Tuesday, September 29, 2009

Demi MASA...

Semalam jam 6.55 baru keluar dari office. Kebetulan hujan di KL dan suami pula tidak berapa sihat akibat penangan nasi ayam malam sebelumnya. Food poisoning memang menyakitkan dan suami terlantar di belakang. Aku terus memandu dalam kesesakan.... dan memecut ke Seremban secepat mungkin.
"Malam ini Ayg ada meeting di BG. Kena lead/chair meeting utk jentera HalWa Rembau. Meeting jam 9mlm di Intan Duyung. Beeb jgn risau, ayg boleh pergi sendiri. anak2x biarlah ayg bawa. Beeb rehat ye"
Ya Allah, moga2x aku sempat sampai ke sana. Dlm apa sahaja situasi aku cukup risau jika lambat dalm setiap perkara. Time is important and time is money. Selepas solat maghrib, aku siapkan 2 org anak yg nak mengikut Umminya. Kaklong dah mengantuk dan aku minta adikku Fendi untuk menjaganya.
" Beeb nak pergi sekali coz nak serahkan beberapa items kepada Sufian. tapi Beeb tak dapt nak join meeting Pemuda n It. Tak larat sangat ini", maklum suami kepadaku.
" Beeb baringlah kat belakang. Biar Ayg drive ke BG. "
Aku bancuhkan secawan kopi Radix untuk suami kerana semua yg dimakan keluar balik. Muntah2x tak berhenti. Risau juga ku dibuatnya. Hendak ku bawa ke klinik, tapi suami menolaknya. Jam 8.40mlm kami keluar rumah dan aku terus memecut laju. Risau jika aku lambat dan dah ada AJK yg menunggu di sana. Dlm menyusuri highway ke PD sempat ke habiskan bacaan Mathurat diikuti oleh Nani beberapa ayat.Tapi disedari air mata mengalir...tak pasti sama ada aku sedih mahupun aku kepenatan. Rasa sungguh hina dan lemah disisiNYA. Ya Allah, kurniakan aku kekuatan dan ketabahan. Kurniakan aku kelapangan dan kesihatan. Tiada daya upayaku melainkan dengan izinMu. Tiadalah kekuatanku melainkan kekuatan yang diberikan olehMU.Sambil memandu, sambil ku pandang wajah Beeb yang kesakitan dan keletihan. Ya Allah, sembuhkanlah suamiku dan permudahkanlah urusannya.
Perjalanan 4o minit ke BG terasa sungguh lama. Banyak juga kereta ke BG malam tadi dan biasanya bila memandu aku memang fokus ke hadapan. Ada kawan2x yg kata aku sombong sebab x pandang kiri kanan pun. Masalahnya aku kejar MASA.....Kadang kala x perasan pun orang beri isyarat dan sebagainya. Tak sempat nak toleh...yg aku fokus, pandang kena ke hadapan. Misi kena tepati masa dan kalau boleh kurangkan masa meeting. Buat seringkas mungkin.
Alhamdulillah, aku tiba pada jam 9.20, lewat 20minit. Kehadiran jentera HalWa rembau mlm tadi lebih kurang 20orang dan aku buat taklimat tentang UPU Kg Bagan Pinag. Meeting jam 9.50 dan berakhir jam 10.30mlm. Kami sempat melawat ke rumah muslimat kelantan di Jln intan Duyung 6. Jam 11.20 mlm aku mula bertolak balik.
Kasihan Beeb dan anak2x yg telah tidur keletihan. Hari ini aku lewat sedikit ke office kerana biasanya suami yg hantar. Hujan di KL dan keadaan jln sesak dari tol sungai besi. Rasa bersalah bila sampai jam 8.40 di ofice kerana biasanya jam 7.30-7.45 aku telah berada di office. Demi MASA, aku terlalai lagi. Ya Allah, jadikanlah aku insan yg menepati masa....menjaga solat tepat pada waktu dan menjaga waktu sebaiknya.

Berkampung di BG

Dah 3 minggu lebih kami sekeluarga terpaksa membiasakan diri tanpa pembantu rumah. Lagi 2 minggu, 10.10.2009 ;baru maid baru akan tiba ke Malaysia. Bermakna selama 2 minggu inilah anak2x terpaksa ku usung ke sana ke mari terutamanya dlm kerancakan PRK di BG. Mereka pun seronok sebab dpt berjalan.


Hampir setiap mlm ke BG dan Avanza adalah rumah ke 2 anak2x. Ahad lepas, selama 1 jam raikan mrk mandi laut di PD. Kemudian kami menetap setenga hari di bilik operasi halwa rembau. Anak2x cukup seronok kerana dia ingat Ummi beli rumah baru dan mereka akan pindah rumah baru.Kadang kala kasihan juga tengok anak2x yg ada tikanya buat perangai untuk dptkan perhatian Umminya. Tapi aku lagi kasihan bila tengok banyak kerja PRK yg belum lagi aku laksanakan. Aku lagi kasihan bila aku masih lagi rasa selesa sedangkan tugas tak jalan.



"Anak2x Ummi kena berkorbanlah sikit ye. Tak lama pun.... 2 minggu jer....kalau mengantuk, tidur dulu dalam kereta.Nanti Ummi kejut"




"Kak long tlg tengokkn adik2x ye. Ummi nak meeting..."


Malam tadi aku terleka didalam meeting hingga tak perasan dimana anak2x berada. Alhamdulillah...anak2x pandai membawa diri masing2x.


Hajat dihati memang nak berkampung di BG namun nampaknya aku hanya mampu menjadi tetamu sementara di sini. Jam 12.00mlm menyusuri tol PD menuju ke Seremban. Anak2x tidur keletihan.... Moga Allah beri kekuatan kepadaku untuk menghadapi segala kemungkinan, cabaran dan halangan. Banyak cabaran yg ditempuhi, lagi banyak pengalaman berharga yg ku kutip. Semuanya mengajar kita erti mengenal diri sendiri, kesabaran dan ketabahan dalam hidup. Doaku moga anak dalam kandungan ini juga menjadi tabah dan kental hadapi segala kemungkinan di hari mendatang.

Wednesday, September 23, 2009

20.09.2009_Raya PERTAMA

Raya tahun ini aku menyambutnya di rumah mertua. Rasa sungguh seronok kerana hampir semua adik-beradik sebelah suami berkumpul. Berbuka puasa pada hari terakhir memang meriah dengan pelbagai juadah raya yang mak sediakan. Sejak bertolak dari Seremban lagi, aku msyik sebut dengan suami yang aku nak makan sup daging. Dizizinkan Allah, dimurahkan rezeki maka lepas hajat mengidamku pabila mak mertua masakkan sup daging satu periuk.Memang rezeki...
Memandangkan pembantu rumah telah tiada, semua anak2x telah ku bawa ke masjid Kg Batu, Jln Ipoh untuk sama2x menunaikan solat Eidulfitri. kemudian kami bersalaman sesama adik beradik. Rasa hiba dan sayu terutamanya pabila memeluk mak mertua. Ini tahun ke-2 mak beraya tanpa Abah. kemudia kami menziarahi Makcik Naemah, jiran tetangga yang cukup akrab seperti saudara. Bebeza menu di rumah makcik Naemah, kami dijamu dengan laksa yang cukup sedap.

Jam 11.30 pagi kami menuju ke pusara Abah. Keadaan disana cukup sesak dan terlalu ramai yg mengunjungi kubur pada pagi itu. Aku berdoa semoga Allah tempatkan Abah dikalangan org2x yang beriman. Abdullah Azzam tak habis2x bertanya,
"Ini kubur siapa Ummi?". " Ini kubur Atuk Azzam. Ingat atuk tak? Kalau Ummi dan Babah x ada, Azzam dtg tengok kubur Atuk ye."
Jam 1.00petang kami bertolak ke Paya Jaras untuk menziarahi Abg Din, keluarga sebelah arwah Abah. Abg Din dan KAk Shidah sekeluarga memask lemang sendiri tahun ini. Memang sedap dan anehnya aku tak mabuk pada rasa ini. Makan berselera sahaja berbanding bulan puasa.
Jam 4.o0 petang, kami mula bertolak ke Rembau. Adik-beradik yang lain pun akan bertola ke kampung halaman masing2x. Abg Zakir dan Nor akan bertolak ke Perak manakala Amar dan Ayu akan bertolak ke Kedah. Keriangan dan keseronokan beraya di KL rupanya tidak sama dengan beraya di Rembau.

Tanggal 20.09.2009 mencatatkan satu sejarah hitam yg pahit dalam keluarga saya. Akibat perkara kecil dan salah faham, ada adik adik-beradik yang kecil hati sehingga sanggup buang saudara. Moga Allah bukakan hati dan beri petunjuk kepada semua yang terlibat. Jika nasihat sesama saudara mara, mak ayah tidak mahu didengar, maka nasihat siapa lagi yang kita nak dengar? Renung-renungkanlah...moga jadi pengajaran.

Asyik TAK BOLEH aje.

Kadang2x geram pun ada, marah pun ada bila apa yang dirancang tak menjadi. Banyaknya alasan yang diberi. Banyaknya masalah yang diberi. Asyik x boleh aje.... Aku melihat orang Melayu x sekuat jati diri orang Indonesia. Bukannya aku nak terlebih puji org Indonesia tetapi aku lihat org Indonesia ini jiwanya kental. Semangatnya jitu. Letaklah, di lembah mana pun, di negara mana pun, mereka boleh hidup mencari rezeki. Para ibu sanggup tinggalkan anak bertahun-tahun semata-mata untuk mencari rezeki. Kita di Malaysia ini baru 2-3 hari tinggalkan anak, dah risau tak tentu hala. Baru sehari suntuk tinggalkan suami, dah risau sakan. Macamlah suami kita tak pandai nak cari makan sendiri dan jaga diri sendiri.
Aku merasakan, kita sebagai org Islam berbangsa Melayu ini harus mengakui bahawa pergantungan kita hanya kepada Allah. Kadang kala kita risau tak tentu pasal dan fikir yg negatif sehingga semuanya tak berjalan.Itu tak kena, ini tak kena bila kita hanya fikir yang negatif. Dari tak ada masalah, boleh jadi masalah disebabkan diri kita yang berfikiran negatif. Sedikit panduan untuk diri sendiri dan kita semua bagi menjadi insan yg sentiasa positif.
1. Orang yang bersikap positif semakin tercabar, semakin kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!
2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!
3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Ianya didorong bersama semangat tidak mudah putus asa dan bekerja keras! Seperti kata pepatah Arab, “Barangsiapa yang berusaha dia pasti akan berjaya. Barangsiapa yang bercucuk tanam maka dia akan dapat menuai hasilnya.”
4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri
Kecemerlangan diri tidak ada batasan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mencari jalan memperbaiki prestasi diri sendiri. Apa yang dilihat sebagai terbaik hari ini mungkin dinilai sederhana saja sepuluh tahun akan datang. Orang yang positif bertanggungjawab kepada diri sendiri serta tindakan-tindakannya - berdikari. Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Dengan sikap seperti ini, setiap orang boleh berjaya. Malah dengan bersikap demikian juga, dapat pula ia membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara yang membina.

5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.
6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.
7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh
Boleh dikatakan bahawa setiap orang yang mencapai kejayaan pernah jatuh bukan sekali, malah beberapa kali, tetapi, mereka ini dapat bangun semula daripada kejatuhan. Mereka tidak mengalah. Setiap kali jatuh, setiap kali juga mereka bangun semula dan terus gigih bertatih untuk lebih mantap berjalan. Biarpun banyak kali jatuh, banyak kali juga kita perlu bangun.
Kunci kejayaan mereka ialah bukan sedalam mana mereka jatuh, tapi sekuat mana kemampuan mereka melantun dan berdiri semula pada kedudukan lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Allah sudah menyatakan dalam Al-Quran betapa nasib seseorang itu tidak akan berubah melainkan dia sendiri berusaha mengubahnya.

"Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut." Bidalan - Pepatah Melayu; Penjelasan: Penakut tidak dapat apa-apa.

Majlis Jamuan Hari Raya BPPNS


3 Syawal_Raikan jiran & sahabat handai

3 Syawal 1430, tidak dirancang dari awal; saya dan suami bercadang membuat sedikit jamuan raya untuk meraikan jiran tetangga dan sahabat handai. Memandngkan raya ke-3 kami telah pulang ke Seremban, saya memberitahu suami akan niat untuk menjamu jiran2x dan kawan2x selepas Isyak nanti.

"Larat ke Ayg nak masak?" suami seakan risau memandangkan pembantu rumah tiada. Lebih2x lagi keadaan ku yang berbadan dua.
" InsyaAllah, boleh. Ayg masak simple aje. Mee goreng, bee hun dan nasi goreng. Lepas tu kita potong buah skit. Sekadar nak raikan jiran sebelah."

" OK. no problem, Ayg yg masak. beeb layan tetamu aje. OK kita proceed. Lepas nie Beeb pergi pasar." suami menyatakan persetujuan.

SMS jemputan dikirim kepada 30 orang tetamu dan yang membalas hanya 3 orang. So, dalam perkiraan saya paling tinggi pun hanya 5-10 keluarga yang akan hadir. Lagipun nie raya ke-3, masih ramai yang beraya di kampung. Saya hanya memasak setakat 4 peket mee goreng, 2 bungkus bee hun dan satu periuk kecil nasi goreng.

Dalam jam 8.50 mlm, tetamu pertama tiba iaitu Uncle Dason sekeluarga; jiran sebelah rumah. Hubungan kami sekeluarga memang agak rapat. Lama juga Uncle dirumah kami sehingga sempat meninjau ruang dapur dan bilik.Tak habis2 dia memuji susunan yang majoritinya warna coklat.
Kemudian, seorang demi seorang tetamu hadir termasuk Kak Syarifah (x-office kilang SMP), Dik Atriza sekeluarga, Cikgu Hassan Taha sekeluarga, Dr. Raymund sekeluarga, jiran Kak Zarina, Kak Mariam, Kak Sarimah dan En Satar sekeluarga. Tanpa disangka Maktam sekeluarga dan Mak dari Rembau juga hadir. Terkejutnya...

Alhamdulillah, Kaklong dari Labu datang membantu. Aku bertungkus lumus menggoreng mee dan sempat juga memasak lagi satu periuk nasi untuk digoreng. Jam 9.45malam, tetamu makin ramai dengan kehadiran Kak Shidah sekeluarga, Kak Faridah Yahya, Linda sekeluaga,anak En Aris dan kawan2xnya serta mak angkat di Taman Jujur.
" Kenapa tadi wani x masak banyak2x?" kak long mula bertanya.

"Ingatkan x ramai. lagipun, wani memang suka masak panas2x nie. Barulah sedap orang nak makan"

Sehingga jam 10.30malam, tetamu beransur pulang. Tetamu terakhir ialah En Azman sekeluarga (kawan di Sime Darby). Pelbagai cerita yang dikongsi sehinggalah kjam 11.10malam. Rasa lega bila jamuan raya yang tak dirancang telah selesai dijalankan. Sekurang2xnya dapat raikan jiran tetangga yang jarang dapat berkunjung ke rumah kami. Al maklumkan kami jarang berada dirumah. Meskipun hidangan tidak seberapa, ianya dapat mengeratkan silaturrahim dengan jiran tetangga yang jarang bertemu disamping bertukar2x cerita raya.
Memang tiada planning langsung untuk buat jamuan raya tahun ini memandangkan hujung minggu akan lebih tertumpu ke PRK Bagan Pinang. Alhamdulillah, Beeb banyak membantu dari segi persediaan rumah dan kebersihan selepas jamuan. Anak2x juga membantu mengisi kuih muih dan menyusun gelas sebelum jamuan.
Terima kasih kepada kak long dan maktam sekeluarga yang menolong mengemaskan pinggan mangkuk selepas jamuan. Lega rasanya bila jamuan yang tidak berapa dirancang berjalan dengan baik dengan kehadiran tetamu yang hadir diluar jangkaan.

Thursday, September 17, 2009

Puasa SI MISKIN....Alangkah beruntungnya kita

Assalamu'alaikum wbt
buat renungan diri dan semua pembaca. Adakalanya aku hairan pabila ada orang yang asyik mengumpul duit hingga terlupa peranan diri membantu insan yang memerlukan. Rezeki yang kita dapat pada hari ini adalah milik Allah dan dengan izin Allah. Apalah salahnya rezeki yang kita dapat itu, kita sedekahkah kepada yang memerlukan. Besar sangatkah nilai RM50,RM100 disisi kita yang gaji telah masuk angka 2-3 ribu ke atas?
Sama-samalah kita muhasabah dengan membaca kisah ini. Buat diri yang pernah susah, usah kita lupa asal usul diri. Sekadar renungan.... buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? " "Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?" "Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? " "Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?" "Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?" "Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?" "Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya. Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi
"Adik bersekolah dimana?" "Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?" "Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.." Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat." Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?" "Cuma RM3.00 sehari." "Ayahnya bekerja macam mana" "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari." Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang s aj a tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Duit raya Ramadhan - DRR

Tinggal hanya 2 hari lagi untuk berhari raya. Bermakna hanya tinggal 2hari lagi bagi kita semua untuk merebut peluang pahala berlipat ganda di bulan yang mulia. Banyakkan sedekah terutamanya menukar trend memberi wang raya dalam bulan Ramadhan.
Semalam, anak-anak telah menerima wang raya daripada jiran di surau. Hari ini di office, boss aku pula memberikan wang raya untuk anak-anak. Nampaknya makain ramai yang beria-ia merebut ganjaran pahala memberikan wang raya sewaktu Ramadhan. Sekarang tak perlu lagi panggil duit raya.... Tapi DUIT RAYA RAMADHAN -DRR :)

Beeb...Mr. MAMA

Semalam Kak Midah, pembantuku telah pulang ke Indonesia. Rasa sungguh sekejap sekali tempoh 2 tahun dan aku terpaksa mengambil seorang lagi pembantu selepas cuti raya nanti. Buat sementara, suami terpaksa meminta cuti untuk menjaga anak-anak memandangkan aku masih dalam tempoh ‘pantang’ 6 bulan ditempat kerja baru.

Selamam balik sahaja rumah, anak yang sulung memaklumkan ,

“ Ummi, Babah dah jadi Mr. Mama hari ni. Babah masak untuk Azzam”

”Iyea...Babah masak apa?” tanyaku sambil menyelak tudung saji.

”Babah masak roti telur...”
Tersenyum aku melihat anak-anak yang ceria bersama Babahnya. Beeb suruh aku berehat dna katanya semua dah siap dibeli. Terasa kelainan bila melihat rumah yang kemas. Kasihan tengok Beeb yang sanggup berkorban menjaga anak-anak. Anak-anak pula memang manja dengan Babahnya. Anak-anak pula dah biasa berdikari dan semenjak ibunya tiada, mereka panadai membasuh pinggan sendiri. Masing2x bertambah rajin bila dipuji.
Jika ada anugerah suami Mithali, ingin ku hadiahkannya buat suami tercinta, Beeb. Seperti yang pernah ku ungkapkan sebelum ini, Beeb adalah anugerah terindah Ilahi kepada ku.Mengapa ku katakan Beeb antara anugerah terindah kurniaan Ilahi kepadaku?

Mengenalinya, menjadi isterinya,sahabatnya dan teman karibnya merupakan satu anugerah pengalaman yang cukup manis buatku. Meskipun baru 8 tahun menjalani kehidupan bersamanya, namun rasa macam baru sahaja hidup bersamanya. Beeb adalah teman seperjuangan dan sahabat karib dalam apa sahaja situasi. Apa sahaja cerita, pasti ingin ku kongsi pengalaman bersamanya dan Beeb tak pernah jemu mendengar aku bercerita dan sering memberi pendapat dalam setiap keputusan yang ingin aku laksanakan. Beeb seorang yang amat memahami dan jauh sekali marah atau berkecil hati jika aku melakukan kesalahan.

Paling berkesan di jiwaku ialah, ketika aku melahirkan ke tiga-tiga orang anak dimana Beeb menemankan aku ketika dalam kesakitan sehingga kelahiran. Beeb menjagaku, memandikanku, membersihkan lukaku, menyuapkanku dan pelbagai kebaikan yang tidak mampu kusenaraikan.
Beeb tidak pernah merungut setiap kali ditinggalkan bersama anak-anak ketika aku selalu outstation. Bagi Beeb, melayan karenah anak2x merupakan salah satu aktiviti yang gemar dilakukannya. Beeb memang suka budak2x dan bila sekeluarga bersama, sikapku yang serius pun akan bertukar menjadi budak-budak.

Semenjak mengandungkan anak ke-4 ini, perhatian Beeb semakin bertambah. Beeb sering nasihatkanku untuk menjaga kesihatan dan berehat. Masalahnya aku memang payah nak duduk diam dan rasa rimas bila asyik duduk aje. Di dalam bulan yang mulia ini, aku mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk beraya bersama suami tercinta dan anak-anak. Sering ku berdoa semoga Allah memelihara keluargaku, melihara Beeb,melindunginya dan memberikan kekuatan kepadanya.

"Sesungguhnya aku menyintainya kerana Mu Ya Allah, dan jika aku membenci...aku hanya membencinya kerana Mu Ya Allah bukan kerana yang lain".

Beeb...Mr Mama yang baru. Ratu hati Ummi...



Tuesday, September 15, 2009

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA





Indah sungguh bulan purnama
Indahnya lagi Ramadhan mulia
Salam dihulur maaf dipinta
Moga terlerai segala prasangka


Bulan Ramadhan menambah pahala
Amal ibadah ganjarannya berganda
Ampun maaf drp sekeluarga
Moga terjalin ukhuwah mulia


Lailatul qadar impian semua
Memohon doa agar terlaksana
Moga gembira di hari bahagia
Insan sengsara usah dilupa

Ramadhan berakhir terasa hibanya
Tahun hadapan pastikan bersua
Sayangilah diri dan keluarga

Moga selamat sejahtera sentiasa
PAS Kawasan Rembau , Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa tahanan ISA di Jelebu , Negeri Sembilan bagi meringankan sedikit beban keluarga Melayu/Islam yang telah ditahan tanpa bicara mengikut Akta ISA sejak sekian lama.
Semoga dengan sedikit sumbangan kewangan dari PAS di Negeri Sembilan ini akan memberi kesedaran kepada masyarakat di Negeri Sembilan bahawa ada keluarga Melayu/Islam yang ditahan dibawah Akta ISA sejak sekian lama yang hilang tempat bergantung. Alhamdulillah, sumbangan tersebut telah sempat saya serahkan kepada wakil Kawasan iaitu Pn Osnida pada Ahad (13 Sept 2009) yang lepas. Syukur ke hadrat Allah kerana suami mangsa ISA iaitu Sdra Mohd Amer Hanapiah telah dibebaskan pada 15 September yang lepas. Moga Allah permudahkan urusan beliau sekeluarga dan moga keluarganya ceria di Hari Lebaran nanti.

Uniknya PRK kali ini

9 Perkara yang anda perlu tahu untuk PRK kali ini.

Uniknya PRK - Pilihanraya Kecil kali ini

1. PRK ke -9
2. Berlakunya di N-9
3. Kekosongannya dalam bulan 9
4.Bulan Ramadhan, bulan ke-9 tahun hijrah
5. Pada tahun 2009
6. NS ada 9 Luak
7. Bagan Pinang ada 9 UPU (termasuk 1 peti undi Pos)
8. Tan Sri Isa Samad – Menteri Besar N9 yang ke-9
9. Tan Sri Isa Samad lahir tahun 1949

Sunday, September 13, 2009

Program Khidmat Kesihatan Percuma di Kg Bagan Pinang

Ahad 13 September 2009 – PAS Negeri Sembilan hari ini telah mengadakan Program Khidmat Kesihatan Percuma di Kg Bagan Pinang dengan kerjasama sebuah NGO tempatan.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Sdr Zulkefly Mohamad Omar Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tuan Haji Ramli Ismail Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang, YB Hj Mohamad Taufek ADUN Paroi dan rombongan Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan yang menjayakan Program Jejak Fakir sekitar Parlimen Telok Kemang.

Bantuan Ramadhan PAS Negeri Sembilan dan Program Jejak Fakir Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan adalah merupakan bantuan sumbangan barangan keperluan Ramadhan dan persiapan Idil Fitri untuk keluarga-keluarga yang memerlukan hasil sumbangan orang ramai.

Gambar sekitar program tersebut pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2009/09/bantuan-kesihatan-dan-bantuan-sambut.html

Thursday, September 10, 2009

SALAM LEBARAN DAN PERUTUSAN PERJUANGAN

Assalamu’alaikum wbt dan Salam Ramadhan al-Mubarak

Syukur ke hadrat Allah kerana mengizinkan kita menjadi tetamu dibulan yang mulia pada tahun ini. Tahun yang penuh mencabar, dengan pelbagai isu dan berita yang berlaku di dalam negeri dan negara. Syukur ke hadrat Allah sekali lagi kerana kita berjaya menempuh bulan Ramadan al-Mubarak dengan penuh ketaatan dan ketekunan dalam ibadah. Tiada hadiah kejayaan yang terlebih besar dan paling istimewa melainkan kejayaan memperoleh status takwa dalam bulan yang mulia ini.

Firman Allah SWT;
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa." (maksud al-Baqarah: 103)

Muslimat yang di kasihi Allah SWT,

Menyoroti perlbagai peristiwa yang berlaku sepanjang bulan mulia ini diikuti dengan beberapa siri PRK yang lepas, tanggungjwab dan peranan kita sebagai jentera dan sayap kiri perjuangan semakin besar. Besarlah harapan saya agar semua Muslimat akan terus beristiqamah dalam menyongsong perjuangan yang serba mencabar ini terutamanya menjelang PRK di NS.

Meskipun kita dianugerahkan Allah kemenangan anak sulung di bumi bertuah Paroi, namun ingatlah bahawa kejayaan bagi kita selaku pendokong gerakan Islam adalah bukan sahaja kejayaan di dunia malah lebih-lebih lagi kejayaan di akhirat yang kekal abadi. Perjuangan bukan setakat terhenti selepas kejayaan diperoleh, malah banyak lagi peranan yang perlu kita mainkan bagi memastikan ’anak’ yang lahir ini menjadi contoh tauladan kepada yang lain di Negeri beradat ini.

Muslimat yang di rahmati Allah SWT,

Menjelang PRK N13 - Bagan Pinang yang akan datang, saya menyeru semua tenaga Muslimatt di peringkat cawangan,kawasan,guru-guru PASTI untuk sama-sama memmbantu dan menggerakkan jentera HalWa disemua peringkat. Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembimbing kita untuk lebih bersemangat melakukan ibadah selepas Ramadhan. Walaupun Ramadan al-Mubarak bakal berlalu pergi, semua ahli Muslimat di pelbagai peringkat parti perlulah terus menerus meningkatkan kerja dakwah bagi mengajak rakyat untuk bersama membela Islam menerusi wadah perjuangan PAS. Medan pertempuran N13 telah dibentangkan seluasnya dan disediakan untuk kita merebut peluang bekerja membantu agama Allah ini.

Firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLAH, pasti Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu.."(Surah Muhamad:ayat 7)

Muslimat yang di cintai Allah SWT,

Yakinlah bahawa Allah Tuhan kami, Rasulullah s.a.w Ikutan kami, Al-Quran panduan kami, Jihad Jalan Kami, Mati Di Jalan Allah Cita Tertinggi Kami. "Sesungguhnya Solatku,Ibadahku,Hidupku, dan Matiku hanya kerana Allah"
AYUH marilah kita sama-sama bergandingan turun ke N13- Bagan Pinang bagi memastikan lahirnya seorang lagi Mujahid di Negeri beradat ini. Mujahid yang bakal menyemarakkan kebangkitan Islam di Negeri Sembilan.InsyaAllah.

Akhir kalam, saya memohon maaf kepada semua Muslimat sekiranya saya pernah mengeluarkan kata-kata yang menguris hati serta tutur bicara yang kurang menyenangkan hati. Salam kemaafan daripada saya diatas segala kesalahan dan kesilapan sepanjang memimpin saff Muslimat di Rembau ini.

Akhir kata, Salam Eidulfiti dan dalam kita bergembira usah kita lupa pada yang telah tiada dan insan yang sengsara.
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN REMBAU
21 Ramadhan 1430H

Monday, September 7, 2009

Panduan buat suami & ayah yang bergelar PEJUANG

Terima kasih kepada sahabat saya,Pn Hajah Ciana yang menghadiahkan buku CINTA DIRUMAH HASAN ALBANNA. Buku yang menarik untuk direnungi oleh semua ibubapa yang menjadi pendakwah dan pejuang. Ada kalanya kita terlalu sibuk sehingga mengabaikan anak-anak. Kesantunan dan kelembutan peribadi yang ditunjukkan oleh Hasan Al-Banna kepada anak-anaknya perlu diteladani.
Jika dilihat kepada anak-anak Hasan Al-Banna yang semuanya menjadi individu yang berjaya dan Ahmad Saiful Islam Al Banna, merupakan orang yang paling tepat untuk berbicara tentang Imam Hasan Al Banna. Ada banyak alasan tentang hal ini.
  1. Saiful islam adalah anak kandungnya, dan secara langsung merasakan sentuhan pendidikan Al Banna selama 14 tahun di rumah.
  2. Saiful Islam adalah kader dakwah Al Ikhwan yang hingga kini masih aktif bergerak bersama organisasi dakwah yang didirikan ayahnya. Ketiga, peranan dakwah Saiful Islam yang terasa manfaatnya dalam rangka membangun umat Islam khusunya di Mesir, kerana ia pernah menjadi anggota legislative Mesir. Ia pernah juga dipenjara selama dua puluh lima tahun oleh penguasa Mesir Jamal Abdul Nasir.
  3. Ada pepatah Arab yang menyebutkan “Anak seekor singa adalah singa juga”. Ahmad Saiful Islam memiliki segala sifat ayahnyaAyah adalah pemimpin rumah tangga ideal yang tidak melalaikan hak-hak keluarga. Awal makalah yang ditulisnya “Dakwah adalah Kewajiban”, dan makalah keduanya bertajuk “Kepada Siapa Dakwah ini Diserukan?” Dalam makalah itu ditegaskan bahawa keluarga adalah nombor satu objek dakwah yang harus diperhatikan. Ayah melandaskan hal itu pada firmah Allah swt “Wa andzir asyiiratakal aqrabiin…” Dan berilah peringatan pada keluarga kalian yang dekat..”

Rasa tersentuh sebaik sahaja menghabiskan buku ini. Terus terang saya lihat ada diantara kita yang terlalu garang dengan anak-anak. Ada yang nadanya tegas, mudah baran dan tangan cepat melekat ke diri anak-anak bila mereka melakukan kesalahan. Ayuh, bacalah buku ini. Contohilah cara Hasan Al-Banna mendidik anak-anaknya dan saya syorkan ketua keluarga, para bapa sekalian untuk membacanya. Moga kita ambil iktibar...

Sunday, September 6, 2009

IFTAR RAMADHAN BERSAMA NGO HELWA

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput menghadiri Program Iftar Ramadhan anjuran NGO Muslimat Rembau iaitu HELWA.

Tarikh:13th September 2009 (AHAD)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Pekan Kota


Atucara program:
- Ucapan Pengerusi HELWA - Pn Maznah Talib
- Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Ghani Zaighu
- Edaran bubur lambok PERCUMA
- Sumbangan barangan ramadhan dan duit untuk 100 orang penerima yang terdiri oleh anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.

Maklumat lanjut sila hubungi: Pn Maznah 013-2718054

Surah Ali Imran ayat 92 bermaksud :-
‘Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Maka sesuatu apapun yang kamu dermakan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.’

Ramadhan and Eid Gifts for Kids

Discover the best website for Muslim kids www.kidsmedia.net or email to
promotions@kidsmedia.net

Bacalah sehingga menangis...

Hari ini kita menyambut Nuzul Al-Quran. Walaupun Selangor cuti namun KL tetap kerja seperti biasa. Semalam sewaktu sesi tazkirah,Ustaz Nazri turut menyentuh beberapa perkara tentang Al-Quran. Antaranya ialah membacanya dengan nada yang mendayu dan penuh kesyahduan. Masih saya teringat sewaktu mengunjungi Masjis Nabawi pada Ramadhan yang lepas. Kami bertemu dengan seorang kanak-kanak yang sedang kusyuk membaca Al-Quran dihadapan Masjid selepas solat Subuh. Suaranya mendayu-dayu dan mengusik hati sesiapa yang mendengarnya. Rasa sungguh sayu dan ingin menangis pabila mendengar suaranya.

Al-Quran bukan setakat dibaca pd bulan ramdhan Sahaja malah perlu menjadi rutin aktiviti dalam kehidupan seharian. Di antara adab membaca Al-Quran adalah:

--> Disunatkan membaca Al-Quran dalam keadaan berwudhuk dan dalam keadaan bersih kerana yang di baca adalah ayat-ayat Allah. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala menggunakan kedua-dua belah tangan semasa memegang Al-Quran.

--> Disunatkan membaca Al-Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, surau, musollah dan tempat lain yang dianggap bersih. Tempat yang paling utama adalah di dalam masjid.

--> Disunatkan menghadap ke arah Qiblat ketika membacanya. Bacaan hendaklah khusyu' dan tenang.

-->Mulut hendaklah bersih, tidak berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca Al-Quran, mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.

-->Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan membaca ta'awwudz, iaitu meminta perlindungan Allah dari gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi menerangkan hati juga boleh dibaca sebelum atau selepas membaca ta'awwudz.

--> Disunatkan membaca Al-Quran dengan tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang.

-->Bagi yang memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pengertian tentang ayat-ayat yang di baca.

-->Disunatkan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan bagus bagi menambah keindahan bacaan tersebut.

-->Seelok-eloknya, ketika membaca Al-Quran, pembacaan hendaklah sehingga tamat tanpa ada diputuskan kerana ingin berbual-bual, ketawa dan bermain-main.Kesucian Al-Quran hendaklah di jaga.

Thursday, September 3, 2009

Program seterusnya....

Jejak Ukhuwah Ramadhan siri 2
Tarikh: 5 Sept 2009
Masa : 3.00 - 4.30 petang (Serahan Sumbangan Ramadhan - 5 keluarga di Kota & 5 Keluarga di Chembong)
5.00 - 7.00 petang (Sesi usrah bersama DMPNS) dan seterusnya berbuka puasa bersama


Program "Mencari NUR Ramadhan"
Tarikh: 6 September 2009
Lokasi : Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1 (berhampiran Pusat Khidmat Dun Paroi)
Masa : 2.30 petang
Anjuran: PPP/WI Taman tasik Jaya dengan kerjasama Muslimat Pusat Khidmat Dun Paroi
Program Sembang Ramadhan bersama Pn Hjh Rashidah dan sumbangan kpd 15 keluarga

BERLUMBA-LUMABALAH KAMU BERSEDEKAH

Salah satu amalan yang disunatkan pada bulan Ramadhan ini ialah berlumba-lumba dalam bersedekah. Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar(berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir kurma sebagaimana sabda Rasulullah yang berbunyi:

" Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun". (Bukhari Muslim)

Anjuran untuk berlomba-lomba dalam bersedekah dan membiasakan diri untuk berderma dan semaksimal mungkin memberikan apa yang kita punya sesuai dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Abbas yang ertinya :
" Rasulullah orang yang paling dermawan terlebih ketika berjumpa denga malaikat Jibril dan malaikat Jibril selalu menemuinya setiap malam dibulan Ramadhan hingga akhir bulan itu." (HR Bukhari )

Alhamdulilllah pada 30 Ogos 2009 yang lepas Muslimat rembau telah mengedarkan 21 bungkusan sumbangan Ramadhan beserta sedikit wang tunai dalam Program jejak Ukhuwah Ramadhan siri 1 yang meliputi 7 buah taman perumahan disekitar DUN Paroi. Pabila menziarahi setiap keluarga ini ada ketikanya rasa sedih dan sayu mengenangkan ketabahan dan kesabaran mereka dalam menghadapi ujian Allah SWT.

1. Abu Samah b Jani –sakit kronik, kancer otak
2. Rahani binti Yahya – ibu tunggal 5 anak
3. Sarimah binti Abd Rahman – ibu tunggl, 4ank
4. Roslina binti Yusof – ibu tunggal 5 anak
5. Salmah bt Salihan -miskin 5 anak
6. Suami, Ismail bin Che Dan, pesara x pencen
7. Rohana binti Adam Shah- ibu 5 anak, diabetes, Suami <500, 3 anak sekolah
8. Roksana binti Abdul Wahab – ibu 2 anak, kancer payudara, suami Ashraf bin Mashud
9. Azman bin Daud – bapa/ buta, 5 anak, brhenti
10. Muhamamd amirul Shazric bin Yusaini, jantung, ibu, Norhayati bt mohd Yusof, 3ank, Bapa, Yusaini bin Musa, diberhentikan kerja
11. Anita binti Abu Samah - ibu tunggal/anak oku
12. Zaharah – ibu tunggal/stroke’, 4 anak
13. Razali bin Mohamad – 3 anak, sakit jantung, isteri cleaner’: Suriyani binti Sulaiman
14. Faridah binti Nordin – sakit kronik, kancer
15. Yaakob bin Mohamad – stroke’ 4 anak, di berhentikn kerja. Isteri: Noor Rusni bt Nordin
16. Siti Mariyamni binti Hassan – ibu tunggl 2ank
17. Massuriyanie binti Ismail – ibu tunggl, 3 anak
18. Zaini binti Buyong – ibu tunggal, 2 anak
19. Natrah binti Hassan – ibu tunggl, 1anak, xkrja
20. Ayom binti Bakar - Ibu tunggal 4 anak
21. Rosyati binti Sarbini, ibu tunggal 4 anak

InsyaAllah, program Jejak Ukhuwah Ramadhan siri ke-2 akan diadakan pada 5 September ini untuk 10 buah keluarga di DUN Kota dan Chembong. Seterusnya siri serahan ke-3 akan diadakan di Taman Tasik Jaya pada 6 September 2009 dimana 15 keluarga akan menerima bantuan. terima kasih kepada semua penderma dan para dermawan.

HIJRAH SATU KETENANGAN

Alhamdulillah, 1 Sept 2009 bersamaan 11 Ramadhan 1430H, saya telah memulakan tugas di syarikat yg baru. Office saya telah berpindah dari kawasan KL central yang sesak ke Taman Desa. Alhamdulillah, satu lagi rahmat kemudahan pada hari pertama melaporkan diri. Menjelang zuhur jam 1.30pm saya turun ke surau dan MasyaAllah, ramai sungguh muslimin dan muslimat disini yang sedang kusyuk mendengar kuliah Ustaz Khairuddin Aman razali At-Takiri. rahmat ke-2 ditempat yang baru.
Rasanya inilah tempat kerja pertama (setelah 4 buah syarikat) yang mana saya berkesempatan solat Zuhur dan Asar secara berjamaah dan setiap minggu ada diaturkan kuliah agama untuk pekerjanya. Jabatan saya hanya terdapat 6 oarang staff dan semuanya Muslim dan boleh dikatakan hampir 100% muslimah disini menutup aurat. Inilah rahmat ke 4 yang diperolehi apabila berhijrah ke tempat yang baru ini.
Sering saya berdoa semoga Allah memudahkan urusan saya disini. Sebelum ini terlalu banyak outstation dan seringkali kesihatan diri terjejas. Alhamdulillah, terdapat perbezaan pabila mengandungkan anak yang ke -4 ini. Sering saya berdoa agar hijrah ini turut memberi kesan kepada kesihatan,keluarga, jamaah dan anak di dalam kandungan.
Dalam solat setiap waktu kita meminta dan merayu kepadaNya;
"Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan oarang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan pula (jalan mereka) yang sesat"
Walaupun satu ketika dulu berat untuk meninggalkan tempat kerja lama yang terkenal dan gah namun hati saya lebih tenang dengan penghijrahan ini. Meskpin banyak kelebihan di tempat kerja lama dari segi material, namun disini faktor spritual dan ilmu yang tidak mungkin dapat dibeli dengan nilaian wang ringgit.Berhijrahlah sekiranya kita yakin bahawa hijrah itu kerana Allah dan Rasulnya.