Saya dan ayah ada mengusahakan ternakan kambing Boer secara kecil-kecilan. Alhamdulillah, baka 3 ekor yang kami beli daripada seorang pengusaha di Lubuk Cina hampir 3 tahun yang lepas membuahkan hasil. Kini bilangannya 31 ekor dan kambing Boer saiznya lebih besar berbanding kambing kampung. Setiap hari kambin ini dilepaskan dan sekali sekala kami memberi makanan vitamin tambahan.
Memelihara dan menjaga kambing ini satu aktiviti yang cukup menyeronokkan. Sejak berusia 7 tahun lagi saya memang dah dilatih menjaga kambing sehinggalah usia 11 tahun. Masa itu kawan rapat kami adik beradik adalah kambing. Kalau kambing sakit maka kamilah 'doktor' yang merawatnya. Jika kambing hilang kamilah jadi 'polis' yang mencarinya diserata ceruk kampung. Cuma sedih sekali ketika penyakit menyerang dimana hampir semua kambing kampung yang kami pelihara mati....
Bila ayah dah pencen, saya utarakan semula hasrat untuk memelihara kambing dan Alhamdulillah ayah bersetuju untuk menjaganya. Anak-anak pun cukup seronok apabila dapat pulang ke kampung melihat kambing Boer mereka. Sedikit maklumat tentang kambing Boer boleh dibaca disini.
Sempena Hari Raya ini saya ingin mempromosikan daging kambing Boer ini terutamanya untuk mereka yang ingin membuat jamuan 'open house'. Harga sekilo daging kambing Boer dipasaran ialah RM18 tetapi kami akan beri harga promosi RM15 sekilo. Seekor kambing Boer yang cukup umur untuk aqiqah boleh mencecah berat purata 35-45kg. Bagi yang saiz sederhana, beratnya lebih kurang 25-35kg. Baka kambing juga ada dijual. Jika berminat boleh hubungi saya Pn Wani 013-3851202.
No comments:
Post a Comment