Sedikit coretan perjalanan Rombongan MTD Paroi ke Kedah pada 23 Mei – 25 Mei 2008
23 Mei 2008
Rombongan MTD Paroi yang diketuai oleh YB Hj Mohamad Taufek Abdul Ghani bertolak dari Pusat Khidmat ADUN Paroi pada jam 10.45 malam. Rombongan 3 bas (lebih kurang 120orang); turut disertai oleh Pengarah MTD PAroi- Sdr Hassan Tamby, Ketua Pemuda Pas Kawasan Rembau- Sdr Hj Shukri Habeeb, Bendahari pemuda Pas NS - Sdr Sufian Ibrahim, Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau - Pn Norwani & Tim Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau - Pn Nurdiana.
23 Mei 2008
Rombongan MTD Paroi yang diketuai oleh YB Hj Mohamad Taufek Abdul Ghani bertolak dari Pusat Khidmat ADUN Paroi pada jam 10.45 malam. Rombongan 3 bas (lebih kurang 120orang); turut disertai oleh Pengarah MTD PAroi- Sdr Hassan Tamby, Ketua Pemuda Pas Kawasan Rembau- Sdr Hj Shukri Habeeb, Bendahari pemuda Pas NS - Sdr Sufian Ibrahim, Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau - Pn Norwani & Tim Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau - Pn Nurdiana.
Seperti dalam ucapan YB Taufek, betapa sukarnya untuk kami menang di Paroi dan begitu juga sukarnya rombongan kami untuk sampai ke negeri Kedah. Pelbagai rintangan dan ujian yang diterima oleh pihak rombongan. Rombongan sepatutnya bertolak jam 10.00 malam tetapi tertunda dengan masalah teknikal bas. Tidak cukup dengan itu, bas turut mengalami masalah teknikal dalam perjalanan sehingga kami tiba di Pondok Derang pada jam 10.30 pagi. Bas No.1 mengalamai masalah penghawa dingin yang menyebabkan keadaan bas seperti ‘sauna bergerak’. Penumpang wanita diminta pindah ke bas No2 dan No3. Bas No 1 rata-rata terdiri daripada anak-anak muda yang terpaksa menahan panas sehingga sampai ke Kedah. YB Taufek sendiri menjadi penumpang dan sama-sama merasai kesusahan yang dihadapi penumpang-penumpang bas No.1. Disebabkan selalu berhenti, kami tiba di Kedah jam 10 pagi dan sarapan kami pada jam 10.30 pagi.
Kami berkampung dan tidur di Pondok Derang dan ianya merupakan satu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan terutamanya kedinginan air kolah dan ketenangan di kawasan berkenaan. Di pihak muslimat kami telah mengadakan program ta’aruf dan kuiz sesama muslimat yang di atur oleh Pn Nurdiana, Timbalan ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau. Hadiah pemenang kuiz telah disampaikan oleh isteri YB Taufek, Pn Mahanem Musa.
Di sebelah malam kami telah dijamu dengan makan malam yang cukup istimewa oleh UPU Hutan Kampung. Dalam program tersebut YB Taufek telah menyampaikan sedikit ucapan motivasi kepada petugas dan jentera parti yang hadir. Kami turut berkongsi pengalaman dan cerita dengan AJK UPU yang hadir. Sebagai tanda ingatan, pihak MTD Paroi dan Muslimat Paroi telah menyerahkan tandahati kepada wakil UPU dan ketua muslimat UPU Hutan Kampung.
Selesai sahaja makan malam rombongan kami bertolak ke Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, Langgar, Kedah untuk menyaksikan ceramah umum yang terdiri daripada barisan Penceramah iaitu YB. Mohamad Taufek bin Abd Ghani (ADUN Paroi, Negeri Sembilan - Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan), Sdr. Badrul Hisham Shaharin (Calon keADILan P 131 Rembau, Lawan Khairy Jamaludin - AMT PKR),YB. Ahmad bin Kasim (Ahli Parlimen Kuala Kedah), Ustaz Zainul Asri bin Hj. Ramli (Naib Ketua Pemuda PAS Kedah merangkap Ketua Pemuda PAS Pokok Sena), YB Ustaz Ahmad Izzat bin Shauqi (ADUN Bukit Lada - Exco Pemuda PAS Kedah)
25 Mei 2008
Waktu Subuh, masing-masing mendengar kuliah Subuh yang disampaikan oleh mudir di Pondok Derang. Selepas sarapan, kami mengadakan majlis ringas bersama guru-guru dan kakitangan Pondok Derang. Alhmadulillah, lebih RM600 telah dapat disumbangkan hasil sumbangan kilat yang dilancarkan oleh rombongan MTD Paroi bagi membantu pembinaan bangunan tambahan di Pondok Derang. Pihak MTD turut menyampaikan cenderahati tanda ingatan kepada pihak pengurusan Pondok Derang yang telah bersedia melayan dan menyediakan penginapan serta sarapan kami sebagai tetamu. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua. Terima kasih yang tidak terhigga kepada semua di atas layanan baik yang diberikan terutamanya beberapa orang pelajar yang belum pulang bercuti semata-mata ingin menyambut kedatangan MTD Paroi.
Selepas itu rombongan kami dibawa melawat Muzium Padi yang cukup unik rekabentuknya. Pelbagai fakta menarik dan satu ekplorasi yang sukar dilupakan apabila berkunjung ke Muzium Kedah ini. Lebih kurang jam 10.45 pagi kami singgah membeli belah di Pekan Rabu.
Tengahari kami telah bertolak ke Sri mentalon, kediaman rasmi Menteri Besar Kedah.
Rombongan kami bertolak pulang ke Seremban pada jam 4 petang dan kami turut singgah di hentian Bukit Gantang untuk membeli buah-buahan sebagai buah tangan untuk di bawa pulang ke Seremban. Alhamdulillah, rombongan kami selamat tiba di Pusat Khidmat ADUN Paroi pada jam 3.20 pagi. Syukur kepada Allah SWT diatas kurniaan nikmat yang tidak terhingga sehingga terjalinnya ukhuwah erat antara Paroi dan Kedah. Kami berdoa agar PRU-13 nanti, Negeri Sembilan mampu mengikut jejak langkah negeri Kedah.
Lagi 'Tuai Padi antara Masak' yang akan menggamit kenangan kita di Kedah.
No comments:
Post a Comment