Sunday, June 15, 2008

Kursus Tau Fu Fa Siri -2

Alhamdulillah, semlaam seramai 20 org muslimat telah menghadiri Kursus membuat air soya dan tau fu fa yang dianjurkan oleh muslimat dun Paroi secar percuma di perkarangan Surau Taman Desa Ixora.

Kaum ibu ini penuh kusyuk mengikuti demostrasi membuat air soya yang diajar oleh Cik Nor
Kursus ini telah diajar oleh Cik Norizan yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur. Menurut Cik Nor, perniagaan air soya dan tau fu fa ini sungguh menguntungkan dimana dengan modal Rm1.50 untuk 1 kg kacang soya mampu menghasilkan 10liter air soya atau 10 kg tau fu fa. Dengan menggunkan teknologi mesin khas ini yang kian mendapat sambutan di kalangan wanita dan ibu tunggal di Kedah, mesin ini mampu memproses kacang soya 1kg dengan hanya 10 minit sahaja.

Banyak petua yang perlu diamalkan untuk menghasilkan kualiti soya yang baik. Nampakanya kursus ini perlu diteruskan lagi kerana permintaan yang cukup tinggi dikalangan kaum wanita yang tidak berkesempatan untuk hadir.Kursus yang seterusnya - Siri ke-2 akan diadakan seperti berikut;
Tarikh: 21 Jun 2008
tempat: Pasti Hidayah, Apartment Seroja, Taman Tasik jaya
Masa: 2.30 petang
Semua wanita dijemput hadir untuk menambahkan ilmu dalam masakan. Selamat mencuba!

3 comments:

HIGOAT SUCCES TEAM said...

salam cik nor,cm mane sy nk berhubung n puan,coz saya berminat nak blaja buat air soya n tau fu fah ni..my email altair.junior33@gmail.com
azes 0193691906

lina alli said...

ada lg kew kursus camni. klau ada sy nak le juga... email kat sy lina.amona@yahoo.com talipon 0122025185

Unknown said...

Salam c.nor.saya berminat utk menyertai kursus ini.macam Mana nak berhubung dgn c.nor.tlh hubungi Saya 013 6665076