Friday, May 30, 2008

Handphones more dangerous than smoking???

The Star - Wednesday May 28, 2008 MYT 4:52:32 PM
CAP: Handphones more dangerous than smoking
By ANN TAN

GEORGE TOWN: Handphones can be more damaging to health than smoking, the Consumers Association
of Penang (CAP) said.CAP president SM Mohamed Idris said research by award-winning neurosurgeon Professor Dr Vini Gautam Khurana from the United States had indicated that using mobile phones for more than 10 years could double the risk of brain cancer.


Prof Khurana, who has received 14 awards over the past 16 years and has published more than three dozen
scientific papers, had conducted a 15-month "critical review" of the link between mobile phones and malignant
brain tumours. The subject in the study were heavy mobile phone users who had relied on handphones for at least 10 years. "Previous studies which found no evidence of a link between mobile use and an increased risk of cancer often did not include enough long-term mobile phone users in their study samples," Mohamed Idris said. Prof Khurana found that cancer takes at least a decade to develop. "The incidence of malignant brain tumours and associated death rate will be observed to rise globally within a decade from now, by which time it may be far too late to intervene medically," Prof Khurana said in his report. Prof Khurana said smoking kills some five million people worldwide each year, but three billion people now use mobile phones worldwide and the number is growing daily.

Mohamed Idris said children who used mobile phones were at greater risk because they were more susceptible to the radiation than adults. "Parents should not allow their children to use mobile phones and consumers should use the speakerphone function, so that the phone is held more than 20cm away from the head. Use landlines whenever possible," he said.

CAP also urged the Government to take appropriate measures to address the fact that mobile phones could
represent a public health time bomb. "Government should use the mass media and run campaigns to educate and warn the public of the dangers of radiation exposure from mobile phones," Mohamed Idris said.
Prof Khurana has posted the results of his findings on
www.brain-surgery.us and his research paper is currently being peer-reviewed for publication in a scientific journal.

Muslimat Rembau jalin ukhuwah dengan beliawanis

Semalam saya sempat berjumpa dengan Cik Anim, salah seorang beliawanis di Taman Senawang Jaya yang akan menyertai perlawanan bolajaring pada 31 Mei ini di padang Pachor Jaya. Cik Anim ini adalah seorang atlet yang sangat aktif dan beliau merupakan jurulatih untuk permainan bola jaring, futsal dan badminton.

Alhamdulillah, malam tadi saya sempatmenyerahkan sedikit sumbangan daripada Muslimat Pas Kawasan Rembau bagi membiayai kos makanan bagi 12 atlet yang akn bertanding. Orangnya cukup manis dan berbudi bahasa. Beliau turut berminat untuk bersama dengan muslimat Paroi jika ada aktiviti -aktiviti yang melibatkan golongan belia. Satu perkembangan yang cukup baik apabila anak muda yang 'free hair' dan agak 'rockers' tidak segan apabila saya memeluknya dan diajak berbual.

Moga Allah membukakan hati dan memudahkan urusan kami dalam berdakwah.

Tuesday, May 27, 2008

Jika bisa aku luahkan rindu...

Jika bisa aku luahkan rasa rindu
rasa sayang berpanjangan
rasa terpendam kian berzaman
rindu menatap indahnya rupa
rindu mendengar alunan suara
rindu melihat bayangan suria

Jika bisa aku luahkan rasa rindu
yang ku pendam berbulan dulu
entah bila dapat bertemu
cinta kasih sejati yang ku tunggu-tunggu
dan lambaiannya tidak pernah jemu

Jika bisa aku luah rasa cemburu
melihat orang lain menjadi tetamu
dilayan mesra satu persatu
namun aku masih disini
memohon doa moga direstui
aku juga ingin merasai...
indahnya rindu dan cinta pada Ilahi
izinkan hajatku menjejakkan kaki
di bumi tercinta yang suci

Kota Makkah ...nantikan kehadiranku
di bulan Ramadhan kita pasti bertemu
bisakah aku luahkan rindu padamu???
mutiara -22 Jamadil Awal

Pertandingan mewarna untukmu Ibu

Jemput semua untuk menghantar anak-anak kita ke Dataran Senawang pada 31 Mei ini sempena sambutan Hari Ibu 2008 pada jam 9.00 pagi. Ada pertandingan mewarna untuk 2 kategori;
Kategori A ( 4 - 8tahun)
Kategori B(9-12 tahun)

Hadiah menarik, door gift untuk ibu dan cabutan bertuah disediakan. Mari ramai-ramai memeriahkan sambutan Hari Ibu ini.

Monday, May 26, 2008

Manjalin kasih "Paroi - Kedah"

Sedikit coretan perjalanan Rombongan MTD Paroi ke Kedah pada 23 Mei – 25 Mei 2008

23 Mei 2008
Rombongan MTD Paroi yang diketuai oleh YB Hj Mohamad Taufek Abdul Ghani bertolak dari Pusat Khidmat ADUN Paroi pada jam 10.45 malam. Rombongan 3 bas (lebih kurang 120orang); turut disertai oleh Pengarah MTD PAroi- Sdr Hassan Tamby, Ketua Pemuda Pas Kawasan Rembau- Sdr Hj Shukri Habeeb, Bendahari pemuda Pas NS - Sdr Sufian Ibrahim, Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau - Pn Norwani & Tim Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau - Pn Nurdiana.
24 Mei 2008
Seperti dalam ucapan YB Taufek, betapa sukarnya untuk kami menang di Paroi dan begitu juga sukarnya rombongan kami untuk sampai ke negeri Kedah. Pelbagai rintangan dan ujian yang diterima oleh pihak rombongan. Rombongan sepatutnya bertolak jam 10.00 malam tetapi tertunda dengan masalah teknikal bas. Tidak cukup dengan itu, bas turut mengalami masalah teknikal dalam perjalanan sehingga kami tiba di Pondok Derang pada jam 10.30 pagi. Bas No.1 mengalamai masalah penghawa dingin yang menyebabkan keadaan bas seperti ‘sauna bergerak’. Penumpang wanita diminta pindah ke bas No2 dan No3. Bas No 1 rata-rata terdiri daripada anak-anak muda yang terpaksa menahan panas sehingga sampai ke Kedah. YB Taufek sendiri menjadi penumpang dan sama-sama merasai kesusahan yang dihadapi penumpang-penumpang bas No.1. Disebabkan selalu berhenti, kami tiba di Kedah jam 10 pagi dan sarapan kami pada jam 10.30 pagi.

Alhamdulillah, juadah seperti ‘nasi ambang’ yang disediakan oleh Pondok Derang buat kami ketika itu sungguh menyelerakan.

Kami berkampung dan tidur di Pondok Derang dan ianya merupakan satu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan terutamanya kedinginan air kolah dan ketenangan di kawasan berkenaan. Di pihak muslimat kami telah mengadakan program ta’aruf dan kuiz sesama muslimat yang di atur oleh Pn Nurdiana, Timbalan ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau. Hadiah pemenang kuiz telah disampaikan oleh isteri YB Taufek, Pn Mahanem Musa. Lebih kurang jam 2.30 petang kami bertolak ke Komplek Sukan Kedah untuk menyaksikan Sukan Pasti peringkat negeri Kedah. Dalam program tersebut, pemuda-pemuda Dun Paroi telah mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan pihak pengurusan Pasti Kedah. Bagi Muslimat Paroi, kesempatan ini kami gunakan untuk menjual produk dari Paroi, antaranya key chain, pen, buku nota dan produk susu kambing. Alhamdulillah, jualan begitu memberansangkan.

Di sebelah malam kami telah dijamu dengan makan malam yang cukup istimewa oleh UPU Hutan Kampung. Dalam program tersebut YB Taufek telah menyampaikan sedikit ucapan motivasi kepada petugas dan jentera parti yang hadir. Kami turut berkongsi pengalaman dan cerita dengan AJK UPU yang hadir. Sebagai tanda ingatan, pihak MTD Paroi dan Muslimat Paroi telah menyerahkan tandahati kepada wakil UPU dan ketua muslimat UPU Hutan Kampung.

Selesai sahaja makan malam rombongan kami bertolak ke Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, Langgar, Kedah untuk menyaksikan ceramah umum yang terdiri daripada barisan Penceramah iaitu YB. Mohamad Taufek bin Abd Ghani (ADUN Paroi, Negeri Sembilan - Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan), Sdr. Badrul Hisham Shaharin (Calon keADILan P 131 Rembau, Lawan Khairy Jamaludin - AMT PKR),YB. Ahmad bin Kasim (Ahli Parlimen Kuala Kedah), Ustaz Zainul Asri bin Hj. Ramli (Naib Ketua Pemuda PAS Kedah merangkap Ketua Pemuda PAS Pokok Sena), YB Ustaz Ahmad Izzat bin Shauqi (ADUN Bukit Lada - Exco Pemuda PAS Kedah)

25 Mei 2008
Waktu Subuh, masing-masing mendengar kuliah Subuh yang disampaikan oleh mudir di Pondok Derang. Selepas sarapan, kami mengadakan majlis ringas bersama guru-guru dan kakitangan Pondok Derang. Alhmadulillah, lebih RM600 telah dapat disumbangkan hasil sumbangan kilat yang dilancarkan oleh rombongan MTD Paroi bagi membantu pembinaan bangunan tambahan di Pondok Derang. Pihak MTD turut menyampaikan cenderahati tanda ingatan kepada pihak pengurusan Pondok Derang yang telah bersedia melayan dan menyediakan penginapan serta sarapan kami sebagai tetamu. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua. Terima kasih yang tidak terhigga kepada semua di atas layanan baik yang diberikan terutamanya beberapa orang pelajar yang belum pulang bercuti semata-mata ingin menyambut kedatangan MTD Paroi.

Selepas itu rombongan kami dibawa melawat Muzium Padi yang cukup unik rekabentuknya. Pelbagai fakta menarik dan satu ekplorasi yang sukar dilupakan apabila berkunjung ke Muzium Kedah ini. Lebih kurang jam 10.45 pagi kami singgah membeli belah di Pekan Rabu. Memandangkan rombongan kami separuh daripadanya adalah muslimat, maka bab ‘bershopping’ merupakan satu kemestian bagi setiap lawatan. Apa yang menarik di pekan Rabu sepanjang pemerhatian saya ialah kebanyakkan pernigaan dijalankan oleh anak-anak muda sama ada di gerai jualan produk makanan mahupun pakaian. Hampir kesemua restauran di bahagian bawah bangunan tersebut diusahakan oleh anak-anak muda. Masing-amasing sibuk melayan pelanggan tanpa rasa malu dan bersungguh-sungguh dalam tugas. Sesuatu yang patut dicontohi oleh anak muda di NS. Rata-rata muslimat membeli kuih muih dan tidak sah perjalanan sekiranya tidak membeli pulut hitam yang cukup terkenal di Kedah.
Tengahari kami telah bertolak ke Sri mentalon, kediaman rasmi Menteri Besar Kedah. Kami telah dijamu dengan makan tengahari yang cukup enak di samping mendengar taklimat daripada exco kedah mewakili Mentri Besar. Ramai yang memuji keindahan dewan makan dan masing-masing sempat berseloroh kerana di Negeri Sembilan sendiri, kami tidak berpeluang ke kediaman rsami Menteri Besar dan di rai sebegini rupa. Rombongan kami merupakan rombongan ke 22 yang datang ke negeri Kedah selepas Kedah menang di bawah Pakatan Rakyat. Berbanding Kelantan yang sehingga kini telah menerima 127 rombongan semenjak pilihanraya yang lepas, insyaAllah Kedah akan mengikuti jejak langkah Kelantan bagi memastikan sektor pelancongan dan ekonomi semakin berkembang di kedah.

Jam 2.30 petang kami singgah di Muaasasah Darul Ulum dan mengunjungi pusara Almarhum Dato’ Fadhil Nor. Rasa sayu dan hiba apabila mengenangkan ketabahan dan kegigihan Dato’ Fadhil di dalam perjuangan membawa Pas ke mercu kemenganan. Dato’ Fadhil antara insan yang telah berjaya membawa masuk golongan professional untuk bersama membantu perjuangan Islam. Kami berdoa semoga kami semua kekal dalam perjuangan ini dan di berikan kekuatan mengahdapi apa sahaja cabaran yang mendatang. Terasa seperti Dato’ Fadhil ada di sisi kami dan mendengar doa serta rintihan hati kami. “Ya Allah, sukar sekali mengecapi kemenangan dan makin sukar untuk kami mengisi kemenangan ini. Engkau limpahkan sebenar-benar kekuatan dan kesabaran dalam usaha kami memperjuangkan dan menegakkan Islam di bumi Paroi ini ya Allah.

Rombongan kami bertolak pulang ke Seremban pada jam 4 petang dan kami turut singgah di hentian Bukit Gantang untuk membeli buah-buahan sebagai buah tangan untuk di bawa pulang ke Seremban. Alhamdulillah, rombongan kami selamat tiba di Pusat Khidmat ADUN Paroi pada jam 3.20 pagi. Syukur kepada Allah SWT diatas kurniaan nikmat yang tidak terhingga sehingga terjalinnya ukhuwah erat antara Paroi dan Kedah. Kami berdoa agar PRU-13 nanti, Negeri Sembilan mampu mengikut jejak langkah negeri Kedah. Pengalaman lawatan ke sini mungkin sukar untuk dilupakan , meskipun perit diperingkat awal perjalanan; kemanisan mula terasa diakhir-akhir perjalanan. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Lagi 'Tuai Padi antara Masak' yang akan menggamit kenangan kita di Kedah.

Thursday, May 22, 2008

Pengunjung blog Kedah >300K. Macam-macam ada

InsyaAllah, mlm esok saya akan mengikuti rombongan MTD Paroi ke Kedah. Anak-anak tak sabar sungguh nak pergi. Maklumlah mereka begitu seronok bila cerita tentang naik bas. Kali terakhir mereka semua menaiki bas ialah 3 tahun lepas.

Sempat juga saya menelefon mak angkat di Alor Setar memaklumkan tentang rombongan kami. Apa yang menarik di Kedah? Kunjungan kami kali ini diuruskan oleh Adun Pokok Sena. Sedikit maklumat tentang Kedah yang sempat saya layari di blog http://kedahlanie.blogspot.com/

Satu paparan yang amat menarik dalam blog pas kedah. Tidak sangka kunjungan pelawat telah melebihi 300K orang. Apa yang ada dalam blog ini? Ada pelbagai stesen TV dlm blog ini. Antaranya link untuk TV PAS 1 ,TV PAS 2 ,TV PAS 3 ,WTV8 ,Islamic TV ,TV Brunei, EuroSport Al-Jazeera ,Radio flyFM ,Radio IKIM ,Radio HotFM ,Radio NasyidFM

Ceramah Perdana - Khabar Dari Negeri Sembilan
Tempat : Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, Langgar, Kedah.
Tarikh : 24/05/08 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam.

Penceramah :1. YB. Mohamad Taufek bin Abd Ghani (ADUN Paroi, Negeri Sembilan - Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan).2. Sdr. Badrul Hisham Shaharin (Calon keADILan P 131 Rembau, Lawan Khairy Jamaludin - AMT PKR).
3. YB. Ahmad bin Kasim (Ahli Parlimen Kuala Kedah).4. Ustaz Zainul Asri bin Hj. Ramli (Naib Ketua Pemuda PAS Kedah merangkap Ketua Pemuda PAS Pokok Sena).5. YB Ustaz Ahmad Izzat bin Shauqi (ADUN Bukit Lada - Exco Pemuda PAS Kedah)

Wednesday, May 21, 2008

Kak long... teruskan usaha

"Ummi...ummi.... Ain dapat A." Begitu semangat anak yang sulung menunjukkan kertas Matematik dan Bahasa Melayu yang tercatat markah 100%. "Alhamdulillah..pandainya Ain."

Berseri-seri wajah Ain bila dipuji. "Jom solat dengan ummi. Lepas solat kita ajak Babah pergi beli hadiah." " Ain nak hadiah apa?" " Ain nak botol air, sambil bersemangat menuju ke bilik baik untuk berwuduk".

Lepas solat maghrib bersama, aku peluk Ain erat-erat. "Kak long kena jadi budak yang rajin tau, kena rajin solat, rajin baca buku, kena sayang adik dan dengar pesan ummi dan babah". Kembang sekali Ain bila dipuji dan dipeluk.

Walaupun masa agak terhad bersama keluarga, aku akan pastikan kami semua sekurang-kurangnya dapat solat berjamaah dan makan sedulang. Seronok sekali bila dapat suapkan anak-anak dan suapkan suami. Berkat sekali apabila mampu makan sedulang dan hidupkan sunnah Nabi ini. Selalu aku berdoa agar Allah permudahkan urusanku mendidik anak2x di saat diri penuh dengan tanggungjawab tugasan kerja dan jemaah.

" Ya Allah, peliharalah keluargaku, permudahkanlah urusanku sekeluarga, lapangkanlah dada anak2xku dalam menuntut ilmu meskipun hanya sekelumit masa aku dapat bersama mereka. Peliharalah dan lindungilah kami Ya Allah. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan tempat kami menyerahkan segala pengharapan"

Tuesday, May 20, 2008

DIBI PROGRAMME?

APAKAH DIBI?

Dari Ibu Buat Ibu

Merupakan satu program yang di rangka khusus untuk semua ibu-ibu dan kaum wanita di Rembau amnya dan di Paroi khususnya. Program ini merupakan projek Muslimat Rembau untuk membantu semua ibu tunggal yang memerlukan sumber pendapatan. Program Dari Ibu...(ibu tunggal)...Buat Ibu (ibu-ibu bekerja) dapat membantu kaum wanita yang bekerja untuk meringankan tugas menguruskan rumahtangga.

BAGAIMANA CARANYA?

Ibu tunggal ini diupah dengan bayaran RM10 satu jam untuk membantu anda (para wanita bekerja) yang tidak mempunyai pembantu rumah untuk melakukan kerja-kerja rumah. Antara tugas yang ditawarkan ialah membasuh pakaian,melipat pakaian, menggosok pakaian dan mengemas rumah pada hujung minggu. Kekerapan ialah 1-2 kali seminggu.

Para ibu bekerja yang berminat untuk mendapatkan pembantu hujung minggu yang terdiri di kalangan ibu tunggal ini boleh menghubungi ;
Pn Norwani -013-3851202
Pn Zarina 013-3098779

Kami akan menyediakan surat akujanji untuk memastikan tidak berlaku sebarang kesulitan sewaktu ibu tunggal ini bekerja di tempat anda dan gaji mereka dibayar 'SEGERA' selepas tugas selesai. Sebagi contoh jika mereka bekerja selama 5 jam seminggu maka RM50 akan dibayar kepada mereka sebaik sahaja tugas selesai.

Kami akan cuba mendapatkan ibu tunggal di kawasan taman yang berhampiran dengan rumah anda untuk bekerja dengan anda.Secara tidak lansung ia membantu meringankan beban kewangan bagi ibu tunggal ini , di samping dapat membantu anda menguruskan rumah tangga dengan lebih sistematik dan teratur. Ganjaran pahala menanti anda sekiranya memberi sokongan untuk program DIBI bagi membantu ibu tunggal yang dianggarkan melebihi 100 orang di sekitar Dun Paroi. Marilah membnatu mereka secara tidak lansung.

Pihak Dewan Muslimat Rembau, berharap agar program DIBI ini menjadi satu suntikan semangat kepada ibu-ibu tunggal dan ibu yang ditinggalkan untuk meneruskan hidup mereka mencari nafkah yang halal bagi membesarkan anak-anak. Bagi kita yang bernasib baik, marilah membantu mereka dan anggaplah mereka seperti kakak, ibu dan saudara yang perlu dibantu. Layanlah mereka dan sayangilah mereka seadanya.Moga usaha yang sedikit ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

Sukarnya Mencari Ganti - Al Fatihah

Kenangan bersama Pn Faridah (duduk di bahagian hadapan - 3 dari kanan)
sewaktu program bersama muslimat pusat.

Esok genap 2 tahun pemergian Pn Faridah Ismail , mantan Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan yang pergi meninggalkan kita semua pada 21 Mei 2006/23 Rabiulakhir 1427 . Sejarah yang terukir di Muktamar Agung Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan kali ke -18 masih terukir dalam ingatan.

Selepas peristiwa bersejarah itu banyak peristiwa pahit manis yang berlaku dan semuanya perlu dijadikan pengajaran dan iktibar kepada kita semua yang masih lagi diberikan kudrat dan nyawa oleh Allah SWT untuk hidup dimuka bumi ini. Ketelusan dan keihklasan Pn Faridah satu ketika dahulu dalam membimbing muslimat di NS amat sukar dicari ganti sehingga kini. Muslimat seolah-olah seperti ibu kehilangan anak. Namun Alhamdulillah, semenjak Allah limpahkan kemenangan di bumi Paroi, bibit-bibit 'cinta' dan toleransi semakin mekar. Keintiman dan ukhuwah ini perlu sentiasa dipupuk bagi mengelakkan sebarang persepsi yang tidak baik.

Program pemantapan muslimah yang lepas membuktikan semua muslimat mampu berganding bahu melaksanakan yang terbaik untuk Islam. Sesunguhnya tiada apa yang kita cari dalam perjuangan ini melainkan keredhaan dan kasih sayang Allah. Marilah kita sama2x menginfa'kan diri dan berjuang bersungguh-sungguh dan mancontohi Pn Faridah yang begitu cekal dan tabal sehingga akhir hayatnya untuk perjuangan Islam. Marilah kita sama-sama mendoakan beliau agar beliau senantiasa bersama limpahan kasih sayang dan rahmat Allah SWT, Al Fatihah.

"Ya Allah, dimanakah aku disisiMu...Moga Engkau pandu aku Ya Allah ke jalan yang benar dan usah sesekali Engkau campakkan aku di jalan orang-orang yang lalai dan berseronok dengan nikmat dunia"

KPIs

Sebelum 31 Mei, masing-masing sibuk menyiapkan KPIs dan buat performance appraisal bersama boss. Saya punya turn, may be by next week. KPIs jadi topik hangat kami sewaktu rehat, lebih-lebih lagi menunggu gaji baru menjelang July 2008.

Setiap tahun kami review KPIs dan ada yang kecut sebab takut jatuh performance tahun ini. Harapan semua agar dapat naik pangkat tahun ini. Walau apapun kita masih lagi alpa untuk review KPIs dengan Allah setiap tahun. Kami disini 6 bulan sekali akan review KPIs. Kita setahun sekali pun belum tentu benanr-benar review atau 'muhasabah' KPIs kita dengan Allah swt. Dimanakah kita? Setakat mana amalan kita? Baguskan KPIs kita dengan Allah?

Acapkali kita bersemangat dalam buat kerja untuk dunia tapi malas sungguh bila buat kerja dan amalan untuk Allah swt. Sama2xlah kita renungi. Jika Allah bagi rezeki kepada kita berlipat ganda banyaknya contohnya seprti naik pangkat, naik gaji... dll harapnya naik juga amalan kita untuk Allah dan bekerja keras kita untuk perjuangan di bumi Allah ini. renung-renungkan duhai mutiara...

Friday, May 16, 2008

JEMPUT DATANG KE SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT DUN PAROI

Sambutan Hari Ibu Peringkat DUN Paroi
31 Mei 2008
9.00 pagi – 1.00 petang
Dataran Senawang
Dirasmikan oleh YB ADUN Paroi

Program
Deklamasi Sajak
Pertandingan Mewarna Untukmu Ibu
Forum ‘Kasih Ibu, Sesuci Kalbu’
Anugerah Tokoh Ibu (10 Anugerah)
Cabutan bertuah

ANJURAN: PPP (Pertubuhan Perkumpulan Perempuan) Taman Tasik
Maklumat lanjut sila hubungi Pn Norlia 012-6960930, Pn Norwani 013-3851202, Pn Nurciana 017-3629686

Moga teruskan bakti..Selamat Hari Guru untukmu

16 Mei, SELAMAT HARI GURU UNTUKMU
Selamat Hari Guru saya tujukan buat semua sahabat2x saya yang bergelar guru termasuk semua wanita dan muslimah yang bergelar guru. Sesungguhnya jasa anda semua dalam mendidik anak bangsa tidak ternilai harganya.....Terutamanya buat Ustaz dan Ustazah yang yang telah mengajar anak-anak tentang mengenal Allah.
Besarnya pengorbanan kalian. Moga Allah permudahkan urusan kalian dan moga segala jasa dan penat lelah kalian dalam era pendidikan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah.Teruskan perjuangan anada semua...

Konvensyen Falak 16-18 Mei

Di jemput semua muslimin dan muslimat menghadiri Konvensyen Falak di Masjid Sikamat dan insyaAllah esok Dr Syed Muzaffar akan hadir di sana dalam upacara penutup dan disamping pertandingan roket air.

Sudi-sudikan diri hadir ke Gerai Muslimat, gerai NO.5. Terdapat produ HPA, Halagel, jualan jumble sale pakaian, tudung, telekong, kain batik, kain pelikat dan buku nota kami anak soleh.

Mari sama-sama mencari produk yang halal dan terokai kehebatan kejadian alam ini dengan pelbagai pameran menarik. Insyaallah, makin kita kenal akan kehebatan dan kekuasaan Allah, akan makin dekat kita denganNya.

Moga Allah Selamat Mereka

Alhamdulillah, malam tadi saya sempat meraikan 27 orang adik-adik usrah saya dalam jamuan makan yang cukup ringkas. Sedikit kata-kata nasihat telah disampaikan oleh Ustaz Saufi sebagai ketua warden sebagai penyuntik semangat kepada mereka. Bagi mereka yang mengambil kursus A-Level, minggu ini adalah minggu terakhir kami berjumpa. Mereka akan terbang ke sana...

" Ya Allah, lindungilah mereka...peliharalah mereka. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan tempat kami bergantung harap. Selamatkan mereka , berkatilah kehidupan mereka, berilah panduan kepada mereka dalam menjalani kehidupan di perantauan...Amin..."
Pesanan saya semoga adik2xini mengambil pengajaran dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari di dalam usrah. Sentiasa bersama sahabat2x dan jangan sesekali tinggalkan usrah apabila sampai disana. Hubungan indah ini tidak akan terputus.... Gunakan teknologi yang ada untuk kita saling berhubung. Mudah-mudahn Allah mudahkan segala urusan mereka dalam menuntut ilmu.

Thursday, May 15, 2008

Demi Matahari

Demi Matahari dan sinarnya dipagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila melahirkan cahayanya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit dan seluruh binaanNya
Demi bumi dan seluruh hamparanyaNya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaanNya

Ya Allah, besarnya kurnian dan kuasa yang telah Engkau tunjukkan dengan penciptaan alam semesta. 13-15 Mei satu tarikh yang tidak mungkin aku lupakan apabila mengikuti ESQ training yang menerangkan tentang aspek, IQ, emotional dan spiritual. Spiritual kita terlalu lemah sehingga kita mudah dibelenggu dengan perkara-perkara dan perasaan negatif. Kami telah mengikuti 'explorasi' mengenal kehebatan dan kekuasaan Allah menerusi penciptaan langit dan bumi.

Maha SuciMu ya Allah, diatas kurniaan nikmat dan hidayah yang tidak terhingga. Mudah-mudahan kami dibimbing dengan taufik dan hidayahMu.

Kelebihan TEA dari aspek kesihatan

Minggu lepas, kami sempat mengunjungi Melaka bagi mengadakan CSR aktiviti sebagai salah satu agenda dalam Young Manager Development Programme yang kami sedang ikuti sehingga Oktober ini.Lama rasanya tidak mengadakan mengunjungi Melaka dan aktiviti 'exploraquest' yang diadakan sesama kami membawa erti yang cukup besar terutamanya mengunjungi gerai-gerai lama dan unik disekitar bandaraya Melaka. Antaranya Museum Maritim, Kedai Che Ros Kebaya, Kedai Antik Abdullah, Kedai jam antik, Kedai tea Sin See, Gerai senilukis, rumah Munsyi Abdullah, Masjid Kampung Kling dan pelbagai lagi.


Apa yang amat menarik hati saya ialah apabila sempat bertemu ramah lebih setengah jam dengan "Tea Master" yang menerangkan kelebihan tea. Antaranya;

1. Tea boleh menghilangkan bau - balutkan hampas tea didalam kain dan ianya boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan atau pun hampasnya diletakkan di dalam bilik air untuk menyerap bau busuk

2. Tea juga boleh menghilangkan kekotoran dan bau kaki iaitu dengan merendamkan kaki didalam hampas tea yang tidak digunakan dengan air yang sedikit suam

3. Bagi mereka yang mempunyai masalah kehitaman/ lebam di bawah kelopak mata, boleh mengamalkan dengan meletakkan hampas tea di atas mata sambil berbaring

4. Hampas tea juga boleh menjadi baja apabila diletakkan di sekeliling pokok

5. Dari sudut kesihatan, tea adalah salah satu agen yang boleh mengurangkan risiko menghidapi penyakit kanser. Tetapi mesti mendapatkan tea yang benar-benar berkualiti dan sebaik-baiknya kita meminum tea tanpa gula

Thursday, May 8, 2008

Selamat Hari Ibu... 11 Mei

Saya nukilankan sajak dan luahan hati ini buat ibu yang saya cintai dan buat sahabat-sahabat yang bergelar ibu. Juga kepada semua ibu-ibu tunggal dan semua kaum wanita yang cukup tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas sebagai ibu. SELAMAT HARI IBU BUAT KALIAN

Ibu…
Suci kalbumu
Senyum kasihmu
Redup wajahmu
Penenang jiwa yang pilu

Ibu…
Gemersik suaramu
Tabah hatimu
Sentuhan belaianmu
Penyemarak jiwa yang lesu

Ibu…
Air matamu kedukaan bagiku
Senyum tawamu kegembiraanku selalu
Pengorbanan sucimu….Kasih cintamu
Umpama sang Ratu

Ibu…
Ku mohon keampunan
Ku doakan kebahgiaan dan keselamatan
Moga beroleh kerahmatan dan keredhaan
Bersama segenap keampunan dan kecintaan
Atas segala pengorbanan dan kesetiaan
Mengandungkanku sembilan bulan
Menjagaku dengan penuh pengharapan
Mendidikku untuk mengenal Tuhan

Ibu…
Tiada satupun yang mampu mngatasi jasamu
Izinkan ku melafazkan bait rindu syahdu
Menyintaimu saban waktu
TERIMA KASIH IBU
ENGKAULAH RATU.... SELAMAT HARI IBU.

Wednesday, May 7, 2008

Kursus keagamaan buat para wanita

Assalamu'alaikum wbt

Banyak kursus-kursus keagamaan dan informasi terkini yang dianjurkan oleh Majlis Agma Islam NS. Sila layari http://www.mains.gov.my

Sambutan Hari Ibu Peringkat Dun Paroi

Semua di jemput hadir beramai-ramai menjayakan Sambutan Hari Ibu Peringkat Dun Paroi
Tarikh: 31 Mei 2008
Tempat: Dataran Senawang
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang

Acara:
1) Deklamasi sajak untukmu Ibu
2) Forum - Semurni Kasih Ibu ....Ibuku, Ratu Hatiku
3) Anugerah Ibu Mithali
4) Cabutan bertuah
5) Produk dari ibu untuk ibu

Maklumat lanjut sila hubungu Pn Norwani (013-3851202)

Jumble Sale lagi...

Jumble Sale Muslimat Rembau akan diadakan sekali lagi pada minggu ini;

Tarikh: 10 Mei 2008
Tempat: Padang Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya (sempena sukan bola jarik dan bola sepak, PAsti Kawasan Rembau)
Barangan: Jualan pakaian, makanan, produk HPA, jubah dari Dubai, tudung bermanik dll.

Sila hubungi SU kerja Muslimat Paroi; Pn Zarina untuk maklumat lanjut (013-3098779)

Sunday, May 4, 2008

Tinggal 2 bulan lagi...destinasi baru buat mereka

Hampir setahun saya membawa usrah untuk adik2x naqibah di Kolej Mara Seremban dan tinggal 2 bulan lagi mereka akan menamatkan pengajian disini. Selepas itu masing-masing akan terbang ke luar negara bagi meneruskan bidang pangajian sama ada dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perakaunan, TESL, dll.

Rasa sekejap sungguh masa berlalu....Hubungan yg terjalin seperti adik dan kakak ini cukup bermakna kpd saya. Mungkin disebabkan kami kerap bertemu seminggu sekali sewaktu usrah. Pabila dapat memberikan pengisian kepada adik2 ini, saya selalu berdoa agar Allah memelihara mereka dari segala godaan dan pancaroba sewaktu menuntut diluar negara.
Mudah-mudahan sedikit ilmu yang saya kongsi bersama adik2x sewaktu usrah, akan menjadi panduan kepada mereka untuk menjalani kehidupan dan menjadi pelajar muslimah yang mampu menjaga keselamatan maruah diri.
Saya turut bercadang mengadakan 'dinner' dan doa selamat di rumah saya untuk meraikan anak2x usrah saya,sebelum mereka berangkat ke luar negara. Tinggal 2 bulan lagi, mereka akan hilang dari pandangan saya. Moga mereka semua mampu menyinar bak mutiara walau dimana sahaja mereka berada.

Jika Aku Mampu Manangis...

Ya Allah...
Rasa kerdilnya diri pabila diuji
Rasa tertekan jiwa bila di keji
Rasa sebak dihati bila disakiti..
Namun mampukah aku menangis?
Bila terkenang kisah muslimah setabah Asiah
Bila ku renung pengorbanan Khadijah
Bila ku hayati sejarah Sumaiyyah


Ya Allah...
Mampukah aku menangis?
Bila insan disisiku menggarap kasih
Bila sahabat dikanan mengharapkanku
Bila si ibu merintih sayu
Bila nenek meruntun rindu, sakit tak tentu

Ya Allah...
Mampukah aku menangis?
Bila insan lain turut menangis
Bila di cerca bahasa yang sinis
Bila cuaca dilanda hujan gerimis
aku kadangkala pasrah ya Allah
tetap menangis dalam diam
aku kena tabah, aku kena kuat

Hanya padaMu Ya Allah...kekasih hati
Penguat jiwa raga,cinta nan setia
Ku yakin perjuangan di landa gelora
Namun mengalah...harapnya tiada
Kerana ku tahu..adanya dosa dan pahala, syurga dan neraka
SEMUA INSAN PASTI KE SANA....

Saturday, May 3, 2008

Uniform Kami


Ramai yang meminta saya carikan satu uniform untuk muslimat Paroi. Alhamdulillah, dapat juga saya mencari kain ela yang sesuai dan harga dalam RM40 sepasang.Harga sebenar dalam RM35 sahaja, namun saya letakkan harga RM40, RM5 perlu dimasukkan ke dalam tabung Muslimat Paroi. Selepas ini AJK dan muslimat disini boleh pilih satu antara 2. Siapa yang x minat buat baju kurung, boleh buat jubah dan sebagainya.
Alhamdulillah, 10 pasang terjual semasa Mesyuarat Agung kami dan RM50 dapat dimasukkan ke dalam tabung. Nampaknya saya kena tambah stok baru. InsyaAllah, mungkin esok kena cari kain lagi.

Hati seorang ibu...

Ya Allah... sayu hatiku bila dipeluk dan dicium oleh Pn Siti yang seusia denganku namun beliau keseorangan. Hati ibu tunggal ini begitu sayu apabila menerima sumbangan dari isteri YB Paroi pagi tadi. Menurut beliau, anaknya sakit dan beliau terpaksa menjaga anak serta mencari nafkah dalam masa yang sama. Kesempitan hidup menyebabkan beliau hanya makan sekali dalam sehari.

Sambil menangis, beliau menerangkan yang beliau benar2x kesempitan wang dan tiada siapa yang ingin membantu. Beliau tidak menyangka menerima sumbangan yang cukup besar nilainya di saat beliau kesusahan. Bila dipeluk 2 kali berturut2x terasa bahawa "Ya allah bersyukurnya aku kerana masih mempunyai suami, bersyukurnya aku kerana masih mempunyai sahabat2x, Ya Allah bersyukurnya aku kerana masih bersama agamaMu."

Bagi kita yang masih bernasib baik, sama-samalah kita membantu ibu tunggal ini. Hari ini sahaja, hampir 10 orang menerima sedikit sumbangan dari YB Paroi bagi meringankan penderitaan mereka. Ramai lagi diluar sana yang emnanti kehadiran kita untuk membantu...Kita makan dengan perut yang kenyang namun ada yang kelaparan.

PPP - Usianya lebih tua dari kemerdekaan negara

Pertubuhan Perkumpulan Perempuan atau PPP telah selamat menjalankan mesyuarat agung kali ke 54 daerah Seremban petang tadi di Taman Murugesu, Jln Dato' Siamang Gagap. AGM kali ini telah dirasmikan oleh Yg Berbahagia Datin Hjh Maimunah bt Abdul Wahab.

Buat kali pertama setelah dilantik sebagai Naib Pengerusi PPP cawangan Tasik Jaya, saya telah menjadi perwakilan untuk AGM kali ini yg turut dihadiri oleh Pn Norlijah sebagai Pengerusi PP Tasik Jaya, Pn Nur Ciana, Setiausaha dan Pn Faridah sebagai AJK.

Kami sempat bergambar bersama2x pimpinan PPP. Rupa-rupanya PPP ini telah wujud sebelum kemerdekaan lagi namun aktivitinya masih belum meluas terutamanya di NS. Banyak aktiviti PPP yang juga dikenali sebagi WI - Woman Integration , lebih berbentuk aktiviti dalaman untuk ahli. Mungkin ini merupakan satu lagi platform yang perlu diterokai oleh muslimat di NS memandangkan ramai kaum ibu berminat dalam aktiviti masak-memasak, menyulam dll.Satu penglaman baru bagi kami yang berjaya duduk sebaris dengan wanita PPP.

Aktiviti lanjut tentang PPP yang agak aktif di Pulau Pinang http://www.ncwo.org.my/wi.htm


Thursday, May 1, 2008

Kursus Percuma Untuk Ibu Tunggal dan Keluarga Miskin

Kursus Taska di rumah untuk ibu-ibu tunggal dankeluarga miskin di Seremban. Percuma 5 hingga 9 Mei2008. Anjuran Tadika Murni. Maklumat lanjut hubungi PnRozita 012-3321552