Monday, November 30, 2009

EXPO PENDIDKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN


Expo Pendidikan Islam Negeri Sembilan 2009 dan Seminar Rawatan Alternatif dan Pertandingan Rubik Cube yang akan diadakan di Masjid Bandar Baru Senawang pada hari Ahad 13 Disember 2009 bermula jam 9 pagi hingga jam 1 petang.
Antara yang mengambil bahagian dalam pameran EXPO PINS09 ialah :
1. Maahad Tahfiz As-Saidiyyah
2. Sekolah Menengah Islam As-Saidiyyah
3. Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah
4. Tadika & Taska Iman Childcare Centre
5. Pasti Rembau
6. Azhar Media
7. HEALTH
8. Teratak AMAL
9. ScoreA

Maklumat lanjut program sila hubungi Sdra Rozmal 012-2267406 atau email: rozmal@yahoo.com atau layari http://waghih.blogspot.com/

VIP & VVIP akhirat

Sewaktu memandu ke office pagi ini, sempat saya dengar segmen Nur pagi di radio IKIM menceritakan pelbagai keadaan manusia yang dibangkitkan di Padang Masyar kelak. Ada yang menerima layanan seperti VP dan VVIP dan ada yang mendapat penghinaan yang dasyat. Meskipun kita di dunia tak mendapat title VIP dan VVIP tetapi berazamlah agar Allah kurniakan kedudukan mulia seperti VIP dan VVIP di Padang Masyar kelak. Berikut merupakan beberapa keadaan manusia di Padang Masyar nanti....

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling
WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.
MUTIARA KATA
Kalau manusia berhasrat menjadi pejuang, faktor utama yang wajib ada dalam diri manusia adalah JATI DIRI. Pesannya lagi JATI DIRI bukan dari sudut kekuatan fizikal semata-mata bukan jati diri berkemampuan memusnahkan manusia atau makhluk ciptaan Tuhan, tetapi JATI DIRI yang sebenar adalah kekuatan diri supaya “Takut kepada Tuhan” – itulah TAQWA.

Monday, November 23, 2009

Aku bukan sekadar isteri dan ibu

Masih belum terlambat untuk saya coretkan pengisian yang telah diberikan oleh Prof Madya Ustazah Asiah Ali kepada kami muslimat di MTD Paroi khususnya pada 14 Nov yang lalu. Peranan wanita: Hanya isteri dan ibu? Merupakan topik yang dipilih bagi membuka minda muslimat bahawa kita bukan sekadar menjadi isteri dan ibu. Peranan kita sebagi wanita Islam cukup besar bagi membawa generasi masa kini ke arah masa depan yang lebih baik iaitu generasi Rabbani yang menjadikan Islam sabagai satu cara hidup.
Jika kita hanya terfokus kepada peranan dirumah semata2x maka siapakah yang akan menjadi pendidik, pendakwah , agen perubah kepada masyarakat. Sering juga saya tertanya; mengapa majoriti wanita lebih suka bercerita bab baju, bab make up, bab fesyen, orang tu begitu, org ini begini namun tak ramai yang ingin membicarakan masalah sosial remaja masa kini. Kita lebih selesa duduk dirumah selepas balik bekerja dan menguruskan suami dan anak2x. Jarang sekali kita ambil pot apa yg berlaku kpd jiran sekeliling dan masyarakat yang memerlukan perhatian. Alasan yang sering diberi ialah, " JANJI rumahtangga aku bahagia. Malas nak jaga tepi kain orang". Namun hakikatnya "TEPI KAIN" yang kita nak jaga ini ialah peranan dan tanggungjawab kita dalam melaksanakan tugas dakwah. Menjaga 'tepi kain orang' dalam erti kata menjaga kemaslahatannya, kebajikannya dan juga menasihatinya agar kembali ke jalan yang benar.
Ya, memang payah dan sukar dalam membuat kebaikan. Saya juga acapkali rasa terguris, tertekan bila kurangnya dorongan dan sokongan drp sahabat2x utk melaksanakan kerja2x Islam ini. Namun, saya pujuk hati kerana cukuplah Allah bagi saya.Meskipun kita akan dibebani dengan tugas dirumah dan kerja2x Islam di luar rumah, sering saya berpesan kepada diri sendiri supaya tidak melupakan peranan utama sebagi ibu dan isteri. Jika BOLEH tips 4P ini mungkin boleh menjadi panduan bagi membina kerukunan dan kebahgian rumahtangga. Amalkan setiap hari dan setiap ketika sesama suami isteri dan anak2x
P- PANDANG (pastikan setiap hari kita pandang wajah2x insan yang kita sayangi ini. Jika berjauhan tataplah gambarnya. Bila bercakap, renunglah matanya dan pandanglah dengan penuh kasih sayang)
P- PELUK (sebelum keluar rumah setiap kali pergi bekerja, peluklah dan dakaplah isteri, suami dan anak2x. Kita akan rasa semangat dengan sentuhan yg merupakan 'green light' untuk lebih ceria dan yakin sepanjang hari. Suami, bukan setakat biar isteri mencium tangannya, tetapi peluklah isteri dan anak2x dengan kasih sayang dan berdoa agar diberikan kesejahteraan sepanjang hari. Anda akan rasa kesannya bila ianya dijadikan amalan)
P-PEGANG (jika keluar ke mana2x, peganglah tangan isteri dan anak2x. Jadikan budaya memegang tangan pasangan masing2 biarpun usia makin meningkat. Disinilah lahirnya keprihatinan dan kasih sayang. Anak2 pun rasa gembira bila dipegang)
P-PRIHATIN (jadilah insan yg prihatin dan peka dengan pasangan masing2x. Tunjukkan sikap ambil berat dan bertindak cepat bagi memastikan tiada perkara yang boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga. Jangan lakukan sesuatu yang tidak disukai oleh suami/isteri serta anak2x. Jaga mulut dan tindakan)

SEMINAR RAWATAN ALTERNATIF

Sempena EXPO Pendidikan Islam N.Sembilan
Tarikh : 13 Disember 2009 (Ahad)
Masa : 9 pg – 11 pg
Tempat : Bilik Kuliah, Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan

Yuran penyertaan : RM 10 , terhad 30 orang sahaja (termasuk jamuan ringan), yang daftar awal diutamakan.
Peserta : Terbuka kepada umum

- Seminar Rawatan Alternatif antaranya rawatan bekam berdasarkan sunah Nabi Muhammad saw.
- Penerangan terapi lain seperti refleksologi, akupunktur kiropraktik dan rawatan herba.

Untuk pendaftaran dan penyertaan hubungi :
En. Husaini 013-3598318
Puan Rohani 017-6549624
En Sahrizal 017-2218189

Tarikh tutup pendaftaran 10 Disember 2009

Anjuran : Surau Taman Alamanda dan HEALTH http://bekam-sunah.blogspot.com


Info lanjut mengenai EXPO Pendidikan Islam N.Sembilan di http://waghih.blogspot.com/2009/11/expo-pendidikan-islam-nsembilan-13-dis.html

http://waghih.blogspot.com/2009/11/seminar-rawatan-alternatif-13-dis-09.html

Marilah berpuasa di Hari Wukuf

Dimaklumkan oleh YB Zailah, majoriti umat Islam diKelantan meraikan Hari Wukuf yang akan jatuh pada hari Khamis ini 26 Nov 2009. Pada hari tersebut, semuanya akan memakai pakaian putih, berpuasa sunat,menghadiri majlis2x ilmu serta memperbanyakkan amalan sunat. Sambutan Hari Wukuf ini belum lagi menjadi budaya umat Islam di Malaysia dan kita sendiri tidak pasti apakah kelebihan berpuasa pada hari wukuf. Mari sma2x kita renungi hasil tulisan Dr. Engku Ahmad Zaki ini.
Dikesempatan ini saya turut ingin mengucapkan salam Eidul Adha kepada semua umat islam dan marilah sama2x kita meraikan hari Wukuf yang akan jatuh pada hari Khamis nanti. Banyakkan berdoa untuk kemenangan perjuangan Islam di seluruh dunia.


Oleh Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi


DALAM bulan Zulhijah yang mulia ini, ada satu hari yang dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah SWT, selain daripada Jumaat iaitu pada 9 Zulhijah yang lebih dikenali sebagai hari Arafah. Hari Arafah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah, satu daripada rukun fardu bagi umat Islam yang menunaikan ibadat haji.

Pada hari itu, Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakan hari itu daripada api neraka. Oleh kerana itu, hari keesokannya ialah Aidiladha, hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam dengan menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT.

Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w,

“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).

Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT. Begitu juga amalan yang paling afdal di sisi Allah SWT seperti berjihad pada jalan Allah SWT tidak akan dapat meraih ganjaran istimewa sepuluh hari Zulhijah itu melainkan apabila seseorang Muslim itu tercedera atau mati syahid atau kudanya mati dalam medan peperangan. Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Sahabat bertanya, “Adakah itu termasuk juga berjihad pada jalan Allah?”. Jawab Baginda, “Tidak termasuk berjihad pada jalan Allah melainkan orang yang keluar dengan seluruh jiwa raganya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”. (Hadis Bukhari)

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. juga bersabda,

“Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid”. (Hadis Ahmad).

Pada hari Arafah, setiap jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia akan melaksanakan satu rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah. Amalan wukuf adalah satu perhimpunan besar manusia padang dengan bahang terik mentari, tiada daya dan upaya melainkan mereka semuanya mengharapkan keredaan Ilahi. Perhimpunan jutaan manusia itu melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi setiap manusia untuk dihisab segala amalan diri di Padang Mahsyar kelak.

Oleh itu, setiap insan wajib muhasabah diri dan juga bertaubat terhadap segala dosa sebelum Allah pamerkan segala dosa tersebut di hadapan jutaan manusia di Padang Mahsyar itu.

Dari sudut sejarahnya, ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Arafah itu berasal dari pertemuan kembali Nabi Allah Adam dan isterinya Siti Hawa yang diturunkan ke bumi secara berasingan dan akhirnya mereka bertemu kembali di lembah yang dikenali sekarang dengan Padang Arafah. Ada juga ulama yang me-nyatakan bahawa ia berasal dari peristiwa pertemuan Nabi Allah Ibrahim dengan isterinya Siti Hajar dan anaknya, Nabi Allah Ismail AS yang lama berpisah.

Sebahagian ulama pula berpendapat perkataan Arafah itu adalah hasil pemahaman Nabi Ibrahim yang menghayati perintah Allah SWT yang tersirat di dalam mimpinya untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail. Oleh kerana itulah, hari Wukuf di Arafah juga dikenali sebagai hari Tarwiyah yang bermaksud hari renungan. Dikisahkan, Nabi Ibrahim sentiasa merenung dan mengimbas kembali mimpinya berturut-turut dan akhirnya Baginda faham (Arafa) maksud mimpi dan terus melaksanakan mimpi berkenaan.

Selanjutnya, perhimpunan secara besar-besaran di Padang Arafah menyaksikan suatu jalinan kemas persaudaraan Islam dan juga kesatuan ummah yang utuh agar mereka bersatu teguh dan bersemangat padu dalam meneruskan kesinambungan Islam untuk bertapak di atas bumi Allah ini, bahkan juga meneruskan tradisi kecemerlangan Islam yang telah dirintis oleh generasi Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat serta generasi selepasnya.

Tambahan pula, jalinan yang terbina atas paksi ketakwaan ini dengan pakaian ihram yang sama putih, tanpa mengira kedudukan dan pangkat seseorang, umat Islam melupakan segala prejudis perkauman atau kebangsaan, warna kulit, taraf kedudukan, kekeluargaan dan sebagainya.

Semuanya ini adalah untuk menyedarkan umat manusia bahawa mereka semua pada hakikatnya adalah sama rata di sisi Allah dan mereka semuanya pada hakikatnya berasal daripada tanah.

Begitulah antara kelebihan yang terhampar pada sepuluh hari Zulhijjah yang sewajarnya direbut setiap Muslim yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Muslim yang beriman akan sentiasa mengintai peluang keemasan yang disediakan Allah SWT pada sepanjang masa dan seterusnya memanfaatkannya demi meraih keredaan-Nya dan kebahagiaan abadi di akhirat kelak. Muslim yang paling bijaksana di sisi Allah SWT ialah seorang Muslim yang sentiasa bermuhasabah diri dan beramal untuk hari kemudian.

Monday, November 16, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM & STPM 2009 KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KETENANGAN HATI, KELAPANGAN MASA, KECERDASAN AKAL DAN KEMUDAHAN KEPADA SEMUA CALON-CALON UNTUK MENJAWAB SOALAN-SOALAN.
KEPADA SEMUA IBUBAPA DAN GURU-GURU, MARILAH SAMA-SAMA KITA DOAKAN SEMOGA ANAK-ANAK KITA BERJAYA BUKAN SAHAJA DIDUNIA MALAHAN DIAKHIRAT. INSYAALLAH...

PASTI terus mendapat kepercayaan IBUBAPA



Pagi AHAD lalu, kami sekeluarga sempat singgah sebentar ke majlis Konvokesyen Pasti Kawasan Rembau. Program cukup meriah di dewan yang besar dan selesa untuk semua tetamu yang hadir. Dalam pada itu diizinkan Allah berjumpa dengan 3 orang kawan lama yang sama-sama berkhidmat di Philips. Rasa bersalah sebab saya tak ingat nama mereka dan mujur mereka tegur saya dan bertanya khabar. Mahadi & Jasri antara kawan2x di Philips yang menghantar anak mereka ke Pasti. Ramai juga kawan2x lama yang sempat saya jumpa selepas lebih 4 tahun meninggalkan kilang Philips.
Anak2x saya cukup seronok bila dapat bersama-sama meraikan kawan2x sePASTI mereka. Meskipun anak2x duduk di PASTI kawasan Seremban, ikatan dan ukhuwah sesama anak2x PASTI itu cukup erat. Ain menjerit bila nampak Mardhiyyah & Naufal (anak Ina & Nazri) di atas pentas. Rasa syukur bila dapat bersalam dengan anak2x PASTI yang saya ibaratkan umpama kain putih yang suci bersih. Wajah-wajah mereka cukup berseri, ceria dan menenangkan hati. Itulah hikmahnya pabila menatap wajah si kecil yang masih suci dari dosa. Moga PASTI di Negeri Sembilan dan di Rembau khususnya terus berkembang dan mendapat kepercayaan ibubapa dan masyarakat.
Pn Fauziah, Ketua Penerangan Dewan Muslimat Rembau menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar PASTI

Dalam jam 12.00thari kami singgah sebentar di Pasti Al-Islamiyyah untuk mengambil ‘report card’ anak-anak. Hari perjumpaan 3 penjuru antara guru, ibubapa dan anak-anak membuka peluang kepada kami sebagai ibubapa untuk menerima komen & saranan drp pihak guru berkenaan prestasi akademi dan akhlak anak-anak. Banyak juga panduan dan tips pendidikan yang diberikan oleh guru-guru ini. Di samping itu kami sempat berbincang dengan Saudara Zulkarnain berkenaan sambutan ibubapa dan masyarakat untuk sesi persekolahan yang akan datang. Alhamdulillah, setakat ini seramai 65 orang pelajar yang telah mendaftar di Pasti Islamiyyah.


Ustaz Nazri Zainuddin, Pengarah PASTI Negeri Sembilan menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Menurut saudara zulkarnain, Majlis Sambutan Jubli Perak peringkat PASTI N.Sembilan akan diadakan pada 6 Disember nanti. Saya mendoakan semoga PASTI terus berkembang dan diberikan mandat oleh masyarakat dalam membangunkan generasi muda pada masa hadapan.Sebelum balik, saya dan anak2x sempat bergambar dengan guru2x di PASTi Islamiyyah. Minggu ini , minggu terakhir Ain disini dan semoga Ain terus mengingati dan mengamalkan segalan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh guru-guru.

Kenangan bersama guru-guru PASTI AL-Islamiyyah, Tmn Desa Beringin Seremban

Thursday, November 12, 2009

Moga Bahagia Milikmu...

Tanggal 22 Nov 2009, adik bongsu saya telah selamat melansungkan perkahwinannya dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, Allah memudahkan segala urusan. Saya mendoakan agar mereka berdua (Ida dan Zaki) bahagia di dunia dan diakhirat. Semoga tabah dan sabar menempuh ujian di gerbang perkahwinan dan moga dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah. Amin...



Terima kasih kepada saudara mara yang bertungkus lumus membantu dan jiran sekampung yang hadir bergotong royong dalam kenduri yang diadakan. Terima kasih kepada sahabat2x yang datang ziarah dan teman2x yang menghulurkan tangan membantu melancarkan perjalanan majlis.

PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1430H

Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi

1 Bahagian Lembu RM 350.00

OBJEKTIF PROGRAM
- Membantu golongan miskin yang memerlukan terutamanya di DUN Paroi melalui Ibadah Korban dan Aqiqah.
- Agihan daging korban dikawalselia oleh pihak DUN berdasarkan senarai nama mereka yang benar-benar layak menerima sumbangan dan bantuan.
- Memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama.

Untuk penyertaan sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942 atau e-mel mtdparoi@yahoo.com

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

Tuesday, November 10, 2009

Membina generasi berakhlak melalui penyusuan


Pertamanya tahniah diucapkan kpd Dr Faridah dan suami, Sdra Shamsul Kamal http://2uzulfa.blogspot.com yang telah berjaya menganjurkan kursus penyusuan untuk para ibu. Syukur keran Allah memberi kesempatan kepada saya untuk menghadiri kursus tersebut pada hari Ahad yg lalu. Kursus setengah hari itu cukup bermakna terutamanya kepada ibubapa yang cukup mementingkan pembangunan akhlak, ilmiah dan jati diri generasi mendatang.
Tertarik dengan sesi tazkirah Ustaz Zaidi bahawa kehancuran nilai moral pd masa ini disebabkan anak2x zaman sekarang mewarisi sifat 'kelembuan' akibat terlalu banyak minum susu lembu berbanding susu ibu. Nilai-nilai moral dan hati anak2x ini sukar dibentuk disebabkan pemakanan sejak kecil lagi. Pengisian daripada Pn Kamariah dari Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu WPKL cukup bermakna dan penting untuk direnungi oleh para ibu terutamanya ibu yang bekerjaya. ibu-ibu perlu merasakan betapa banyaknya faedah menyusukan anak.



Sebelum balik saya sempat membeli sebuah buku panduan penyusuan. Memang saya berazam dan berhasrat untuk memastikan penyusuan secara ekslusif dapat dilakukan untuk anak yang bakal lahir ini. Antara isi kandungan buku ini ialah:

Penyusuan susu ibu - Mengapa perlu menyusu secara eksklusif
Perancangan awal untuk ibu bekerja
Persediaan memerah susu
Latihan memerah
Panduan penyimpanan susu ibu
Cara memberi perahan susu ibu
Tips kejayaan penyusuan susu ibu
Cara mudah memantau tumbesaran bayi
Carta pertumbuhan
Sumber makanan berkhasiat untuk merangsang penghasilan susu ibu
Teknik penyusuan yang betul
Cabaran penyusuan susu ibu
Kisah benar penyusuan susu ibu bekerjaya


Buku ini cukup sesuai untuk dibaca oleh para ibu dan bakal ibu yang bercadang untuk menjayakan penyusuan ibu secara eksklusif kepada bayi mereka. Buku panduan ini dapat membantu para ibu mengetahui teknik-teknik penyusuan susu ibu yang betul dan tips-tips yang berkesan untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan susu ibu walaupun telah kembali bekerja. Keterangan dan nota yang ringkas tetapi padat beserta gambar-gambar yang menarik pasti dapat membantu para ibu memahami panduan yang diberi dengan lebih berkesan.

Terima Kasih CIKGU

Hari Sabtu, aku sempat menghadiri majlis Ihtifal PASTI Kak long dan Kak Ngah di Taman Desa Ixora. Awal2x pagi lagi anak2x dah bersemangat dan tak sabar2x untuk ke sana. "Ummi, hari nie Ain masuk persembahan bercerita dan Nani akan bernasyid. Nanti Ummi tengok Ain dan Nani tau", kak long beria-ia memaklumkan

"InsyaAllah, Ummi tengok....Ummi hantar Kak long dan Kak Ngah dulu. Lepas tu Ummi nak pergi Dataran Senawang.... Ada program kawan Ummi kat sana. Nanti lepas tu, Ummi datang ye. Ibu dan Azzam akan tunggu Kak Long kat sini" aku maklumkan kepada Ain dan Nani.
Nani dah mula masam muka sebab aku tinggalkan dia. Apakan daya masih ada tugas yg belum selesai dan aku rasa tak selesa bila program yg telah dirancang untuk dikendalikan, dibiarkan begitu sahaja.

Jam 10 pagi, aku tiba semula di Tmn Desa Ixora. Aku menjenguk anak2x yg sedang sibuk berlatih. Ku renung Nani dari jauh. Nani, anak yg ke-2 cukup berbeza berbanding kakaknya. Nani cukup pendiam disekolah tetapi dirumah dialah 'hero'. Disekolah, nak buka mulut dan nak dengar suaranya cukup payah. Kelakar bila melihat Nani diatas pentas. Dia asyik menggigit jari sedangkan kawan2x yg lain bernasyid. Berbeza dengan kak long yg cukup berani ke hadapan. Itulah anak2x....masing2x ada perbezaannya.

Aku mengucapkan terima kasih kepada cikgu Yusnita, cikgu Radiah, cikgu Shahirah dan semua guru2x yg telah mendidik anak2xku terutamanya Kak long yg telah tamat 2 tahun belajar di Pasti Islamiyyah. Ini tahun ke-2 Kak long dinobatkan pelajar terbaik kawasan Seremban dan semuanya dengan kehendak Allah dan berkat usaha gigih guru2x. Saya hanya mampu ucapkan syukur dan terima kasih2x kepada semua cikgu. Moga Allah memberkati, merahmati dan melimpahkan keberkatan yang berpanjangan kepada cikgu di atas jasa baik mendidik anak saya. TERIMA KASIH CIKGU.

Tuesday, November 3, 2009

Program Liqa’ Fikri Muslimat Rembau

Program Liqa’ Fikri Muslimat Rembau bersama Prof Madya Ustazah Asiah Ali
Tarikh: 14 Nov 2009
Masa: 7.00 malam – 9.30 malam
Tempat: Pasti Al-Hidayah, Apartment Seroja Taman Tasik Jaya

Agenda:
•Magrib berjamaah
•Pengisian oleh: Prof. Madya Dr. Ustazah Asiah Ali
•Exco Dewan Muslimat PAS Pusat
•Ketua Unit Dakwah dan Halaqah Lujnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat Pas Pusat
•Isyak berjamah
•Jamuan

Tajuk: Peranan Muslimat "HANYA ISTERI DAN IBU?"
Anjuran: Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Pasti Al -Hidayah Taman Tasik Jaya

Maklumat lanjut sila hubungi Pn Norwani 013-3851202 & Pn Hjh Rashidah 019-3056170
Sila maklumkan dan sebarkan kepada isteri, ibu dan muslimat di Rembau & MTD Paroi khususnya.

PROGRAM SEMPENA EXPO KANAK-KANAK DYSLEXIA DAN KANAK-KANAK ISTIMEWA

http://www.dyslexiaseremban.com

Anjuran: Persatuan Anak-anak Dyslexia dengan Kerjasama Nisa’ Rembau

PROGRAM MENCARI HARTA KARUN
Tarikh : 7 Nov 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Senawang
Hadiah MENARIK ditawarkan untuk tempat ke 1 hingga ke 10

Syarat-Syarat Penyertaan :
- Terbuka kepada semua
- Acara berkumpulan (4 orang satu kumpulan – 2 Dewasa, 1 Remaja & 1 kanak-kanak Dyslexia /anak-anak istimewa)
- Penyertaan TERHAD sehingga 30 kumpulan pertama yang didaftarkan
- Untuk perdaftaran awal, sila hubungi Cik Jazilah (019-3073100) atau Cik Najihah (013-9474951)


PROGRAM MINI SUKANEKA
Tarikh : 7 Nov 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Senawang
Hadiah MENARIK ditawarkan untuk tempat pemenang 1-3

Syarat-Syarat Penyertaan :
Terbuka kepada semua (penyertaan PERCUMA)
5 Acara dipertandingkan
- Acara 1 - Pertandingan melipat lampin (Lelaki Dewasa)
- Acara 2- Pertandingan makan buah (Lelaki Dewasa)
- Acara 3- Pertandingan masuk manik ke benang (Perempuan dewasa)
- Acara 4 - Pertandingan kutip gula-gula (kanak-kanak )
- Acara 5 - Pertandingan tiup belon (kanak-kanak)

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
Tarikh : 8 Nov 2009 (AHAD)
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Dataran Senawang
Hadiah MENARIK ditawarkan untuk pemenang tempat 1-10

Syarat-Syarat Penyertaan :
Terbuka kepada semua Kanak-kanak berusia 4 – 11 tahun ( PERCUMA)
- Kategori 1 – Berumur 4 – 7 Tahun
- Kategori 2 – Berumur 8-11Tahun
Sila bawa pensil warna sendiri (tidak disediakan pihak penganjur)