Friday, March 27, 2009

Antara ayah dan Bukit Gantang

Ya Allah, sembuhkanlah ayahku, mudahkanlah urusannya Ya Allah dan berkatilah usinya Ya Allah. Rasa berbelah bahagi sama ada ingin teruskan perjalanan ke Bukit Gantang petang ini. Thari baru sahaja menerima berita ayah ditahan di wad Seremban dan mak minta balik ke kampung sedangkan aku telah merancang untuk bertolak ke Bukit Gantang petang ini selepas Asar bersama suami dan adik2x muslimat.

Ya Allah, moga Allah memelihara kami semua. Moga Engkau sembuhkan ayah dan izinkan aku laksanakan tugas ini keranamu YA Allah. Ameen.

Tuesday, March 17, 2009

Ketika mengenangkanmu Ya Rasulullah, air mata pasti menitis sayu
bila kesedihan melanda diri dalam perjuangan, ku tititi sirahmu mencari kekuatan
izinkan aku menyintaimu dan menjadi salah seorang umat istimewamu
Ya rasulullah... sesungguhnya dirimu tiada tolok bandingnya
Teringat akan pengalaman menziarahi makam Rasulullah (dibawah kubah hijau) di Masjid Nabawi. Sukar digambarkan perasaan sayu,sedih,sebak dan dalam waktu yang sama terasa kekuatan pabila mengenangkan pengorbanan baginda yang akhirnya aku lahir sebagai seorang Islam dan hidup dalam perjuangan.

Your face is bright like the shining moon
Lighting up darkness of the night
We are here, we think of you
Oh Muhammad Rasulullah


The coming of you make the brightest day
Shining through along the way
You bring the love of Al-Islam
You are the symbol of unity


C/o

You bring the light to the entire world
You bring the hope into human lives 2x
You lead us to the way of truth
Oh Muhammad Oh Muhammad Rasulullah


Well my friends the time has come
To have some peace and serenity
From the love of Rasulullah
Oh Muhammad Rasulullah


Lagu: Farihin Abd. Fatah
Lirik: Sakinah Thomas
Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.

Mujahid zaman moden



Selepas membaca buku Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden, saya rasa bersemangat dan berdoa semoga Allah kurniakan zuriat Mujahid akhir zaman kepada saya sekeluarga. Nama-nama besar seperti Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdullah Yusuf Azzam, Abdullah Nasih Ulwan, Al-Rantisi dan pelbagai tokoh lagi membuatkan saya berazam moga Allah permudahkan urusan kami dalam mendidik anak-anak.

Bagi mereka yang tercari2x nama anak lelaki, bolehlah membaca buku ini dan memilih nama-nama indah mujahid akhir zaman yang akan dikenang dan diingati oleh generasi akan datang. Saya maklumkan kepada suami, "kita sudah anak bernama Abdullah Azzam dan anak yang seterusnya saya hendak letak nama Ahmad Yassin. Nama yang saya pilih untuk anak sulung lelaki yang pertama. Suami pula inginkan Abdullah Azzam dan Abdullah Nasih Ulwan. InsyaAllah, moga Allah tambahkan rezeki kami dan kurniakan zuriat yang soleh dan solehah kepada kami dan sahabat2x semua.

KKP Kembali lagi

InsyaAllah, Khidmat Kesihatan PERCUMA (KKP) yang seterusnya akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 22 March 2009 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Kg. Baru Paroi

Detik cabaran

satu persatu jatuh ke bumi tanpa ku pinta
setiap denyut nadi debaran ku rasa
setiap saat mata merenung gelisah nan melanda
bila detik cabaran menerobos perasaan

detik itu datang lagi...
meruntun rasa hiba di dada
mengelapkan ketenangan di jiwa
melenyapkan setiap butiran kata
hingga aku hanya mampu berfikir
detik cabaran yang datang bertimpa

detik itu menerjah lagi..
menguji perasaan dan hati
mendidik kesabaran diri
merendah , merenung sanaburi
dimana kesilapan yang mungkin ku selami
mengimbau wajah-wajah ceria
tak mampu ku lafazkan bicara
kalimah yang tersilap kata

detik itu mengundang ucapan
namun lidah kelu mendengar keluhan
tak mampu untuk ku tahan
namun tak mungkin untuk ku hamburkan
sebuah kemelut yang membinggungkan
menguji kesabaran dan kekuatan

Moga Allah berikan pertolongan
Kuatkan azam hadapi detik cabaran
Setiap ketika dan saban waktu
PadaMu yang Satu
Ku serahkan keputusanku

Nukilan
mutiara 16/03/09

Friday, March 13, 2009

Bercuti sebelum CUTI

Minggu depan anak-anak akan mula CUTI SEKOLAH selama seminggu. Kami tidak bercadang untuk bercuti dimana-mana memandangkan anak-anak telah dibawa bercuti 2 minggu lebih awal sebelum CUTI SEKOLAH. Pada 27 Feb - 1 Mar yang lepas kami sekeluarga berkesempatan bercuti ke Langkawi. Pada waktu itulah saya dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga dek kerana terlalu sibuk dengan tugasan harian. Meskipun hanya 3 hari di sana, ianya membantu saya mengurangkan sedikit tekanan tugas dan fokus kepada percutiaan. Percutian yang dirancang 2 bulan lebih awal cukup bermakna apabila saya dapat membawa sekali mak mertua dan adik ipar.


Kenangan bersama suami di Puncak Gunung Mat Cincang

Anak-anak cukup seronok apabila dibawa melawat Water World dan melihat pelbagai spesis hidupan laut yang unik. Masing-masing cukup teruja melihat penguin, anjing laut dan spesis ikan yang cukup besar. Maha Suci Allah diatas KebesaranNya menjadikan setiap kehidupan.


Yang paling seronok ialah Azam dan Nani apabila dapat bermain di tepian pantai sekitar Pekan Kuah.
Banyak tempat menarik yang dapat dikunjungi di Langkawi dan mak mertua saya tidak melepaskan peluang untuk shopping disana. Sekali sekala bercuti bersama keluarga ianya membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mengurangkan tekanan akibat kesibukan. Setiap tahun telah menjadi rutin kami suami isteri untuk bercuti sekuarang-kurangnya 2 kali setahun bersama anak-anak.

Friday, March 6, 2009

3R - Reduse, Reuse,Recycle untuk Jualan Amal

Sudah lama rasanya saya tidak menulis. Kesibukan menghadiri kursus 2 minggu di Bangi disamping kerja2x office yang mesti dilaksanakan membuatkan saya tidak berkesempatan menulis. Malam tadi kami anak beranak bersama pembantu saya Kak Midah menjalankan 5S di rumah. Pelbagai barang-barang yang masih elok telah kami telah asingkan untuk Jualan Amal di Pusat Khidmat pada 8 Mac.
Lebih dari 10 beg yang masih elok telah dikumpulkan. Beg-beg ini diperolehi ketika menghadiri seminar,kursus dan ada juga beg yang berupa hadiah tetapi tidak pernah digunakan. Kak Midah dan anak-anak membantu membersihkan beg-beg manakala saya membuat tanda harga yang mana beg-beg ini boleh dijual dengan harga RM1-RM10. 100% hasil jualan akan masuk ke Tabung Kebajikan Dun Paroi.

Di samping itu, bagi mengurangkan pelbagai barangan yang tidak digunakan dirumah; Kak Midah turut membantu saya membuat 'sorting' bagi bekas-bekas kuih yang masih elok. Banyak bekas yang disimpan didalam almari tanpa digunakan dan bagi saya elok kiranya jika ia dijual bagi membantu meringankan kesusahan orang lain. Kak Midah kata kalau rumahnya dekat, pasti dia kepingin sekali membawa bekas-bekas kaca ini balik ke Indonesia. Itu tidak termasuk lagi senduk2x, bekas2x yang diperolehi ketika berkahwin dahulu.

Jika kita benar-benar buat 5S, sebenarnya banyak barang2 yang tidak gunakan dan teperap begitu sahaja. Ada yang kata "sayangnya nak beri orang. Percuma pulak tu". Namun benda yang kita sayang itulah yang perlu disedekahkan dan diberi kepada orang lain. InsyaAllah, Allah akan ganti dengan benda yang LEBIH baik tanpa kita sangka-sangka. TAK PERCAYA, cubalah. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak rezeki yang kita terima dari Allah. Hadiah berharga yang Allah beri ialah pabila kita merasa lapang dada dan gembira walaupun sesuatu yang kita sayangi hilang dari pandangan.