya mereka yang bersikap sederhana telah menyertai gerakan-gerakan mobilisasi demokrasi seperti perhimpinan Bersih yang mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya telus dan adil dalam pilihan raya.

Pada masa itu juga PAS mula kembali kepada idea asal Fadzil yang mahu parti itu menjadi lebih terbuka dan berarus perdana dalam menarik sokongan rakyat. Ia juga usaha sesetengah pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa Islam bukan sempit ajarannya, Islam adalah untuk semua.

Kejayaan besar PAS bersama PKR dan DAP dalam PRU 2008 meyakinkan banyak pihak supaya parti itu berjuang bersama-sama dalam satu gabungan yang kemudiannya dinamakan Pakatan Rakyat.

Dengan adanya barisan baru PAS yang dipilih dalam muktamar PAS ke-57 di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hasrat Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk meluaskan usaha promosi Negara Berkebajikan dilihat akan membuahkan hasil.

Seperti yang dijelaskan oleh Hadi, Negara Berkebajikan adalah konsep yang berteraskan Islam dan boleh diterima oleh semua orang tanpa mengira agama dan kaum. Ini bermakna PAS tetap boleh memperjuangkan agenda Islam yang benar-benar memberi manfaat kepada semua manusia.

Memetik kata-kata Hadi, “Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan”, ia mengingatkan kita semua kepada apa yang diperjuangkan oleh Allahyrahm Ustaz Fadzil untuk membawa imej Islam yang lebih demokratik, inklusif, terbuka dan adil tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS.

Sejak 2004, PAS telah melalui jalan yang sukar dan penuh berduri. Rasa kurang keyakinan diri di kalangan pemimpin tertentu PAS juga membuatkan mereka serba-salah dengan tawaran UMNO untuk bersatu padu demi perpaduan Melayu.

Sekarang ternyata impian Fadzil sudah menjadi kenyataan. PAS dilihat sudah bersedia untuk kembali dengan penuh komitmen terhadap Pakatan Rakyat, selaras dengan impian Fadzil yang mahu menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN. – Roketkini.com

Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera

http://roketkini.com/2011/06/07/akhirnya-impian-fadzil-noor-tercapai-oleh-liew-chin-tong/


We love U Babah

Lama rasanya tidak bertamu di ruang ini. Tidak berkesempatan untuk mencoretkan setiap aktiviti dan berita meskipun banyak yang ingin dikongsikan dengan sahabat-sahabat dan teman rapat. Banyak tugas yang perlu diselesaikan sebelum 'bersara' di tempat kerja yang ada sekarang. Alhamdulillah...dalam kesibukan Allah masih mengizinkan dan memberi ruang meraikan hari lahir suami tersayang bersama anak-anak.



Rutin setiap tahun dan setiap bulan...pasti ada sambutan hari lahir sesama kami anak-beranak. Anak-anak cukup teruja pabila dapat membeli kek untuk Babah tercinta. Mereka semua adalah anak-anak kesayangan Babah.... Terima kasih Beeb kerana menjadi suami dan Babah terbaik untuk kami sekeluarga. Moga Allah emmanjangkan umur Beeb, dimurahkan rezeki, beroleh keberkatan, kesejahteraan dan kerahmatan dari Ilahi di dunia dan diakhirat. We love U Babah so much!

Thursday, June 2, 2011

Anda yang terbaik!


Alhamdulillah...Salam Tahniah dan Takziah kepada semua kepimpinan Dewan Muslimat Pas Pusat sesi baru 2011-2013 yang terpilih semalam. InsyaAllah semoga semuanya diberikan kekuatan, ketabahan,kesabaran dan kecekalan hati memimpin muslimat dalam PRU 13 yang bakal datang bila-bila masa sahaja. InsyaAllah...kami di Dewan Muslimat PAS Rembau senantiasa mendoakan untuk semua pimpinan kerana anda adalah insan terbaik yang dipilih Allah SWT.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang baru bagi sesi 2011-2013 apabila menewaskan Nuridah Salleh dengan 358 undi.

Menerusi keputusan itu, Siti Zailah mengetepikan penyandang bagi jawatan tersebut sebelum ini, Nuridah yang menerima 264 undi.

Seramai 622 perwakilan layak mengundi pada pemilihan pucuk pimpinan Dewan Muslimat PAS kali ini yang berlangsung di Dewan Jubli Perak di sini Khamis.(semalam) berita lanjut di
http://greenboc.blogspot.com/2011/06/ketua-dewan-muslimat-siti-zailah.html

Minta maaf Najib, saya tak dapat undi awak



Najib, saya minta maaf
Saya tak mampu tampung semua kos ini …
Pinjaman rumah selama 30 tahun, pinjaman kereta 7 tahun,
Perbelanjaan pelajaran anak-anak selama 20 tahun.
Harga petrol dan kos sara hidup meningkat.
Tapi pendapatan saya tetap sama ….
Minta maaf Najib, saya tak dapat undi awak.

Demikianlah ayat di atas yang terdapat pada poster kempen pilihanraya DAP, berlatarbelakangkan seorang lelaki di kedai kopi, keseorangan, yang sedang memegang dahi, merenung sambil mengacau secawan kopi.

Pakatan Rakyat perlukan bahan kempen sebegini terutama untuk pengundi Melayu.

Ianya amat mudah difahami dan menusuk jiwa para pengundi.

Sila ke pautan berikut untuk melihat poster kempen tersebut http://amkns.blogspot.com/2011/06/minta-maaf-najib-saya-tak-dapat-undi.html

Tuesday, May 24, 2011

Tuesday, April 5, 2011

Selamat pengantin baru Cikgu Anis

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Cikgu Anis dan suami yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 3 April 2011 yang lalu. Semoga Cikgu bahagia hingga ke akhir hayat. Cikgu Anis telah menamatkan perkhidmatannya sebagai guru di Pasti Al-Ain kerana akan berangkat ke Syria untuk menyambung pelajaran bersama suaminya. Semoga Allah permudahkan segala urusan Cikgu Anis. Amin...




Terima kasih Cikgu diatas tunjuk ajar.




http://pasti-al-ain.blogspot.com/2011/04/selamat-pengantin-baru-cikgu-anis.html

Tuesday, March 22, 2011

Produk kesihatan buat yang tersayang

Sempena hari wanita sedunia pada 8 Mac yang lepas... hargailah isteri,ibu,kakak,adik & anak perempuan anda yang tersayang dengan menghadiahkan mereka produk kesihatan berkhasiat keluaran Smart Herbs iaitu;

1. Kopi Pra Campur Untuk Wanita - Kacip Fatimah 7 in 1
2. Kopi Pra Campur Untuk lelaki - Tongkat Ali 9 in 1 (harga promosi RM22)
3. Losyen Pati Halia Cengkeh

4. Kopi Pra Campur Untuk Semua - KOPI BARLEY 5 in 1
5. Susu Kambing dan Madu - minuman sunnah


Harga runcit/pasaran sekotak ialah RM30 utk item 1-4 dan RM35 utk item 5

Khasiat produk ini boleh layari... http://smartstockist.com/web/

Utk makluman produk ini keluaran bumipurta, produk Muslim 100% dan dikilangkan di

Smarts Herbs Manufacturing
No. 32, Tkt. Bawah,
Senawang Business Center,
Tmn Tasik Jaya,
70400, Seremban,
Negeri Sembilan.

Sesiapa yg berminat untuk menjadi ahli dan pengedar boleh hubungi saya, Pn Wani (013-3851202). Dapatkan harga ahli yang cukup murah dengan SEGERA.