Tuesday, January 27, 2009

VSS- Bagaimana nasib mereka?

Berita yang saya terima daripada kawan2x yang pernah seangkatan dengan saya dalm industri perkilangan.

.....................................................................................
Baru-baru ini ada seorang rakan, pekerja kilang, sambil melawak beliau berkata seandainya anak perempuannya itu sudah besar nanti, jika sampai masa nak kahwin, dia akan periksa dahulu latarbelakang bakal menantunya itu, kerja apa? kerja di mana?

Kalau katakan kerja Engineer misalnya, tapi kerja di kilang, sure dia akan tolak awal-awal lagi (seperti mana-mana Bank-Bank sudah mula menolak loan application drpd pekerja-pekerja kilang sekarang : kerana
VSS).

Kenapa nak tolak bakal menantu kerja Engineer lulusan Universiti macam
tu, bukankah okey sebegitu? kata rakan saya ini, buat apa anaknya
bersuamikan Engineer yang kerja kilang, nanti 5 tahun selepas berkahwin
sudah ada anak sudah punya rumah dan kereta lawa-lawa, tiba-tiba kilang
merudum, kena VSS, habis hilang rumah hilang kereta dan mungkin
berantakan rumah tangga.
Kata beliau, lebih baik bermenantukan org kerja gomen ataupun bidang
lain yang tiada kaitan dengan kilang.

Mungkin ada benarnya kata-kata sahabat saya ini; tambah-tambah dalam
suasana hari ini di mana kilang-kilang sedang membuang pekerja bagai nak
rak. Lihatlah personal email dan sms di bawah , ada bermacam-macam
cerita di sebalik VSS ini, ada yang memang genuine VSS di mana kilang
tiada pilihan terpaksa bagi VSS kerana bisness merosot teruk, ada yang
buang org secara paksa dengan berselindung di sebalik VSS, ada yang
mengambil kesempatan kononnya bisness slow dan perlu buang orang, dan
ada kilang yang agak baik hati yang mengumumkan satu tahun lebih awal
bahawa kilang akan ditutup dan pekerja ada masa sekurang-kurangnya satu
tahun untuk cari kerja lain, dan macam-macam lagi.

Betapa apa pun kisahnya, mereka yang belum kena VSS cuma mampu membaca
dan bersimpati sahaja, tapi bagi mereka yang merasainya, bak kata
pepatah lama betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang
memikulnya.

Mewakili rakan-rakan industri seluruh Malaysia, atas nama persahabatan,
saya ingin rakamkan rasa simpati yang tidak terhingga kpd mereka yang
TERPAKSA mengambil VSS dan masih tiada kerja hingga sekarang.

Bersabarlah, insyaallah di hujung kesabaran itu ada jawapannya.

(Pengirim email/SMS di bawah terpaksa didelete nama mereka utk menjaga
kerahsiaan)

Email 1:

Company : Lumileds Penang ( Philips Lumileds ), lebih kurang 250 - 300
orang. Package : 1 bulan gaji X year of service + 2 bulan notis, 12 - 15
Jan 09.

Email 2:

"Kami di Western Digital (M) Sdn. Bhd. (Sg Way) telah dimaklumkan secara
rasmi (melalui comm. session) tentang VSS selepas shutdown 2 minggu pada
penghujung 2008 dulu....Selepas tu HR dok sibuk buat sessi penerangan
pulak kepada sesiapa yang perlukan maklumat lanjut. Antaranya (kononnya)
ini adalah atas dasar sukarela, tak ada paksaan, bla bla bla
(manis-manis belaka). Rate pulak, 1 tahun dapat 1 X gaji, >1 tapi <5> 5tahun dapat 1.5 X service. Dah tu tambah
pulak 2 bulan lagi (utk engineering), yang lelain tambah 1 bulan jer.
Sapa berminat boleh amik borang (download dari website) dan hantar kat
HOD. Dateline hantar borang 19/Jan. Last day kerja 31/Jan.

Maka ramai ler kami (otai-otai yang dah berbelas tahun kat WD ni) yang
hantar....tup-tup hampir semua kena reject. Alasan....nama tak de dalam
list. Rupa-rupanya management dah ada list nama yang depa nak buang.
Kebanyakan budak-budak baru yang belum 1 tahun. Hari ni HOD dah start
panggil orang-orang yang "ada dalam list" tu. Suruh depa isi
borang.......apa ni?? kata volunteer?? Hampeh!!"

Email 3:

" Ex-Phillips (NXP) di Senawang dah start CSS berapa ramai tak pasti.
Dah lay off pun. Crystal Clear Technology di USJ pula, VSS 26 orang dari
350 tenaga kerja manakala lagi 8 orang di CSS 24 hours. Yano Electronics
di Senawang terus tutup operasi. Semua lay off antara November hingga
Januari 09"

Email 4:

"sepupu org rumah saya semlm baru shj dapat vss di kilangnya di Penang
(belah pulau). katanya kilang buat lampu kereta (?). menanggis smlmnya.
katanya jenuh berdoa agar tak kena sbb dia baru 6 tahun kerja. ramai
juga operator + engineer yg kena vss kilang itu." - kilang BOSCH: 600
orang kena.

Email 5:

Kilang: Bitechnologies Kuantan

Pemberhentian Kerja 24 jam!

Kuantan, 06-Januari-2008: Pemberhentian kerja secara mengejut oleh
majikan mengundang Perasaan terkejut beruk dan bercampur baur dengan
sedikit kekecewaan dan banyak kesyukuran Oleh individu terbabit. Seramai
6 orang pekerja telah diberhentikan hari ini. Individivu terbabit
adalah: Material Director - QA asst Manager - Supritendent -Supritendent
- Supritendent -
PDE Engineer - Ini adalah pusingan pertama bagi 1st quater 2009 dan 2nd
quater akan menyusul pada bulan March! Diharap info ini member
pengajaran pendidikan kepada semua untuk kerja degan lebih bagus pada
masa depan.

Email 6:

"Kilang: Fujielectric, Kulim Kedah. pusingan pertama VSS 100 orang.
Pusingan kedua 400 orang"

Email 7:
Salam, dapat email dari member kat Avago semalam, saya copy & paste...
"CEO kami hantar email hari ni..confirmed Avago akan buang 230 ppl by Q1
& Q2'09"

Email 8:

"Pekerja Poly Glass Fibre, Prai. Kami ditindas gaji kami hendak dipotong
15%, elaun hendak dipotong. kenaikan tahunan dibatalkan. syarikat tipu
kami kata tiada order tapi kontena, lori masuk belambak setiap hari
ambil barang. tak mahu ikut perjanjian bersama. paksa pekerja ambil cuti
2 minggu. kurang ajar punya tauke. hari isnin 19,20,21 hb 1 kami adakan
piket. 7 pagi hingga 5 petang. Berilah sokongan. pihak media datanglah
beri sokongan. jangan lupa bawak kamera pulak. Masuk berita tv3 jam 8
malam.Biar satu Malaya tau kesusahan kami. mai jangan tak mai."

SMS 1: paling sensasi..

Breaking News: 21/Jan/2009
"Intel tutup PG7 & PG6 building by end 2009. Pekerja mungkin
relocate...blum ada detail lagi. Saya pun kena skali"

Friday, January 23, 2009

Tanpa bicara

Debu tak berbau
Panas tak berhaba
Tangisan tanpa airmata
Ungkapan tanpa kata
Semuanya kaku tanpa bahasa

Malam gelita menuruni denai sempit
Menghitung bintang dilangit
Merenung wajah-wajah bisu tak bernyawa
Hanya berdetik sendirian
Di kamar sepi

Nada sedetik
henti melamun resah
sapa yang bersahut
salam yang bersambut
untuk insan yang sepi tanpa bicara
keluhan hati mereka buat penduga
ketabahan di jiwa

Nukilan
nur mutiara
Gunung Mas, Paloh

Sunday, January 18, 2009

Jaga diri duhai anak

Hanya dua hari saya sempat bersama anak2x selepas seminggu berada di Sarawak. Waktu inilah mereka nak bermanja dan ada kalanya waktu inilah masing2x mula buat perangai. mungkin sebab nak dapatkan lebih perhatian dari umminya yang terlalu sibuk. Minggu ini, seminggu pula saya akan ke JB atas urusan kerja. Alhamdulillah selepas itu cuti CNY menyusul. Satu peluang untuk saya berada lebih lama dengan anak2 kerana selepas itu saya akan berangkat ke Kedah pula.

Sejak kecil saya telah ajar anak2x untuk makan dalam sedulang. Jika ummi tiada sekurang2xnya hubungan mereka sesama adik-beradik erat. Waktu makan, usah bergaduh dan makan sama2x. Belajar kongsi dan sayang sesama adik beradik. Bila begini keadaannya hubungan mereka sesama adik beradik agak rapat. Meskipun acapkali bertekak sesama sendiri, selepas itu mereka akan salam dan peluk semula. Kak long adalah anak harapan yang faham dengan keadaan dan banyak beralah dalam apa jua situasi. Kadang kala kak long menangis bila ummi lebihkan adik yang lain.
Rasa sedih juga bila anak2x selalu ditinggalkan. Apakan daya itu memang sudah nature tugas saya. Harapan untuk ditukarkan ke tempat yang lebih dekat tidak kesampaian kerana Group masih perlukan saya. Nak tak nak, kena juga iklaskan diri kerana cari rezeki kerana Allah. Tiap kali memandu sendirian sering saya berdoa agar Allah pelihara anak2x saya, jaga kesihatan anak2x saya, mudahkan perjalanan mereka seharian dan mudahkan urusan mereka dalam menuntut ilmu serta mudahkan urusan mereka dimalam hari. Buat suami tercinta, terima kasih kerana memahami tugas saya ini. tanpa sokongan dan kasih sayangnya, tak mungkin saya berjaya sehingga kini. Jaga diri ya anak2x. nanti ummi balik. Ummi rindukan kalian semua...

Jaga kesihatan dengan refleksologi


Satu kursus yang cukup berkesan terutamanya bagi kita yang sering menghadapi masalah tekanan kerja, sakit belakang,mudah letih,mudah pening, lenguh-lenguh dan pelbagai lagi jenis penyOtak dan jantung merupakan 2 organ yang amat penting dalam sistem tubuh. Otak mengawal perjalanan urat saraf manakala jantung memainkan peranan penting dalam sistem pernafasan. Zaman sekarang ramai yang mudah diserang penyakit jantung, stroke, sakit sendi, urat saraf dan pelbagai lagi penyakit. Rupa-rupanya 2 organ ini saling berkait antara satu sama lain dan ianya boleh digabungjalinkan melalui kursus refleksologi.. Itu antara sedikit teori yang kami pelajari dalam kursus 1 hari berkenaan urutan refleksologi.

Satu kursus yang cukup berkesan terutamanya bagi kita yang sering menghadapi masalah tekanan kerja, mudah sakit belakang,mudah letih,mudah pening, lenguh-lenguh dan pelbagai lagi jenis penyakit yang dihadapi. Jika diluar, kursus urutan refleksologi ini dikenakan bayaran RM250 untuk 2 hari kursus. Bagi saya, RM30 yang dikenakan cukup berbaloi dengan manfaat ilmu yang diperolehi. Bukan setakat ilmu teori sahaja, kami turut didedahkan dengan 63 titik urutan bagi beberapa jenis penyakit. Di samping itu beberapa orang peserta berpeluang merasai urutan refleksologi daripada tenaga pengajar.


Terima kasih kepada Major (B) Ahmad Fauzi Abdul Rahman di atas bimbingan ilmu yang cukup berkesan. Rasa kagum melihat semangat En Fauzi yang begitu tekun mengajar kami serta menunjukkan contoh-contoh urutan yang berkesan.YB Taufek dan isteri, Tn Syed TTJ dan isteri turut hadir memberi sokongan kepada kursus ini. Saya dan suami juga tidak melepaskan peluang belajar ilmu ini. Ia buka setakat membantu melancarkan peredaran darah tetapi turut membantu melancarkan sistem penghadaman dan pernafasan. Ia boleh diparktikan untuk manfaat diri sendiri, pasangan dan juga untuk anak-anak. Ada titik tertentu yang perlukan urutan bagi anak-anak yang sukar bangun pagi dan titik untuk mengelakkan mengantuk. Keadaan kami yang agak sibuk mungkin boleh dimanfaatkan dengan melakukan urutan ini sebagi senaman 10-15 minit sehari. Apa yang penting ianya perlu dilaksanakan secara konsisten dan berterusan.Bagi kita yang terlalu sibuk, acapkali kita lupa akan penjagaan kesihatan diri. Benda ini jatuh nombor 5 atau 6 dalam ranking kehidupan. Kita pentingkan kerja...kerja..kerja tanpa memikirkan faktor kesihatan. Jika badan tak sihat manakan boleh kita melaksanakan tugas harian dan urusan jamaah. semuanya perlukan fizikal dan spritual yang sihat.

Secara keseluruhan kursus ini begitu bermanfaat sekali,apatah lagi penceramah turut menyelitkan kaedah syifa' dan bebrapa pantang larang yang mesti dipatuhi sebelum memulakan sesuatu urutan. Meskipun bilangan peserta tidaklah seramai mana,ianya tidak mematahkan semangat saya untuk melaksanakannya dimasa akan datang. Selepas ini sasaran kami di MTD adalah untuk mengalakkan ibu tunggal yang berminat untuk mempelajarinya dan menjadikannya sebagai satu kemahiran untuk diri untuk dipertingkatkan. Urutan refleksologi ini merupakan satu kemahiran yang praktis bagi membantu golongan ibu tunggal mencari nafkah bagi meringankan bebanan kewangan. InsyaAllah, doakan harapan dan hajat saya untuk membantu mereka menjadi kenyataan.Itu juga komitment yang diberikan oleh isteri YB sendiri, Pn Mahani. Terima kasih kepada semua yang membantu MTD Paroi jayakan program ini.

Friday, January 16, 2009

Sana sini...untukmu Palestin

CERAMAH DAN SOLAT HAJAT PALESTIN
SABTU 17 JAN 2009 Selepas Solat MaghribDi Surau Taman Alamanda , SenawangPenceramah :Ust Khairil Anwar Wafa - Timbalan Ketua Pemuda PAS N.SembilanSdr Shamsul Kamal Idris – Pengerusi TERAS Melayu N.Sembilan

1. MALAM MUNAJAT PALESTIN
RABU 14 Jan 2009 Masa : Selepas Maghrib Di Surau Ibnu Khaldun, Taman Lavender Height, Seremban

2. PROGRAM UNTUKMU GAZA
KHAMIS 15 Jan 2009 Masa: Selepas Maghrib Di Surau as-Salam, Taman Panchor Jaya, Seremban

3. ROADSHOW CERAMAH PALESTIN
KHAMIS 15 Jan 2009 Masa 6 petangDi Institut Perguruan Raja Melewar , Seremban

4. ROADSHOW CERAMAH PALESTIN
JUMAAT 16 Jan 2009 Masa: Selepas MaghribDi Surau Al Amin, Pusat Pendidikan As Saidiyyah , Taman Rashidah Utama, Seremban

5. ROADSHOW CERAMAH PALESTIN
SABTU 17 Jan 2009 Masa: Selepas Maghrib Di Masjid Al-Quds , Sekolah Dato Abdul Razak , Sg Gadut , Seremban

6. ROADSHOW CERAMAH PALESTIN
ISNIN 19 Jan 2009 Masa: 3.30 petang Di SMKA Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS) , Sikamat , Seremban

7. ROADSHOW CERAMAH PALESTIN
RABU 21 Jan 2009 Masa: 3.00 petang Di Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Makmur , Ampangan , Seremban

8. ROADSHOW CERAMAH PALESTIN
KHAMIS 22 Jan 2009 Masa: Selepas Maghrib Di Kolej MARA Seremban

9. ROADSHOW CERAMAH PALESTIN
JUMAAT 23 Jan 2009 Masa: 10.30 pagi Di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM, Port Dickson

Thursday, January 15, 2009

Damai Yang Hilang

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergaadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan

Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

NowSee Heart

Wednesday, January 14, 2009

NATO...NATO...NATO

No Action Talk Only (NATO) itulah ungkapan yang sering digunakan untuk mereka yang pandai cakap tapi tak buat apa2x. Dengan kata lain 'cakap tak serupa bikin'. Dalam kesengsaraan, kesedihan dan penderitaan yang dihadapi oleh penduduk Palestine yang dihujani kekejaman Israel; kita di Malaysia masih lagi selesa dan terleka.

Kita kata kita kasihan Palentine namun kita masih makan produk Israel
McD jadi sarapan pagi dan Starbucks jadi pilihan hati
Kita kata kita benci namun bibir kita jadi saksi
Coca cola terus beri inspirasi diri
yang asyik kita teguk setiap hari

Kita kata kita geram Israel namun mulut kita tak pernah diam
Satu persatu terus disedut, asap berkepul sampai kita semput
namun kita tak pernah tanam azam
berhenti merokok dan jaga kesihatan

Sampai bila kita nak jadi NATO?
6 dekad rakyat Palestine terseksa
namun kita masih leka dan alpa
hiburan israel jadi tatapan mata
gaya barat jadi pilihan kita
pakaian mereka juga ikutan anak2x remaja
hai sampai bila kita nak terus selesa
keluar duit pun nak berkira
hulur derma pun asyik dok berkata
yang lebih malang ada yang tak buat apa-apa
tengok ajelah, itulah senda

Malangnya kita jadi NATO
umpama berkokok berderai-derai, tahi berjurai-jurai
nyawa rakyat Palestine sudah tidak bernilai
bila kita telah hilang rasa simpati
bila telah hilang harga diri
bila hati tak rasa apa-apa lagi
itulah kita yang Allah cabut rasa prihatin
atas kemusnahan saudara sendiri...

Masihkah kita jadi NATO?
tepuk dada tanya iman


Sabda Rasulullah s.a.w:
"perumpamaan orang-orang yang beriman dalam cinta dan kasih sayangmereka adalah laksana sebatang tubuh, dimana bila salah satu anggotatubuh merasakan sakit, maka seluruh tubuh akan merasakan demam dan'kesulitan tidur'. (HR. Muslim)

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab), dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Al-Taubah 9: 41) ~ Perbaiki diri dan serulah yang lain~

Sunday, January 4, 2009

PASTI pilihanku

Hari ini lebih 100 orang pelajar mendaftar di pasti Al-Islamiyyah, Taman Desa Beringin. Satu pertambahan pelajar yang cukup memberansangkan. Sekarang sudah ada 3 buah bangunan yang menempatkan pelajar 4,5 dan 6 tahun. Pelajar 4 tahun sahaja lebih kurang 27 orang. Terdapat 6 orang guru dan 2 orang pembantu di pasti ini untuk menguruskan lebih 100 orang pelajar. Pelbagai karenah dan gelagat anak2x berusia 4 tahun yang mencuit hati seperti tangisan yang bersahut-sahutan antara satu sama lain. Kasihan Cikgu Yus yang sibuk melayani karenah anak2x yang takut ditinggalkan ibubapa.

Semalam sempat juga berjumpa dengan Cikgu Zunaidah yang mengajar di Pasti As-Saadah Gedung Lalang. Setakat semalam baru 3 orang yang mendaftar masuk. Saya rasa kita semua kena cuba bantu promosikan Pasti2x yang ada terutamanya pasti yang kurang mendapat tempat di kalangan ibubapa. Mungkin faktor promosi kurang baik dan ini bakal menjejaskan prestasi pengurusan Pasti. Bukan mudah untuk uruskan prasarana Pasti ini. Sebagai contoh di pasti Al-Islamiyyah, pihak pengurusannya iaitu Saudara Zul sibuk hampir 2 minggu mengecat, pasang grill, masukkan api dan air serta pelbagai urusan. Alhmadulillah ada adik2x SPINS yang bantu beliau mengecat bagi mengurangkan kos yang ditanggung.

Bila dah buka dan sambutan pula menggalakkan, timbul masalah juga apabila pelajar 6 tahun melebihi kuota 40orang. alhmdulillah, pihak Pasti mampu menanganinya dan terima juga pelajar diakhir pendaftaran bagi meraikan ibubapa yang menjadikan Pasti sebagai pra sekolah untuk anak2x mereka.


Malam tadi ke dua-dua orang anak saya Ain & Nani sibuk menyiapkan kelengkapan masing2x. Semuanya tak sabar2x ke sekolah. Lebih2x lagi Nani yang asyik mencuba kasut barunya. Kasut berharga RM4.90 cukup bermakna bagi Nani. Elok juga mengajar anak2x agar menerima apa sahaja yang diberikan makayah tanpa memilih jenama pilihan kesukaan masing2x. Waktu usia anak masih kecil, mereka mungkin tidak berkira. Bila meningkat dewasa dan expose dengan kawan2x yang lain, mereka juga mempunyai citarasa tersendiri. Taknak yang itu, taknak yang ini, nak beli yang mahal2x dan sebagainya.

Tapi Alhamdulillah, mereka memilih PASTI untuk bersekolah walaupun dihadapan rumah ada tadika yang cukup prasarananya. Ada Tadika Raing Ria, Tadika Sri Murni, Tadika al-Mustaqim, Tadika Evergreen dll tapi PASTI mesti menjadi keutamaan. Tanamkan di minda anak2x bahawa sekolah di Pasti best, kawan2x best, cikgu baik2x, makan best..semuanya BEST. Pasti sememangnya BEST