Tuesday, July 22, 2008

KKP - Program untuk semua

2 DALAM 1…Memang penat sedikit namun rasa begitu puas hati apabila dapat turun menjayakan Khidmat Kesihatan Percuma (KKP) pada Sabtu lalu bagi penduduk di Ulu Rantau dan Taman Permata yang terletak di dalam Dun Paroi. Program bermula agak lewat iaitu sekitar jam 9.30 pagi di Ulu Rantau. Hujan yang lebat pada pagi itu tidak mematahkan semangat kami untuk menjalankan KKP. Sejak jam 9 pagi ramai penduduk yang hadir meskipun terpaksa berpayung dan mengharungi hujan. Di Ulu rantau ini ramai penduduk kaum Cina dan kebanyakkan antar mereka agak sihat meskipun diusia emas.
Berbeza di Taman Permata, ramai antara mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan masalah kulit. Majoriti penduduk di sini merupakan masyarakat India yang bekerja ladang, menoreh getah dan menternak. KKP selama 2 jam di Taman Permata terpaksa ditamatkan sekitar jam 1.00 petang disebabkan kami mempunyai program brainstorming Muslimat Rembau di PD pada sebelah petang. Sdr Husaini memberi jaminan dalam masa terdekat program KKP seterusnya akan diadakan bagi penduduk yang tidak berkesempatan hadir. Saya menyeru doktor-doktor yang berkemampuan untuk turun memberikan khidmat secara percuma. Bagi glukos test, RM3 bagi setiap orang diperlukan untuk membeli strip dan jarum. Terima kasih kepada Dr Linda yang sanggup membeli dan memberi secara percuma untuk setiap kali KKP. Bayangkan kalau setiap kali KKP, sekitar 50-100 orang hadir...Saya mendoakan Program KKP ini akan terus menjadi program ’simbolik’ Pas yang mengenengahkan slogan ’Negara Berkebajikan’ dan ’Pas for All’. InsyaAllah, kita membantu semua insan tanpa mengira batasan agama , kaum dan politik.

Pada waktu yang sama, YB Hj Taufek turut melawat sekitar taman berkenaan. Sebelum balik, seorang pakcik menghadiahkan saya sebiji nangka muda. Sedap seungguh kalau dibuat gulai dengan ayam. Orang berbudi..kita berbahasa..orang memberi kita merasa.

No comments: