Syukur Alhamdulillah...semalam saya dan suami sempat menghadiri majlis berbuka puasa di Ancasa AllSuites Resort & SpaPort Dickson mewakili Yayasan Amal Malaysia. Seramai 32 orang anak-anak yatim telah diraikan bermula program pada petang semalam. 12 orang anak yatim adalah dari Rumah Anakku Sayang di bawah kelolaan Ustazah Rokyah dan 20 orang lagi adalah anak-anak yatim dari Rumah Flat Sri Perdana Senawang yang diuruskan oleh En Hassan atas nama Yayasan Amal Malaysia.
Anak-anak ini tersenyum riang...disamping dapat baju baru mereka juga mendapat duit raya dari Pihak Pungurusan Uda Holdings.
Saya sempat berbual panjang dengan Pn Azimah, orang penting dari Ancasa AllSuites Resort & SpaPort Dickson yang banyak membantu menjayakan program ini. InsyaAllah....program CSR untuk masyarakat khusunya anak yatim adalah merupakan program suku tahunan yang sering diadakan oleh pihak resort. Cuma tahun ini pendekatan mereka agak berbeza kerana mereka akan lebih khusus mencari orang perseorangan dan 'menjejaki' anak-anak yatim serta golongan susah. Justeru, mereka amat perlukan senarai nama dan bantuan dari NGO-NGO. Alhmadulillah...dengan izinNya saya dipertemukan dengan Pn Azimah dalam ruangan siber.
Sempat beramah mesra dengan Pn Noraini Abas, salah seorang penjaga kepada anak-anak yatim ini.
Anak-anak ini cukup seronok dapat makan makanan yang mewah-mewah...rasanya ini pertama kali mereka menjejakkan kaki ke resort.
" Boleh habis ke ni.....?"
Boleh acik...tak baik membazir. Kitaorang akan habiskan....
Anak-anak ini cukup seronok dapat makan makanan yang mewah-mewah...rasanya ini pertama kali mereka menjejakkan kaki ke resort.
" Boleh habis ke ni.....?"
Boleh acik...tak baik membazir. Kitaorang akan habiskan....
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Resort kerana membantu menceriakan dan membahagiakan anak-anak yatim ini. Di doakan pihak syarikat dan kakitanganya diluaskan pintu rezeki, dipermudahkan segala urusan dipanjangkan umur dan beroleh keberkatan serta kebahgian di dunia dan akhirat. Semoga usaha yg sedikit ini mendapat ganjaran pahala yg berlipat ganda di sisiNya.
No comments:
Post a Comment