Program JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1429 HIJRAH peringkat kawasan Rembau ini adalah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini serta sebagai persiapan menjelang Idil Fitri pada bulan Syawal nanti.Program ini juga memberi peluang kepada orang ramai yang berkemampuan untuk menambahkan amal kebajikan melalui ibadah sedekah terutamanya sepanjang Ramadhan ini.Golongan sasaran yang akan menerima bantuan ini adalah terdiri daripada golongan fakir miskin , ibu-ibu tunggal , anak-anak yatim , isteri-isteri yang ditinggalkan suami tanpa nafkah serta mereka yang memerlukan bantuan di sekitar Kawasan Rembau.
Mereka yang ingin memberikan sumbangan pula boleh dalam bentuk kewangan , bahan makanan yang tahan lama seperti beras , tepung , susu tin , biskut , sardin dan sebagainya. Sumbangan pakaian serta kasut yang baru sempena sambutan Idil Fitri juga adalah amat dialu-alukan.Untuk peringkat kawasan Rembau , sumbangan ini akan diberikan kepada mereka yang memerlukan di DUN Kota , DUN Chembong , DUN Rantau dan DUN Paroi.
Antara barang yang boleh disumbangkan ialah;
- Garam ( 1peket – RM0.50)
- Gula (1 kilo – RM1.50)
- Tepung (1 kilo – RM 2.80)
- Biskut lemak (1 peket – RM2.50)
- Susu tin (1 tin – RM2.20)
- Teh (1 peket – RM3.50)
- Kopi (1 peket – RM3.50)
- Kicap ( 1 botol – RM2.50)
- Minyak masak /kelapa (1 peket – RM2.50)
- Minyak masak/kelapa (3 kilo – RM7.00)
- Beras (5 kilo – RM 15.00)
- Beras (10 kilo) – RM 28.00
Sumbangan anda boleh berbentuk wang ringgit mahupun barangan keperluan untuk sambutan Ramadhan dan Hari Raya.
Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang dilantik iaitu;Pn Norwani ( Penyelaras Program ) – 013-3851202S
Sdr. Rozmal ( Pemangku YDP Rembau) – 012-2267406
Sdr Sufian ( DUN Paroi ) – 013-3589328 Sdr Zamri ( DUN Kota ) – 012-3513434Sdr Syed Ahmad Johari ( DUN Chembong ) – 019-2628051Tn Hj Shukri ( DUN Rantau ) – 017-2446215
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
DEWAN PEMUDA KAW REMBAU , No Akaun : 05012010065457 ,
DEWAN MUSLIMAT KAWASAN REMBAU No. Akaun : 5012010061653
Bank Islam Malaysia Berhad
No comments:
Post a Comment