sewaktu program bersama muslimat pusat.
Esok genap 2 tahun pemergian Pn Faridah Ismail , mantan Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan yang pergi meninggalkan kita semua pada 21 Mei 2006/23 Rabiulakhir 1427 . Sejarah yang terukir di Muktamar Agung Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan kali ke -18 masih terukir dalam ingatan.
Selepas peristiwa bersejarah itu banyak peristiwa pahit manis yang berlaku dan semuanya perlu dijadikan pengajaran dan iktibar kepada kita semua yang masih lagi diberikan kudrat dan nyawa oleh Allah SWT untuk hidup dimuka bumi ini. Ketelusan dan keihklasan Pn Faridah satu ketika dahulu dalam membimbing muslimat di NS amat sukar dicari ganti sehingga kini. Muslimat seolah-olah seperti ibu kehilangan anak. Namun Alhamdulillah, semenjak Allah limpahkan kemenangan di bumi Paroi, bibit-bibit 'cinta' dan toleransi semakin mekar. Keintiman dan ukhuwah ini perlu sentiasa dipupuk bagi mengelakkan sebarang persepsi yang tidak baik.
Program pemantapan muslimah yang lepas membuktikan semua muslimat mampu berganding bahu melaksanakan yang terbaik untuk Islam. Sesunguhnya tiada apa yang kita cari dalam perjuangan ini melainkan keredhaan dan kasih sayang Allah. Marilah kita sama2x menginfa'kan diri dan berjuang bersungguh-sungguh dan mancontohi Pn Faridah yang begitu cekal dan tabal sehingga akhir hayatnya untuk perjuangan Islam. Marilah kita sama-sama mendoakan beliau agar beliau senantiasa bersama limpahan kasih sayang dan rahmat Allah SWT, Al Fatihah.
"Ya Allah, dimanakah aku disisiMu...Moga Engkau pandu aku Ya Allah ke jalan yang benar dan usah sesekali Engkau campakkan aku di jalan orang-orang yang lalai dan berseronok dengan nikmat dunia"
No comments:
Post a Comment