Saturday, July 26, 2008

AMALNITA UNTUK SEMUA


Amalnita, satu platform yang boleh digerakkan oleh ahli pertubuhan bagi menggiatkan lagi program kebajikan untuk masyarakat. Program penjenaamaan semula Amalnita telah dilaksanakan oleh Tn Hj Jamaludin Alias dengan kerjasam Nisa' Malaysia. Pembentangan dan ucapan pengenalan oleh Tn Hj Jamaluddin sungguh bermakna dan memberi suntikan semangat kepada kami yang hadir di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam.

Program ini merupakan satu inisiatif YB Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Progran penjenamaan semula ini akan memfokuskan kepada program PBSM atau

P - Perubatan (perbanyakkan program khidmat kesihatan)

B - Bersalin (ziarah / sumbangan ibu bersalin)

S - Sakit ( ziarah/sumbangan untuk ibu/warga emas yang sakit)

M - Mati (ziarah/ kursus pengurusan jenazah)

dimana anggota Amalnita wajar memainkan peranan untuk mengerakkan program PBSM dalam membantu masyarakat yang memerlukan.InsyaAllah, moga menjadi kenyataan

No comments: