Tuesday, May 20, 2008

DIBI PROGRAMME?

APAKAH DIBI?

Dari Ibu Buat Ibu

Merupakan satu program yang di rangka khusus untuk semua ibu-ibu dan kaum wanita di Rembau amnya dan di Paroi khususnya. Program ini merupakan projek Muslimat Rembau untuk membantu semua ibu tunggal yang memerlukan sumber pendapatan. Program Dari Ibu...(ibu tunggal)...Buat Ibu (ibu-ibu bekerja) dapat membantu kaum wanita yang bekerja untuk meringankan tugas menguruskan rumahtangga.

BAGAIMANA CARANYA?

Ibu tunggal ini diupah dengan bayaran RM10 satu jam untuk membantu anda (para wanita bekerja) yang tidak mempunyai pembantu rumah untuk melakukan kerja-kerja rumah. Antara tugas yang ditawarkan ialah membasuh pakaian,melipat pakaian, menggosok pakaian dan mengemas rumah pada hujung minggu. Kekerapan ialah 1-2 kali seminggu.

Para ibu bekerja yang berminat untuk mendapatkan pembantu hujung minggu yang terdiri di kalangan ibu tunggal ini boleh menghubungi ;
Pn Norwani -013-3851202
Pn Zarina 013-3098779

Kami akan menyediakan surat akujanji untuk memastikan tidak berlaku sebarang kesulitan sewaktu ibu tunggal ini bekerja di tempat anda dan gaji mereka dibayar 'SEGERA' selepas tugas selesai. Sebagi contoh jika mereka bekerja selama 5 jam seminggu maka RM50 akan dibayar kepada mereka sebaik sahaja tugas selesai.

Kami akan cuba mendapatkan ibu tunggal di kawasan taman yang berhampiran dengan rumah anda untuk bekerja dengan anda.Secara tidak lansung ia membantu meringankan beban kewangan bagi ibu tunggal ini , di samping dapat membantu anda menguruskan rumah tangga dengan lebih sistematik dan teratur. Ganjaran pahala menanti anda sekiranya memberi sokongan untuk program DIBI bagi membantu ibu tunggal yang dianggarkan melebihi 100 orang di sekitar Dun Paroi. Marilah membnatu mereka secara tidak lansung.

Pihak Dewan Muslimat Rembau, berharap agar program DIBI ini menjadi satu suntikan semangat kepada ibu-ibu tunggal dan ibu yang ditinggalkan untuk meneruskan hidup mereka mencari nafkah yang halal bagi membesarkan anak-anak. Bagi kita yang bernasib baik, marilah membantu mereka dan anggaplah mereka seperti kakak, ibu dan saudara yang perlu dibantu. Layanlah mereka dan sayangilah mereka seadanya.Moga usaha yang sedikit ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

No comments: