Friday, May 16, 2008

Moga Allah Selamat Mereka

Alhamdulillah, malam tadi saya sempat meraikan 27 orang adik-adik usrah saya dalam jamuan makan yang cukup ringkas. Sedikit kata-kata nasihat telah disampaikan oleh Ustaz Saufi sebagai ketua warden sebagai penyuntik semangat kepada mereka. Bagi mereka yang mengambil kursus A-Level, minggu ini adalah minggu terakhir kami berjumpa. Mereka akan terbang ke sana...

" Ya Allah, lindungilah mereka...peliharalah mereka. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan tempat kami bergantung harap. Selamatkan mereka , berkatilah kehidupan mereka, berilah panduan kepada mereka dalam menjalani kehidupan di perantauan...Amin..."
Pesanan saya semoga adik2xini mengambil pengajaran dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari di dalam usrah. Sentiasa bersama sahabat2x dan jangan sesekali tinggalkan usrah apabila sampai disana. Hubungan indah ini tidak akan terputus.... Gunakan teknologi yang ada untuk kita saling berhubung. Mudah-mudahn Allah mudahkan segala urusan mereka dalam menuntut ilmu.

1 comment:

fairuzsallehuddin said...

inysaAllah kak wani. thanksss alot. halalkan segala2 nya. makan, minum dan ilmu yg kak wani limpahkan pada kami. Moga kak wani & keluarga diberkati-Nya. Ameeenn:D

Rinduuu nak usrah ngan kak wani:(