Saturday, July 26, 2008

Tahniah kepada Muadz & Mus'ab


Ani, Nani dan Syifa' bersama YB Nurul Izzah
26-07-08- Tahniah kepada Kak Lin dan Dr Dzul kerana mendapat 2 orang menantu sekali serentak pada majlis perkahwinan anak lelakinya iaitu Muadz dan Mus'ab. Muadz merupakan anak ke-2 Kak Lin manakala Mus'ab adalah anak ke-3 dalam keluarga.
Majlis semalam bertambah meriah dengan kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim, beberapa orang kenamaan dan juga pimpinan Pas Pusat. Anak saya sempat turut sempat bergambar bersama YB Nurul Izzah dan suami. Di dalam majlis tersebut, saya bersama Pn Ciana berjumpa dengan Sdr Samsul Kamal & Dr Faridah serta sempat berbual dengan Pn Azlina Ahmad yang merupakan adik kepada Dr Dzul dan juga isteri kepada bekas ketua pemuda NS, Sdr Hishamudin.
Tahniah sekali lagi kepada Kak Lin. Moga kebahgian berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin....

No comments: