Thursday, December 30, 2010

Wajah-wajah yang menenangkan hatiku

2 minggu ini terpaksa ku korbankan untuk memenuhi tuntutan tugas yang perlu diselesaikan sebelum kelahiran ke-5. Minggu lepas seminggu di kedah dan minggu ini di Penang pula.

pabila memandang sahaja wajah Feefa.....segala penat lelahku akan hilang. senyumannya sungguh mendamaikan.


Kasihan Beeb dan anak2x yang ditinggalkan. maklumlah dah lama aku tak outstation. Dah selesa bersama anak2x. Sekali-sekali berpisah...lain rasanya. Rindu sungguh untuk menatap wajah2x insan yg amat menenangkan hatiku. Antaranya wajah suami.....Aku paling suka merenung wajah suami ketika dia tidur. Teringat aku kata2x penulis sebuah buku, pandanglah muka isteri (atau suami), pandang seorang demi seorang anak-anak. Ucapkan pada diri, “tidak akan aku biarkan seorang pun daripada kamu terpisah di akhirat nanti. Kita semua akan berkumpul sekali lagi… abadi di syurga nanti. Insya-Allah. Amin.”

Buku-buku karya Pahrol Mohd Juoi cukup menarik untuk dibaca. http://genta-rasa.com/2009/04/14/arafah-cinta-kita/ Antaranya ......Bercintalah sampai syurga, jika benar-benar cintakan pasangan kita. Untuk itu bersedialah menempuh kesusahan.


Nabi Adam dan Hawa mula bercinta di syurga, diuji dengan satu larangan, tersalah… dan “tercampak” ke dunia. Cinta terpisah sekian lama. Adam di satu penjuru. Hawa di penjuru yang lain. Bertaubat terus-terusan. Raja’na illallah (kembali kepada Allah). Dan akhirnya apabila cinta yang “tercemar” itu kembali bersinar, bertemulah semula cinta mereka di Arafah!
Cinta sampai syurga… jangan melupakan cinta Allah. Jangan dilanggar syariat-Nya. Jika sudah tercemar, gilap kembali agar bersinar. Insya-Allah, akan ada “Arafah” cinta kita. Akan ada syurga kita!

Tip bercinta sampai syurga.
Dahulukan hak Allah daripada hak pasangan kita.
Sentiasa bekerjasama untuk membuat kebaikan dalam rumah tangga dan masyarakat.
Sama-sama saling ingat mengingatkan agar menjauhi kemungkaran.
Rela berkorban kesenangan sesama pasangan demi bakti sesama manusia.
Berdoa dan bersedekah sebagai wasilah mengekalkan cinta.

Monday, December 20, 2010

Tadahan jiwa

detik demi detik
liku nan berliku
masa yang berlalu
menggamit mutiara itu jatuh satu persatu
mengintai langkah setiap waktu
adakah diulang ikrar palsu

selimutilah
payungilah
teduhilah
dakapilah
insan yang mengharap kekuatan dijiwa
hanya padaNya
tempat menggarap kasih
menadah jiwa

Ke mana anak anda selepas PMR? SPM? STPM?



Anjuran:
Surau Alamanda Senawang
Dengan Kerjasama:
Yayasan Amal Malaysia Negeri Sembilan



Bengkel iMeGa membantu anda ….
• Berkongsi ilmu dengan kaunselor berpengalaman & terlatih, profesional serta usahawan berjaya.
• Memberikan panduan pemilihan kursus di IPTA / IPTS kepada lepasan PMR / SPM / STPM
• Membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan / bantuan kewangan
• Memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain

Sunday, December 19, 2010

Sua Kasih Kita Bersaudara


Semarakkan Rasa Persaudaraan Dan Anti Perkauman Kita Dengan Bersama Kami Menjayakan SUA KASIH KITA BERSAUDARA Pada 9 Januari 2011




Saturday, December 11, 2010

Program raikan anak yatim sempena 10 Muharam 1432H

InsyaAllah, Nisa' Rembau akan mengadakan program penyerahan sumbangan kepada anak yatim pada 10 Muharam 1432H bersamaan 16 Disember 2010 (khamis) jam 3petang di Pasti Al-Ain, Taman Pedas Perdana.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang boleh bank in ke akaun Bank Islam_BIMB 03036020131121 (Nur Soliha_ Ketua Nisa Rembau). Sila SMS jumlah derma ke No. Tel : 013-9798108.
Jom kita bersedekah di hari yg penug keberkatan ini mengikut amalan Rasulullah s.a.w. yang memberi sedekah kepada anak yatim pada 10 Muharam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selain daripada melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)Apa yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih daripada hari biasa.
Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya. Adapun apa yang selain daripada dua perkara di atas seperti sembahyang malam ‘Asyura’, mandi hari ‘Asyura’, bercelak mata dan yang lainnya tidaklah ada disebut melainkan pada hadis-hadis dhaif, munkar dan maudhu‘.

Friday, December 10, 2010

SAMBIL MAKAN SAMBIL BERAMAL


JUALAN AMAL KAMI PRIHATIN


Tarikh : 25 Disember 2010
Hari : SabtuMasa : 8 pagi – 10 malam
Tempat : Kawasan letak kereta, premis perniagaan Taman Matahari Height, Senawang
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com dengan kerjasama AJK Surau Taman Matahari Height


Menyedari saban hari semakin ramai pelajar dari golongan miskin bandar menghadapi kesukaran menempuh tahun baru persekolahan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Jualan Amal Kami Prihatin untuk membantu pelajar-pelajar dari kumpulan ini dalam meringankan beban ibu bapa serta penjaga mereka.Juster itu orang ramai yang ingin membantu menjayakan jualan amal ini boleh membantu dengan cara berikut :

1. Membeli Kupon Jualan Amal untuk membeli barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

2. Membeli Kupon Jualan Amal dan diberikan kepada keluarga yang memerlukan untuk mereka tukar dengan barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

3. Memberi sumbangan kewangan.

4. Memberi sumbangan barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk Jualan Amal seperti buku novel, majalah, komik, barangan elektrik, beg sekolah, komputer, permainan dan sebagainya.

(Sumbangan pakaian terpakai ditangguhkan untuk masa ini kerana pihak penganjur masih mempunyai banyak stok pakaian terpakai).

Kupon JUALAN AMAL KAMI PRIHATIN ialah RM 10 untuk satu KuponBarangan yang dijual semasa Jualan Amal ini adalah diantara RM0.50 hingga RM100, bergantung kepada jenis barangan.


Untuk sebarang pertanyaan, maklumat, pembelian kupon dan sumbangan bolehlah menghubungi AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan yang berikut :

En Sufian 013-3589328 xupmxutm@yahoo.com

Pn Norwani 013-3851202 halwan9@yahoo.com

En Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com

En Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
En Nazri Esa 013-3098775

Thursday, November 25, 2010

SALAM TAKZIAH BUAT YG MERASAI KEHILANGAN

Saya mewakili DMPKR ingin merakamkan ucapan takziah buat sahabat-sahabat yang kehilangan insan tersayang sepanjang bulan November ini. Antaranya ialah;

1. YB Zailah _ Anak bongsu beliau yang telah meninggal dunia pada 14 Nov 2010
2. Hjh Ciana_ Bapa beliau telah meninggal dunia di Arafah pada 15 Nov 2010
3. En Rozmal _ Datuk beliau telah meninggal dunia pada 21 Nov 2010
4. Pn Mahani Musa _ Nenek beliau telah meninggal dunia pada 22 Nov 2010

Didoakan semoga allahyarham & allahayarhamah ditempatakan dikalangan orang-orang yang beriman dan semoga Allah beri ketabahan,kesabaran dan kekuatan buat kaum keluarga dalam menerima kehilangan...ujian dari Allh SWT.

Liqa' Fikri DMPKR Siri-5

Liqa' Fikri Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau untuk Siri yang ke-5 2010 akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 27 November 2010
Masa: Selepas Maghrib (8.00 malam)
Tempat: Pasti Al-Hikmah , Taman Tuanku Jaafar
Naqibah: Prof. Madya Dr. Asiah Ali (Exco DMPP & AJK Lujnah Tarbiyyah PAS Pusat)

Tajuk: TARBIYAH RUHIYYAH ASAS KEKUATAN

Semua pimpinan & ahli muslimat Rembau, guru-guru Pasti Rembau, serta isteri pimpinan dijemput hadir.

Monday, November 15, 2010

Jadual Harian

Masa saya dan suami agak kurang bersama anak-naka disebabkan kami berdua bekerja di KL dan waktu yg sama terlibat dengan program jamaah. Syukur kerana Ain banyak membantu monitor adik-adiknya di rumah.
Nani sedang sibuk mengira point yg diperolehinya untuk bulan Oktober

Suami pula telah membuat jadual harian untuk melihat aktiviti anak-anak terutamanya dari segi solat dan mengaji. Nampak mereka cukup bersemangat bila aktiviti dan ibadah yg dilakukan mendapat sedikit 'reward' & 'recognition' dari Ummi dan Babah.

Setiap hari, anak-anak akan update jadual masing2 dan bersikap jujur dengan apa yg mereka lakukan. Suami akan 'reward' anak-anak dengan 10sen untuk setiap point yg berjaya dibuat. Lagi banyak point...lagi banyak 'reward' yg mereka akan terima setiap bulan. Jika mereka nak beli sebarang permainan, alat tulis...masing2x akan kumpul duit sendiri berdasarkan 'reward' yg di perolehi setiap bulan. Dengan cara itu masing2x berlumba2x nak buat ibadah...solat, mengaji, mengemas dll. Masing-masing excited nak tunjukkan dengan Ummi dan Babah...siapa yg paling rajin.InsyaAllah...mudah-mudahan mereka dapat motivasi utk jadi hamba yg soleh dan solehah.

Raikanlah anak-anak

Nani menerima hadiah drp En Zul semasa program konvokesyen Pasti Kawasan Seremban
Memang banyak bezanya antara anak sulung dan anak ke-2. Anak sulung, Ain lebih berdikari dan tekun dalam pelajaran. Anak ke-2 kurang fokus meskipun ku lihat dia lebih kreatif berbanding anak pertama. Walau apapun setiap anak2x ada kekuatannya yang tersendiri. Kita sebagai ibubapa seharusnya tidak membezakan anak-anak. Raikan mereka seadanya dan beri galakan kepada mereka untuk berjaya. Ianya bukan setakat cemerlang akademik...YANG PALING PENTING cemerlang AKHLAK & IBADAHNYA kepada Allah SWT.Alhamdulillah, meskipun Nani kurang fokus dalam pelajaran dan agak malas membaca. Allah izinkan Nani mendapat no2 dlm kelas dan no2 dalam keseluruhan 3 kelas 5 tahun yg lain di Pasti Al Islamiyyah. Seronoknya Nani bila dapat hadiah dan dipuji. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah beri kelapangan dan memudahkan urusan anak-anak Ummi dalam menuntut ilmu. Ameen.

Saturday, November 6, 2010

PERASAAN VS TERPERASAN

Buang ketepi seketika segala PERASAAN malas, kecil hati, terasa hati dan lain2x perasan -ve dalam diri. Jika kita nak berjaya jgn mudah TERPERASAN yg kita dah buat mcm2x perkara dan usaha. Semuanya masih tak cukup jika PERASAAN & TERPERASAN yg kita dah buat banyak perkara.

Renung-renungkanlah setiap kekalahan, kelemahan, kekurangan dalam gerak kerja organisasi. Sebelum kita menunding jari kepada ahli akar umbi adalah wajar tunding jari kepada diri sendiri. Adakah kita ini mempunyai PERASAAN dan JIWA BESAR untuk merubah suasana yg ada? atau mungkin kita hanya TERPERASAN kita dah buat pelbagai perubahan?

Ya Allah...berilah kekuatan, berilah petunjuk, bimbinglah aku...jgn sampai setiap detik waktu berlalu ini aku jauh dariMU. Kayakanlah jiwaku dengan PERASAAN yg sentiasa yakin dan mensyukuri setiap sesuatu yg Engkau tentukan untuku. Kayakanlah PERASAAN ku dengan sikap belas dan kasihan kepada yg memerlukan.

Thursday, November 4, 2010

Siapakah SAKSI ku?

Seringkali ku terfikir dan merenung kembali kelemahan diri yg acapkali tak dapat memenuhi undangan. Yg paling ku takuti ialah tak mampu menghadiri undangan /jemputan Ilahi utk program2x / aktiviti2 jamaah. Memang letih...memang penat...lebih2x lagi dalam keadaan berbadan dua.

Tapi adakah alasan2x yg ku beri itu mampu menjadi saksiku di akhirat kelak pabila berhadapan dengan Maha Pencipta.

1. Jika ku katakan "aku tak larat sebab mengandung"....adakah anak dlm perut ini bisa menjadi SAKSI menjawab setiap satu pertanyaan nanti?
2. Jika ku katakan "kakiku sakit" ....adakah kakiku bisa menyelamatkan aku dan menjawab bagi pihakku nanti?
3. Jika ku katakan " masaku penuh sangat...sibuk..." adakah masa yg ku katakan tadi bisa menjadi SAKSI di akhirat kelak?
4. Jika ku katakan "anak-anakku tak sihat dan memerlukan Umminya"...mampukah anakku membelaku nanti jika ditanya dihadapan Ilahi?

Bila difikirkan...siapakah yg boleh menjadi SAKSI utk setiap perbuatan/perkataan yg kita lakukan pada hari ini selain diri kita sendiri. Sering ku nasihati diri sendiri agar tidak beralasan meskipun hakikatnya fikiran kita sering beralasan dalm memenuhi janji Ilahi. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan untuk diri ku, suamiku, keluargaku dan sahabat2xku. Ameen

Wednesday, October 20, 2010

TAWARAN IBADAH KORBAN 1431H

PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1431H
Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi , Negeri Sembilan
Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan
- Memberi peluang kepada mereka yang mampu untuk menyertai ibadah korban

Maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942 atau e-mel mtdparoi@yahoo.com

1 Bahagian RM 350.00 (Lembu)
Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

Tuesday, October 19, 2010

Laman web PASTI AL-AIN


Terima kasih kepada semua yang menjayakan gotong royong Pasti Al-Ain pada 3 Oktober yg lepas. Maklumat lanjut dan perkembangan terkini Pasti Al-Ain di http://pasti-al-ain.blogspot.com/

Tuesday, October 12, 2010

Moga mak selamat pergi dan kembali

10.10.10, jam 5.00 pagi kami telah berada di kompleks Tabung Haji untuk menghantar emak Aziah bt Ahmad ke tanah suci. Tenang ,bersih dan berseri-seri wajah mak bila mendapat jemputan Ilahi untuk mengerjakan ibadah haji.
"Mak...ampunkan dosa Wani. Tolong doakan wani dan kami sekeluarga agar dipermudahkan Allah dalam segala urusan. Mak jaga diri dan kesihatan baik-baik ye" Rasa sayu bila memeluk emak untuk kali terakhir sebelum emak bertolak. Meskipun hanya emak mertua, aku bersyukur mendapat kasih sayang mak dan adanya maka maka aku mendapat seorang suami anugerah yg tidak ternilai dari insan yg bergelar mak. Kebaikan yg ada pada suami adlah dari mak jua....

Moga Allah permudahkan urusan emak disana dan semoga emak mendapat haji yg mabrur. Sempat ku berbisik dan menggenggam erat tangan suami pabila melihat ramainya org yg berpeluang ke tanah suci. "Bila agaknya kita akan terima jemputanNya..." " insyaAlllah...doakan ada rezeki dan kelapangan, kita akan ke sana".

Jauh disudut hati rasa cemburu yg teramat sangat melihat mereka yg telah mendapat kad undanganNya terlebih dahulu. " InsyaAllah...moga akan sampa masanya untukkku dan suami ke sana.Ameen...."

Wednesday, September 29, 2010

Kehilangan

Di tempat kerja, seorang rakan sekerja telah pergi mengadap Ilahi....Yang paling menyedihkan hati saya apabila 5 orang anak-anakna yg masih kecil telah hilang kasih seorang yg bergelar ibu. Bila memandang anak-anaknya...terbayang akan wajah anak2x yg berada didepan mata. Sering saya berpesan kepada kak long supaya menjaga adik-adiknya dengan baik sekiranya Ummi dah tiada. Bulan ini memang banyak sungguh peristiwa kehilangan insan yang tersayang... Bersediakah kita sekiranya kita diuji dengan kehilangan ini.
Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud:
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”

Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah.


Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud:
“Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”


Buat kita yang masih hidup, kematian sepatutnya menjadi iktibar untuk kita sentiasa beringat mengenai kehidupan yang sementara, cuma tiada apa yang dibanggakan dengan kehidupan dunia, sebaliknya ibadah dan takwa juga yang merencanakan kebahagiaan di akhirat sana. Sering saya berdoa semoga tidak diuji dengan sesuatu perkara yang tidak mampu saya hadapinya lebih-lebih lagi dalam keadaan berbadan dua ini....emosi seringkali terganggu pabila menerima berita2x yg menyayat hati. Moga Allah beri kekuatan kepada semua insan yg pernah merasai erti sebuah KEHILANGAN.

Ziarah bukan setakat open house sahaja

Telah lama rasanya tidak mencoretkan kata2x di ruangan ini. 'Mood' raya semakin rancak dimana2x sahaja dan acapkali saya tidak berkesempatan untuk menziarahi saudara mara dan sahabat2x terdekat. Tambahan pula pada hari raya ke-5, kami suami isteri dah mula bekerja. Meskipun begitu... hampir setiap hari dan minggu menerima tetamu dan waktu yg terbatas kami sempat juga menziarahi rumah jiran tetangga. Yang paling menyeronokkan dipagi raya ialah pabila dapat bermaafan dan mencium tangan insan yang tersayang. Suami, mak , ayah...bahkan mak mertua sendiri adalah insan yg cukup bermakna buat saya. Insan2x tersayang inilah yang sentiasa membahagiakan hidup saya disamping anak2x.....kurniaan Allah yang tidak ternilai. Syukur yg tidak terhingga ke sisi Allah kerana masih menemukan saya dengan ketenangan Syawal pada tahun ini. Raikanlah mereka dan bahagiakanlah mereka selagi semuanya berada di sisi kita.
Kadang kala saya melihat ada antara kita yg tunggu 'open house' maka barulah nak berkunjung ke rumah jiran tetangga dan sahabat....hendak tunggu orang hantar undangan maka baru nak datang rumah. Saya tertarik dengan program Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan yg menziarahi semua AJKnya dan pendekatan ala 'road show' sekurang-kurangnya dapat mengeratkan silaturrahim sesama AJK. Kaedahnya cukup simple, satu mlm mereka akan cuba ziarah 4-5 buah rumah AJK. Yg penting bukannya makan tetapi ZIARAH dan saling kenal mengenal kehidupan setiap AJK.
Moga kita semua ini tidak terikat dengan budaya 'open house' dan malas menjejaki kaki ke rumah2 jiran tetangga dan sahabat.Buatlah perubahan dan suburkan amalan ziarah sesama kita.

Tuesday, September 14, 2010

Bayar hutang dengan membunuh

MasyaAllah...kronik sangatkah Malaysia? Derita sangatkah rakyat sekarang sehingga sanggup membunuh jiran sendiri semata-mata nak bayar hutang kereta & rumah? Jika semua orang yg berhutang di Malaysia ambil jalan mudah seperti ini untuk bayar hutang maka tidak hairan kes-kes jenayah makin bertambah. Rakyat makin susah....gaji makin kecil dan perbelanjaan serta kos hidup makin bertambah. Soal agama terpaksa di tolak ke tepi....yang penting ada duit. Soal halal haram semakin ditinggalkan. Ya Allah makin jauhnya manusia hari ini dengan agama. Kerana hutang mereka sanggup korbankan nyawa yang tidak berdosa. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Polisrungkaikespembunuhanustazahdananak/Article SEREMBAN: Polis merungkai kes pembunuhan seorang ustazah dan anaknya di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka.Jirannya iu seorang lelaki berumur 34 tahun dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35 dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.
Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan membunuh.
"Jiran mereka dipercayai mempunyai masalah kewangan selepas tidak mendapat kontrak pemasangan paip gas sejak beberapa lama. Hasil samun terhadap mangsa digunakan untuk membayar pembayaran suspek yang tertunggak seperti pembayaran rumah, kereta dan sebagainya," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Antara barangan yang disamun suspek ialah dua utas rantai tangan, seutas rantai leher serta loket, wang tunai, komputer bimbit, alat permainan milik anak mangsa dan tiga telefon bimbit.
Suspek kemudian ditahan di rumah neneknya di Port Dickson pada 5 September lalu.
Osman berkata, lelaki itu memang mengenali mangsa kerana dia tinggal bersebelahan dengan rumah mangsa. "Lelaki terbabit dikatakan memperdaya mangsa kononnya rumahnya terkunci dan mahu memasuki rumahnya melalui dapur mangsa. Mangsa kemudian membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumahnya. "Sebaik sahaja masuk, lelaki terbabit menghentak mangsa dengan sikunya dan anak mangsa yang melihat kejadian itu menjerit yang turut didengar oleh jiran mangsa yang lain tetapi tetapi tidak diendahkan," katanya.
Osman berkata, kedua-dua anak beranak itu kemudian ditutup kepala mereka dengan kain sebelum dihumban ke dalam bilik air. Kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas. Polis turut mendapati kesan kecederaan pada kemaluan mangsa.

Mayat kedua anak beranak itu ditemui oleh rakan Norliza yang datang ke rumahnya pada keesokan hari selepas kejadian. Suami mangsa ketika kejadian sedang berada di luar negara.-Bernama

Tuesday, September 7, 2010

Jejak Ukhuwah Ramadhan (JUR) Siri 5

JUR siri 5 telah melabuhkan tirainya pada sesi agihan Ahad lepas 5 September 2010. Alhamdulillah, rami petugas dikalangan pemuda dan muslimat yg turun. En Hassan mensasarkan 100 buah keluarga dan kami berpecah kepada 4 team. Saya bersama Pn Mahani, isteri YB, Pn Masitah dan Pn Rashidah telah ditugaskan ke Flat Casuarina. Ramai penerima adalah dikalangan warga emas yang menghidapi sakit kronik.
Meskipun menghidapi penyakit stroke, wanitaini cukup tabah mencari rezeki dengan membuat kuih raya dirumah...
Nenek Siti yang cukup tabah menjaga 3 orang cucunya yang yatim piatu.
Sikecil ini cukup gembira pabila menerima duit raya. Ya Allah...peliharalah ke tiga-tiga anak ini. Pemudahkanlah urusan mereka.
Ada juga penerima di kalangan ibu tunggal, bapa tunggal dan yang paling menyedihkan ialah 3 orang anak yatim yang kematian ibu dan ayah. Ayahnya meninggal akibat sakit jantung manakala ibunya meninggal akibat kanser. Kasihan melihat si kecil yg berusia 4 tahun yang telah menjadi yatim semenjak usia 2 tahun. Mereka 3 beradik ini dijaga oleh datuk dan nenak yg telah uzur dan menetap dirumah ibu saudara mereka di Taman Casuarina. Pihak MTD Paroi telah menyumbangkan sedikit barangan dan bantuan kewangan untuk membeli keperluan anak yatim ini.
Di kesempatan bulan yg mulia ini marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT melimpahkan kebahgian, keceriaan dan kegembiraan kepada semua anak yatim di seluruh dunia. Meskipun ada antara mereka yg mewah menerima sumbangan menjelang raya NAMUN ianya tidak sama dengan nilai belaian dan kasih sayang seorang ibu dan ayah. Sayangilah mereka dan doakanlah mereka....

Saturday, September 4, 2010

Jejak Ukhuwah Ramadhan Siri 4

Minggu lepas Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau sekali lagi telah turun untuk siri ke-4 Jejak Ukhuwah Ramadhan (JUR). Minggu lepas pihak kami telah menyampaikan sumbangan kepada 60 buah keluarga.
Pn Fauziah mengagihkan duit raya kepada anak-anak di Flat Taman Cengal Utama

En Hassan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal
Sumbangan meliputi 2 taman iaitu Flat Taman Cengal Utama dan Flat Senawang. Alhamdulillah...di Flat Senawang rombongan kami diraikan oleh ramai anak-anak disana. Mereka telah membantu team kami menunjukkan jalan rumah penerima-penerima sumbangan.

Friday, September 3, 2010

20orang anak yatim dirai

Syukur Alhamdulillah...semalam saya dan suami sempat menghadiri majlis berbuka puasa di Ancasa AllSuites Resort & SpaPort Dickson mewakili Yayasan Amal Malaysia. Seramai 32 orang anak-anak yatim telah diraikan bermula program pada petang semalam. 12 orang anak yatim adalah dari Rumah Anakku Sayang di bawah kelolaan Ustazah Rokyah dan 20 orang lagi adalah anak-anak yatim dari Rumah Flat Sri Perdana Senawang yang diuruskan oleh En Hassan atas nama Yayasan Amal Malaysia.

Anak-anak ini tersenyum riang...disamping dapat baju baru mereka juga mendapat duit raya dari Pihak Pungurusan Uda Holdings.
Saya sempat berbual panjang dengan Pn Azimah, orang penting dari Ancasa AllSuites Resort & SpaPort Dickson yang banyak membantu menjayakan program ini. InsyaAllah....program CSR untuk masyarakat khusunya anak yatim adalah merupakan program suku tahunan yang sering diadakan oleh pihak resort. Cuma tahun ini pendekatan mereka agak berbeza kerana mereka akan lebih khusus mencari orang perseorangan dan 'menjejaki' anak-anak yatim serta golongan susah. Justeru, mereka amat perlukan senarai nama dan bantuan dari NGO-NGO. Alhmadulillah...dengan izinNya saya dipertemukan dengan Pn Azimah dalam ruangan siber.
Sempat beramah mesra dengan Pn Noraini Abas, salah seorang penjaga kepada anak-anak yatim ini.

Anak-anak ini cukup seronok dapat makan makanan yang mewah-mewah...rasanya ini pertama kali mereka menjejakkan kaki ke resort.


" Boleh habis ke ni.....?"
Boleh acik...tak baik membazir. Kitaorang akan habiskan....


Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Resort kerana membantu menceriakan dan membahagiakan anak-anak yatim ini. Di doakan pihak syarikat dan kakitanganya diluaskan pintu rezeki, dipermudahkan segala urusan dipanjangkan umur dan beroleh keberkatan serta kebahgian di dunia dan akhirat. Semoga usaha yg sedikit ini mendapat ganjaran pahala yg berlipat ganda di sisiNya.

Keceriaan mereka..kebahgian kita

Petang semalam saya bersama isteri YB Taufek, Pn Mahani dan AJK Pemuda Safrizal telah berkesempatan meraikan 4 daripada 7 org anak yatim yang tinggal di Flat Sri Perdana Senawang untuk membeli baju raya. Program anjuran DMPKR bersama DPPKR ini bertujuan untuk membantu anak-anak yatim yang telah dikenalpasti yg terlalu memerlukan bantuan.
Alhamdulillah, jam 3.45 petang kami tiba di KM Plaza Seremban dan memilih pakaian untuk anak-anak ini. Mereka cukup ceria dan seronok dapat mengenakan baju baru. Harga disini pun berpatutan dan kami mendapat diskaun dari kedai Feshen Impian Baiduri. Tuan Kedai juga turut memberi hadiah percuma keronsang,butang baju Melayu dan anak tudung kepada anak-anak yatim ini.

Adik Syuhada cukup ceria dapat mencuba baju rayanya...warna merah jadi pilihan hati adik Syuhada.

Si kembar Nazim & Nizam juga berpeluang mendapat pakaian lengkap baju Melayu dan sehelai samping serta kopiah.

Pihak Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau & Dewan Pemuda PAS Kawasan rembau mengucapkan terima kasih kepada semua dermawan yang membantu. Semoga keceriaan anak-anak ini dalam menyambut Hari raya akan turut memberi motivasi baru kepada mereka untuk berusaha bersunggh-sungguh dalam pelajaran dan menjadi anak yang soleh dan solehah.Ameen... (saya kagum melihat adik Nizam yg sentiasa membawa Al-Quran tafsir bersamanya...yg menjadi teman setianya InsyaAllah)

Wednesday, September 1, 2010

Kambing Boer untuk jamuan Raya

Saya dan ayah ada mengusahakan ternakan kambing Boer secara kecil-kecilan. Alhamdulillah, baka 3 ekor yang kami beli daripada seorang pengusaha di Lubuk Cina hampir 3 tahun yang lepas membuahkan hasil. Kini bilangannya 31 ekor dan kambing Boer saiznya lebih besar berbanding kambing kampung. Setiap hari kambin ini dilepaskan dan sekali sekala kami memberi makanan vitamin tambahan.
Memelihara dan menjaga kambing ini satu aktiviti yang cukup menyeronokkan. Sejak berusia 7 tahun lagi saya memang dah dilatih menjaga kambing sehinggalah usia 11 tahun. Masa itu kawan rapat kami adik beradik adalah kambing. Kalau kambing sakit maka kamilah 'doktor' yang merawatnya. Jika kambing hilang kamilah jadi 'polis' yang mencarinya diserata ceruk kampung. Cuma sedih sekali ketika penyakit menyerang dimana hampir semua kambing kampung yang kami pelihara mati....
Bila ayah dah pencen, saya utarakan semula hasrat untuk memelihara kambing dan Alhamdulillah ayah bersetuju untuk menjaganya. Anak-anak pun cukup seronok apabila dapat pulang ke kampung melihat kambing Boer mereka. Sedikit maklumat tentang kambing Boer boleh dibaca disini.

Sempena Hari Raya ini saya ingin mempromosikan daging kambing Boer ini terutamanya untuk mereka yang ingin membuat jamuan 'open house'. Harga sekilo daging kambing Boer dipasaran ialah RM18 tetapi kami akan beri harga promosi RM15 sekilo. Seekor kambing Boer yang cukup umur untuk aqiqah boleh mencecah berat purata 35-45kg. Bagi yang saiz sederhana, beratnya lebih kurang 25-35kg. Baka kambing juga ada dijual. Jika berminat boleh hubungi saya Pn Wani 013-3851202.