Friday, June 25, 2010

Jom Bowling bersama NISA'

Tarikh : 27 Jun 2010
Tempat : Pusat Bowling, Seremban Parade, Seremban.
Masa : 10.30 pagi – 1.30 ptg

Sasaran
-Umur 10- 35 tahun( muslimat sahaja)
-Anak- anak Negeri Sembilan atau belajar di Negeri Sembilan (Pelajar IPT)

Anjuran
NISA’ Rembau
Dengan kerjasama Nisa’ Negeri Sembilan

YURAN - RM 6 sahaja.
Berminat sila hubungi 013-9798108 (Cik Solehah) atau Cik Najihah (013-9474951)

Gerhana Bulan Separa HARI ini - 26 Jun 2010


KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.Gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini pada Rabu.Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lepas.Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium .-- BERNAMA
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

Wednesday, June 16, 2010

Satu perjuangan, satu arah tujuan

Alhamdulillah, urusan perjalanan pergi dan balik ke Muktamar di Putik Kelantan berjalan dengan lancar dan baik dengan izin Allah. Kami sekeluarga berkonvoi bersaa En Sufian& Pn Fauziah sekeluarga. Pergi bersama dan seperti berjanji, kami turut pulang bersama....menjadi perwakilan bersama tanpa disangka.

Pn Fauziah & saya sempat bergambar bersama suami masing-masing selepas habis sesi muktamar hari yang ke-2


Uniknya Rembau kali ini, suami isteri menjadi perwakilan dan sudah pastinya anak-anak akan ditinggalkan dan menjalani urusan sendiri tanpa perlu dirisaukan. Cuma hari terakhir sahaja anak-anak kami bawa bersama ke Putik dan diletakkan diluar kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Syukur kerana Kak long pandai menjaga adik-adiknya meskipun baru berusia 7 tahun. Kaklonglah yg membawa adiknmya ke tandas dalam keadaaan orang yg sesak.

Kenangan bersama anak-anak di depan dewan PUTIK


Kak Gee pula tinggalkan anak-anak di rumah penginapan dan dibekalkan dengan roti, biskut dan makanan ringan. InsyaAllah kak Gee, Allah akan jaga anak-anak kita. Terasa bersalah bila ku jenguk Abdullah Azzam yang terlantar tidur diatas simen...Bila dikejutkan... Abdullah lantas memaklumkan " Azzam laparlah Ummi..." Tak mengapalah anak-anak...semoga kalian mengerti akan makna sedikit kesusahan dalam perjuangan. Risau juga bila anak-anak bersendirian tanpa penjaga. Apakan daya mereka perlu belajar dan memahami tugas dan tanggugjawab Ummi dan Babah dalam perjuangan. ramai lagi orang yang susah....


Sebelum balik kami sempat singgah solat Asar di Masjid Kg Pulau Melaka dan rumah Tok guru. Syukur sekali lagi kerana sempat singgah makan tengahari di rumah Saudara Murthado. Terima kasih kepada Murthado yang menjamu kami serta perwakilan NS yang lain. Kami turut bertemu dengan Sdra Hanis dan Pn Osnida sekeluarga. Rasa bersemangat pabila melihat Sdra Hanif yang datang bersama keluarga dan berkampung di PUTIK. Moga Allah permudahkan urusan mereka sekeluarga. Terima kasih Ya Allah kerana menyuburkan perasaan mahabbah dan kasih sayang sesama kami. Terima kasih kepada Kak Gee dan En Sufian sekeluarga yang menjadi teman bermusafir selama hampir 5 hari disana. InsyaAllah moga kita terus berada didalam landasan perjuangan ini dan mendapat keredhaanNya di dunia dan diakhirat.Ameen

Wednesday, June 9, 2010

Sambil muktamar sambil raikan si kecil

Alhamdulillah...kami selamat tiba di Kota Bharu awal jam 5pagi tadi selepas bertolak dari Seremban pada jam 10 mlm. Kami sekeluarga berkonvoi bersama En Sufian sekeluarga. Selepas merehatkan diri dan memandikan anak-anak di Masjid Al-Muhammadi, KB kami sekeluarga bertolak ke Pantai Cahaya Bulan_PCB Beach Resort. Anak-anak cukup seronok pabila dapat bermain di pantai.
Sambil bermuktamar, musim cuti ini dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meraikan anak-anak yg sering ditinggalkan. Feefa yang masih kecil pun tak banyak buat hal ketika dalam perjalanan. Mungkin dia faham, Ummi dan Babahnya penat. Syukur kerana tempat penginapan kami cukup dekat dengan dengan pantai dan tempat muktamar muslimat. Moga urusan pergi dan kembali nanti akan dipermudahkan Allah SWT.

Wednesday, June 2, 2010

Selamatkan Wanita dari asap rokok

Satu langkah yg bijak pabila Menteri Kesihatan mengumumkan pejabat swasta yang berhawa dingin sebagai salah satu tempat larangan merokok. Sebelum ini kaum wanita yg majoritinya bekerja di pejabat swasta telah terdedah degan bahaya rokok dan menjadi salah seorang perokok pasif meskipun tidak merokok.
-------------------------------------------------------------------------------http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pejabatswastazontakmerokok/Article
Tempat kerja ada sistem pendingin hawa berpusat diwarta larangan rokokKUALA LUMPUR: Semua tempat kerja dengan sistem pendingin hawa berpusat akan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok mulai hari ini. (31 Mei 2010)

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penguatkuasaan menyeluruh itu membabitkan semua tempat kerja sektor swasta berbanding hanya sektor kerajaan sebelum ini, menjadikan kawasan larangan merokok di negara ini sebanyak 21 tempat.

“Dengan peraturan baru ini, kita dapat melindungi pekerja swasta yang tidak merokok dan bekerja lapan jam sehari, malah ada yang bekerja lebih masa selama 12 jam daripada asap rokok serta risiko menghidap penyakit kronik termasuk kanser,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.Liow berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 11,980 notis kesalahan dan 6,616 kompaun dikeluarkan penguat kuasa kementerian dengan jumlah kompaun kira-kira RM1.4 juta kerana kesalahan merokok di kawasan larangan.“Sebanyak 4,451 kes pelanggaran sudah dibawa ke mahkamah membabitkan nilai denda berjumlah RM147,000 dan seorang dipenjarakan,” katanya.

Pusat Khidmat Kaunseling Wanita mula beroperasi

Pusat Khidmat Kaunseling Wanita (PELITA) DUN Paroi telah mula beroperasi pada 29 Mei yang lepas selepas dirasmikan pada 22 Mei 2010. Pusat ini akan dibuka pada setiap hari SABTU jam 3.00 - 5.00 petang di tingkat atas Pusat Khidmat DUN Paroi.
Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau mengalu-alukan para wanita yang bermasaalah dan memerlukan tempat untuk meluahkan tekanan perasaan agar hadir ke Pusat Khidmat Kauseling ini. Ianya akan dikendalikan oleh AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau sendiri dan kes-kes yang berat akan dirujuk kepada kauselor sukarela yang telah bersetuju untuk membantu mengendalikan PELITA ini.

Mudah-mudahan dengan adanya Pusat Khidmat Kaunseling Wanita ini akan dapat mengurangkan sedikit bebenan masalah wanita yang ditanggung terutamanya dikalangan ibu tunggal dan ibu tinggal.