Sunday, December 30, 2007

Harta Hilang?

Pengalaman rumah di pecah masuk 3tahun lepas masih lagi terbayang sehingga sekarang. Di samping kehilangan barang-barang berharga, perasaan fobia dan takut masih ada sehingga sekarang terutamanya apabila mendengar bunyi pelik di waktu malam.

Satu lagi peristiwa ialah apabila motorsikal suami hilang sewaktu cuti berhari raya. Sebagai insan normal, kita pasti mengeluh apabila kehilangan barangan kesayangan. Memang kita akan sentiasa berwaspada selepas kehilangan barang-barang tersebut. Kadang kala kita melihat dari aspek fizikal sahaja tanpa memikirkan aspek kerohanian, KENAPA ALLAH UJI KITA?

Moral of the story " kami sekeluraga sentiasa bersangka baik dengan Allah dan bertanya kembali, adakah kita pernah terambil hak orang lain sehingga Allah tarik hak kita". Mengambil hak orang lain ini bukan setakat yang nampak sahaja dan mungkin perkara yang kita tidak nampak atau sedari. Sebagai contoh, kita menyakiti hati sahabat ke, suami ke atau kawa2x. Sepatutnya sahabat kita gembira hari itu, namun di sebabkan kita...dia bersedih. Kita telah ambil nikmat kegembiraannya pada hari tersebut.

Banyak lagi perkara-perkara yang kita ambil tanpa kita sedar seperti yang melibatkan hak anak-anak ke atas ibubapa. Kita terlalu sibuk hingga tiada masa untuk bersama mereka. Atau mungkin kita kurang bersedekah sehingga Allah ambil hak kita. Biasanya apabila di timpa musibah kehilangan hanta benda, kami akan perbanyakkan sedekah. Mungkin ada kesilapan yang kita buat tanpa kita sedar. Moga Allah mengampunkan kita

Pengalaman di Bakun




Empangan Bakun lebih besar dari Singapura? Percaya atau tidak? Bila dah melihat sendiri baru saya tahu betapa besarnya projek di sana. Rasa kagum melihat struktur yang dibina. 3 hari di sana terasa sungguh tenang dan nyaman sekali.




Apabila siap projek ini, gunung ganang dan bukit yang menghijau bakal hilang dari pandangan. Gambar ini sempat saya rakamkan mengenai pemandangan indah disana. Mungkin 2 atau 3 tahun lagi , bukit -bukit ini tidak lagi kelihatan

Thursday, December 13, 2007

Islam & Kesihatan

Nabi Muhammad S.A.W sendiri menjadi contoh tauladan dan ikutan seluruh umat Islam. Baginda sangat menjaga kesihatan tubuh badan dan lain-lain serta menggalakkan amlan kebersihan sebagaimana yang pernah dinyatkan oleh baginda S.A.W di dalam hadisnya yang bermaksud : Kebersihan itu sebahagian daripada iman ‘’.

Di sini Rasulullah S.A.W menghubungkan kebersihan itu dengan keimanan. Dengan itu jelaslah bahawa kebersihan itu amat penting dalam kehidupan manusia khususnya bagi umat Islam. Banyak lagi pendidikan kesihatan yang diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada umatnya termasuk aspek kebersihan tubuh badan, pakaian, alam sekitar dan juga makanan.

Daripada segi makanan umpamanya, Islam bukan sahaja mengajar umatnya memakan makanan yang baik dan berzat sahaja tetapi sumber ianya diperolehi juga wajib diambil perhatian. Dalam ayat 68 surah al-Baqarah, Allah telah berfirman yang bermaksud : Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhmya syaitan itu adalah musuh yang terang lagi nyata bagi kamu.

Dalam ayat 172 surah al-Baqarah Allah berfirman yang bermaksud : Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada benda yang baik (yang halal) yang telah kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar kamu hanya beribadat kepadaNya.

Kedua-dua ayat ini adalah di antara ayat-ayat yang menyentuh mengenai makanan. Makanan yang baik dan halal akan dapat membantu malah mungkin boleh menjamin kesihatan tubuh badan. Dalam ayat yang 68 surah al-Baqarah itu, disertakan juga perintah Allah agar umat Islam tidak menurut jejak langkah syaitan. Ini membawa erti bahawa seseorang yang memakan makanan yang baik dan berzat tetapi ia adalah haram kerana tidak disembelih mengikut peraturan Islam ataupun melalui sumber yang haram seperti ia dirampas, curi, duit riba dan selainnya, yang mana ia mungkin boleh menyuburkan jasmani tetapi akan merosakkan rohani manusia samalah seperti mengikut jejak langkah syaitan yang boleh menjerumuskan manusia ke dalam dosa.

Kemudian dikaitkan juga makanan yang baik itu dengan syukur dan ibadat kerana sebagai hamba, manusia yang menerima nikmat makanan yang baik, rumahtangga yang bersih dan kesihatan yang sempurna, sepatutnya mengucapkan syukur kepada Allah yang mengurniakan segala-galanya. Kesihatan yang sempurna dapat membantu manusia dalam beribadat kepada Allah. Demekianlah ketegasan Islam mengenai kesihatan.

Satu lagi bentuk pendidikan Islam dalam bidang kesihatan ini ialah perintah Allah supaya bersederhana dalam makan dan minum kerana makan yang berlebihan atau menahan lapar akan mengganggu kesihatan yang menyebabkan amal ibadat seharian terhalang. Perkara ini dilarang kerana ia juga adalah daripada dorongan syaitan yang sememangnya sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat manusia. Allah telah memberitahu kita mengenai perkara ini melalui ayat 31 surah al-A’raf yang bermaksud : “……dan makan serta minumlah tetapi jangan tetapi jangan pula kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah sangat benci kepda mereka yang melampaui batas”.

Wednesday, December 5, 2007

Ingat : 5 sebelum 5

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

AKHLAK DAN DISIPLIN DI DALAM HARAKAH ISLAMIAH

1.Ikhlas
2.Istiqamah
3.Taat / Wala‘
a) Wala' terhadap aqidah perjuangan
b) Wala' kepada Jamaah
c) Wala' kepada pemimpin


•ISTIQAMAH - menumpukan komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan kesungguhan.
•Sikap istiqamah (teguh dalam memegang kebenaran) adalah dianjurkan oleh Allah, sebagaimana dalam firman-Nya:
“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu…”
(Hud: 112)