Saturday, September 4, 2010

Jejak Ukhuwah Ramadhan Siri 4

Minggu lepas Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau sekali lagi telah turun untuk siri ke-4 Jejak Ukhuwah Ramadhan (JUR). Minggu lepas pihak kami telah menyampaikan sumbangan kepada 60 buah keluarga.
Pn Fauziah mengagihkan duit raya kepada anak-anak di Flat Taman Cengal Utama

En Hassan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal
Sumbangan meliputi 2 taman iaitu Flat Taman Cengal Utama dan Flat Senawang. Alhamdulillah...di Flat Senawang rombongan kami diraikan oleh ramai anak-anak disana. Mereka telah membantu team kami menunjukkan jalan rumah penerima-penerima sumbangan.

Friday, September 3, 2010

20orang anak yatim dirai

Syukur Alhamdulillah...semalam saya dan suami sempat menghadiri majlis berbuka puasa di Ancasa AllSuites Resort & SpaPort Dickson mewakili Yayasan Amal Malaysia. Seramai 32 orang anak-anak yatim telah diraikan bermula program pada petang semalam. 12 orang anak yatim adalah dari Rumah Anakku Sayang di bawah kelolaan Ustazah Rokyah dan 20 orang lagi adalah anak-anak yatim dari Rumah Flat Sri Perdana Senawang yang diuruskan oleh En Hassan atas nama Yayasan Amal Malaysia.

Anak-anak ini tersenyum riang...disamping dapat baju baru mereka juga mendapat duit raya dari Pihak Pungurusan Uda Holdings.
Saya sempat berbual panjang dengan Pn Azimah, orang penting dari Ancasa AllSuites Resort & SpaPort Dickson yang banyak membantu menjayakan program ini. InsyaAllah....program CSR untuk masyarakat khusunya anak yatim adalah merupakan program suku tahunan yang sering diadakan oleh pihak resort. Cuma tahun ini pendekatan mereka agak berbeza kerana mereka akan lebih khusus mencari orang perseorangan dan 'menjejaki' anak-anak yatim serta golongan susah. Justeru, mereka amat perlukan senarai nama dan bantuan dari NGO-NGO. Alhmadulillah...dengan izinNya saya dipertemukan dengan Pn Azimah dalam ruangan siber.
Sempat beramah mesra dengan Pn Noraini Abas, salah seorang penjaga kepada anak-anak yatim ini.

Anak-anak ini cukup seronok dapat makan makanan yang mewah-mewah...rasanya ini pertama kali mereka menjejakkan kaki ke resort.


" Boleh habis ke ni.....?"
Boleh acik...tak baik membazir. Kitaorang akan habiskan....


Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Resort kerana membantu menceriakan dan membahagiakan anak-anak yatim ini. Di doakan pihak syarikat dan kakitanganya diluaskan pintu rezeki, dipermudahkan segala urusan dipanjangkan umur dan beroleh keberkatan serta kebahgian di dunia dan akhirat. Semoga usaha yg sedikit ini mendapat ganjaran pahala yg berlipat ganda di sisiNya.

Keceriaan mereka..kebahgian kita

Petang semalam saya bersama isteri YB Taufek, Pn Mahani dan AJK Pemuda Safrizal telah berkesempatan meraikan 4 daripada 7 org anak yatim yang tinggal di Flat Sri Perdana Senawang untuk membeli baju raya. Program anjuran DMPKR bersama DPPKR ini bertujuan untuk membantu anak-anak yatim yang telah dikenalpasti yg terlalu memerlukan bantuan.
Alhamdulillah, jam 3.45 petang kami tiba di KM Plaza Seremban dan memilih pakaian untuk anak-anak ini. Mereka cukup ceria dan seronok dapat mengenakan baju baru. Harga disini pun berpatutan dan kami mendapat diskaun dari kedai Feshen Impian Baiduri. Tuan Kedai juga turut memberi hadiah percuma keronsang,butang baju Melayu dan anak tudung kepada anak-anak yatim ini.

Adik Syuhada cukup ceria dapat mencuba baju rayanya...warna merah jadi pilihan hati adik Syuhada.

Si kembar Nazim & Nizam juga berpeluang mendapat pakaian lengkap baju Melayu dan sehelai samping serta kopiah.

Pihak Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau & Dewan Pemuda PAS Kawasan rembau mengucapkan terima kasih kepada semua dermawan yang membantu. Semoga keceriaan anak-anak ini dalam menyambut Hari raya akan turut memberi motivasi baru kepada mereka untuk berusaha bersunggh-sungguh dalam pelajaran dan menjadi anak yang soleh dan solehah.Ameen... (saya kagum melihat adik Nizam yg sentiasa membawa Al-Quran tafsir bersamanya...yg menjadi teman setianya InsyaAllah)

Wednesday, September 1, 2010

Kambing Boer untuk jamuan Raya

Saya dan ayah ada mengusahakan ternakan kambing Boer secara kecil-kecilan. Alhamdulillah, baka 3 ekor yang kami beli daripada seorang pengusaha di Lubuk Cina hampir 3 tahun yang lepas membuahkan hasil. Kini bilangannya 31 ekor dan kambing Boer saiznya lebih besar berbanding kambing kampung. Setiap hari kambin ini dilepaskan dan sekali sekala kami memberi makanan vitamin tambahan.
Memelihara dan menjaga kambing ini satu aktiviti yang cukup menyeronokkan. Sejak berusia 7 tahun lagi saya memang dah dilatih menjaga kambing sehinggalah usia 11 tahun. Masa itu kawan rapat kami adik beradik adalah kambing. Kalau kambing sakit maka kamilah 'doktor' yang merawatnya. Jika kambing hilang kamilah jadi 'polis' yang mencarinya diserata ceruk kampung. Cuma sedih sekali ketika penyakit menyerang dimana hampir semua kambing kampung yang kami pelihara mati....
Bila ayah dah pencen, saya utarakan semula hasrat untuk memelihara kambing dan Alhamdulillah ayah bersetuju untuk menjaganya. Anak-anak pun cukup seronok apabila dapat pulang ke kampung melihat kambing Boer mereka. Sedikit maklumat tentang kambing Boer boleh dibaca disini.

Sempena Hari Raya ini saya ingin mempromosikan daging kambing Boer ini terutamanya untuk mereka yang ingin membuat jamuan 'open house'. Harga sekilo daging kambing Boer dipasaran ialah RM18 tetapi kami akan beri harga promosi RM15 sekilo. Seekor kambing Boer yang cukup umur untuk aqiqah boleh mencecah berat purata 35-45kg. Bagi yang saiz sederhana, beratnya lebih kurang 25-35kg. Baka kambing juga ada dijual. Jika berminat boleh hubungi saya Pn Wani 013-3851202.

Thursday, August 26, 2010

Program Iftar DMPKR

Program Iftar Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau akan diadakan seperti berikut;


Tarikh: 28hb Ogos 2010
Tempat: Rumah Tn Hj Roni & Hjh Zuraini, Taman Seri Meranti Kendong.


Semua AJK Muslimat, Pemuda, Pas Kawasan dan Ahli-ahli PAS sekitar dijemput hadir.

Jom jejaki mereka

Program Jejak Ukhuwah Ramadhan (JUR) Siri ke-4 akan disambung semula pada Ahad ini, 29 Ogos 2010 jam 9.00pagi. Bagi sesi ini, 60 orang keluarga akan dijejaki untuk menerima bantuan barang-barang keperluan harian seperti barang dapor dan makanan. Jom kita bantu mereka dengan memperbanyakkan sedekah di bulan yang mulia.
Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah dan di bulan Ramadhan beliau lebih pemurah lagi. Kebaikan Rasulullah SAW di bulan Ramadhan melebihi angin yang berhembus karena begitu cepat dan banyaknya. Dalam sebuah hadits disebutkan :

“Sebaik-baiknya sedekah yaitu sedekah di bulan Ramadhan.” (HR Al-Baihaqi, Alkhotib dan At- Tirmidzi)

Dan salah satu bentuk shodaqoh yang dianjurkan adalah memberikan ifthor (santapan berbuka puasa) kepada orang-orang yang berpuasa. Seperti sabda baginda:


“Barangsiapa yang memberi ifthor kepada orang-orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala senilai pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut” (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Monday, August 23, 2010

JUR- Jejak Ukhuwah Ramadhan Siri 2 & 3

21 Ogos & 22 Ogos, team Dewan Muslimat bersama Dewan Pemuda Rembau serta YB Adun Paroi telah sempat menjejaki serta menyampaikan sumbangan kepada lebih kurang 35 buah keluarga. Cuma hari Ahad kami agak 'keletihan' sedikit kerana bergotong royong membawa bekalan sumbangan naik ke tingkat 1-5 di Apartment PPR di Taman Jasmin dan sekitar Senawang untuk menyampaikan sumbangan. Maklumkan tiada lift....Mujur ada team Dewan Pemuda yang banyak membantu.

Majoriti penerima adalah ibu tunggal yang kematian suami, ibu tinggal yang ditinggalkan suami serta anak-anak yatim yang kehilangan ibu dan ayah. Ada juga dikalangan penerima yang mengalami nasib malang apabila suami mengalami sakit kronik dan tidak mampu bekerja.

Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua penderma terutamanya En Azman, insan yg tidak pernah bersua muka tetapi merupakan antara penyumbang tetap setiap kali ramadhan menjelang. Semoga usaha kita yang sedikit ini mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT.

Pesan YB...kurangkan juadah, banyakkan sedekah. Kita bersyukur kerana dapat makan yang lazat-lazat ketika berbuka namun ada yg umpama kais pagi, makan pagi. Ada anak kecil yg sewaktu kunjungan kami menangis kerana inginkan sepasang baju raya. InsyaAllah, mudah-mudahan ada rezeki buat mereka. Jika kita bantu meringankan bebanan & kesedihan mereka, InsyaAllah maka Allah akan ringankan dan meleraikan segala kesedihan kita.

Sedikit gambar dan coretan kenangan program pd 21 & 22 Ogos 2010

Salah seorang penerima ini merupakan pesakit jantung berlubang. Kenangan bersama Pn Hjh Diana.

Orang kuat Dewan Pemuda PAS Rembau yg banyak membantu.



Sekitar gambar penerima sumbangan bersama YB Hj Mohamad Taufek dan isteri
.


Nenek ini cukup gigih menjaya cucu-cucunya yang yatim piatu meskipun telah uzur

Gambar bersama ibu tinggal yg ditinggalkan suami tanpa khabar berita. Kasihan si anak yg masih kecil.....

Saturday, August 14, 2010

Jejak Ukhuwah Ramadhan_Siri 1

Program Jejak Ukhuwah Ramadhan Siri 1 untuk Pusat Khidmat DUN Paroi telah dilaksanakan petang semalam. Alhamdulillah 2 team petugas bersama YB Mohamad Taufek (ADUN Paroi) , Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau & Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau telah sama-sama turun padang menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.

Majoriti penerima adalah ibu tunggal, ibu tinggal dan juga anak yatim. Hati saya cukup tersentuh apabila serahan dilakukan, hampir semua penerima menangis mengalirkan airmata tanda syukur kepada Ilahi kerana masih ada yang sudi membantu mereka.

Jika hendak dikira, berapa sangatlah harga barangan yang disumbangkan berbanding sentuhan dan nasihat yang diberikan sebelum kami meninggalkan ibu tunggal dan ibu tinggal yang kedhaifan. Sesi serahan ini bukan setakat serahan material tetapi juga merupakan sesi 'kauseling bergerak' untuk memberi sedikit motivasi kepada ibu tunggal & ibu tinggal ini supaya sentiasa tabah, sabar dan cekal hati dalam mengharungi dugaan kehidupan.

Majoriti antara mereka memerlukan pendengar setia untuk setiap masalah yg dihadapi. Bagi saya, kita sebagai masyarakat bukan setakat memberi bantuan dari segi material tetapi apa yang lebih penting; saya melihat mereka lebih memerlukan sokongan moral, kata-kata peransang dan khidmat nasihat berguna sebagai panduan melayari hidup yang serba kekurangan.


Terima kasih kepada Pn Hjh Diana & Pn Masitah selaku AJKDMPKR yang sama-sama mengembeling tenaga menziarahi insan yang memerlukan ini. InsyaAllah, sesi Jejak Ukhuwah Ramadhan ini akan diteruskan setiap minggu sepanjang ramadhan.

InsyaAllah, DMKR menyasarkan lebih 100 keluarga untuk tahun ini dan anggaran barangan yang disumbangkan ialah RM25-RM30 untuk satu sekeluarga yg berupa 1kampit beras, gula, tepung, minyak, biskut dan sepeket bihun. Dalam waktu yang sama kami turut menyerahkan sedikit sumbangan kewangan bagi yg benar-benar memerlukan.

Terima kasih kepada para dermawan yang budiman dan kami mendoakan semoga rezeki tuan/puan yang menderma mendapat ganjaran pahala yg berlipat ganda dari Allah SWT. Bagi yang ingin menyumbang boleh bank in ke akaun Bank Islam atas nama Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau 05012010061653.

Ayuh...banyakkan amalan sedekah dibulan yang penuh barakah ini. InsyaAllah, kita bantu meringankan beban mereka...maka Allah akan bantu meringankan beban kita.

Friday, August 6, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan atas semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah di lakukan baik secara langsung mahupun melalui dunia maya, Jauh didalam hati yang senantiasa didalam genggaman Allah, saya ingin memohon kemaafan atas kesalahan dan kesilapan samada yang sengaja atau tidak disengajakan kepada semua. Saya mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan" Marhabban Ya Ramadhan,Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memberikan Barkahnya di Bulan penuh Hikmah ini.
Mohd Hakki --Norwani--Ainul Mardhiyyah --Ainul Hanani --Abdullah Azzam --Ainul Afeefa

Saturday, July 31, 2010

Ziarah Kasih

Minggu lepas DMPKR telah menziarahi 2 orang AJK di Paroi. Salah seorangnya ialah Pn Norashikin Hj Omar yang tinggal di Taman Marida. Beliau mengalami tumor di bahagian mata kiri. Kami Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau mendoakan semoga Allah mempermudahkan urusan beliau untuk pembedahan dan beroleh kesembuhan secepat yang mungkin. Lama tidak bertandang ke rumah Kak Shikin dan sesi ziarah petang itu seperti sesi usrah sesama kami. "Ya Allah, Engkau tabahkanlah hatinya, permudahkan urusannya dan limpahkan beliah dengan keberkatan didunia dan diakhirat.

Kemudian kami menziarahi Pn Ainul di Taman Matahari height yang mendapat cahaya mata ke-2 iaitu Sumaiyyah. Alhamdulillah...bertambah seorang lagi Mujahidah penyeri dan peyambung perjuangan di Rembau ...InsyaAllah. Kami mendoakan semoga kebahgian & kerahmatan Ilahi bertambah buat pasangan Ainul & Dhuha. Ameen.

Secangkir Teh Pengubat Letih

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yg mengingati ulangtahun saya yg ke-34 pada 7 julai yg lalu. Hadiah sebuah buku "Secangkir Teh Pengubat Letih" serta sepasang kain tona lembut merah jambu menyemarakkan lagi rasa kasih dan sayang sesama sahabat seperjuangan. Buku travelog tarbiyah karya ust Hasrizal atau juga dikenali sebagi Saifulislam memberi banyak kekuatan supaya kita senantiasa bersangka baik dengan setiap ketentuan dariNYA.





Kita perlu kutip mutiara sejarah yg berlaku di negara lain untuk menguatkan lagi semangat kita dalam menghadapi suasana yg sama di negara sendiri. Ikatan ukhuwah yg terbina bukan atas dasar bangsa tetapi TERBINA atas ikatan aqidah yg mengatasi ikatan darah sesama saudara. Wah indah sungguh persaudaraan Islam ini! Bila adanya sahabat derita...kita turut terasa sama pedihnya.



Seminggu sudah Kak Mus (pembantu) balik ke Indonesia dan ketika itu juga baru terasa betapa letihnya pabila menguruskan segala-galanya tanpa pembantu. Secangkir teh, pengubat letih & ingin ku tambah...sekeping roti pengubat kasih.
"Roti ini untuk Ummi....Ain yg buatkan" sekeping roti dari anak sulung menghilangkan segala keletihan selama sehari bekerja. Hargailah & Syukurilah setiap apa yg kita ada.....

Wednesday, July 21, 2010

Lama tidak bertamu...

Lama sudah tidak bertamu diruangan ini. Banyak yg ingin dicoretkan tetapi keletihan kadang kala menyebabkan minda turut letih untuk diajak berfikir....mencoret sebaris 2 peristiwa. Saban hari aku hanya mampu berfikir tentang nasib umat Islam di bumi Palestin.

Kita di Malaysia ini belum lagi dihujani dengan peluru dan serangan ganas Yahudi. Kita pejuang disini hanya baru dihujani dgn tomahan, kata nista dan acap kali juga perasaan dengki sesama Mukmin. Itupun kadangkala ada yg makin menyendiri, sepi, tenggelam timbul dan terasa hati. Masya Allah...jauhnya beza diri kita dengan anak-anak Palestin yg seusia muda telah ditanam semangat jihad dan mati syahid.

Mampukah kita menjejaki semangat dan azam umat Islam di Palestin? Doa saya kepada diri sendiri dan semua pejuang di sini agar sentiasa tabah dan cekal biar apa sekalipun yg berlaku. Lagi banyak dugaan yg melanda, lagi banyak ruang pahala yg terbentang di depan mata untuk kita rebut. Ayuh...Bersama-samalah kita berdoa dan menghulurkan bantuan buat umat Islam Palestin selagi hayat kita masih ada.
"Orang yang tidak pernah dibakar panas mentari, mustahil menghargai rimbun berteduh"...peribahasa Turki

Friday, June 25, 2010

Jom Bowling bersama NISA'

Tarikh : 27 Jun 2010
Tempat : Pusat Bowling, Seremban Parade, Seremban.
Masa : 10.30 pagi – 1.30 ptg

Sasaran
-Umur 10- 35 tahun( muslimat sahaja)
-Anak- anak Negeri Sembilan atau belajar di Negeri Sembilan (Pelajar IPT)

Anjuran
NISA’ Rembau
Dengan kerjasama Nisa’ Negeri Sembilan

YURAN - RM 6 sahaja.
Berminat sila hubungi 013-9798108 (Cik Solehah) atau Cik Najihah (013-9474951)

Gerhana Bulan Separa HARI ini - 26 Jun 2010


KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.Gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini pada Rabu.Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lepas.Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium .-- BERNAMA
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

Wednesday, June 16, 2010

Satu perjuangan, satu arah tujuan

Alhamdulillah, urusan perjalanan pergi dan balik ke Muktamar di Putik Kelantan berjalan dengan lancar dan baik dengan izin Allah. Kami sekeluarga berkonvoi bersaa En Sufian& Pn Fauziah sekeluarga. Pergi bersama dan seperti berjanji, kami turut pulang bersama....menjadi perwakilan bersama tanpa disangka.

Pn Fauziah & saya sempat bergambar bersama suami masing-masing selepas habis sesi muktamar hari yang ke-2


Uniknya Rembau kali ini, suami isteri menjadi perwakilan dan sudah pastinya anak-anak akan ditinggalkan dan menjalani urusan sendiri tanpa perlu dirisaukan. Cuma hari terakhir sahaja anak-anak kami bawa bersama ke Putik dan diletakkan diluar kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Syukur kerana Kak long pandai menjaga adik-adiknya meskipun baru berusia 7 tahun. Kaklonglah yg membawa adiknmya ke tandas dalam keadaaan orang yg sesak.

Kenangan bersama anak-anak di depan dewan PUTIK


Kak Gee pula tinggalkan anak-anak di rumah penginapan dan dibekalkan dengan roti, biskut dan makanan ringan. InsyaAllah kak Gee, Allah akan jaga anak-anak kita. Terasa bersalah bila ku jenguk Abdullah Azzam yang terlantar tidur diatas simen...Bila dikejutkan... Abdullah lantas memaklumkan " Azzam laparlah Ummi..." Tak mengapalah anak-anak...semoga kalian mengerti akan makna sedikit kesusahan dalam perjuangan. Risau juga bila anak-anak bersendirian tanpa penjaga. Apakan daya mereka perlu belajar dan memahami tugas dan tanggugjawab Ummi dan Babah dalam perjuangan. ramai lagi orang yang susah....


Sebelum balik kami sempat singgah solat Asar di Masjid Kg Pulau Melaka dan rumah Tok guru. Syukur sekali lagi kerana sempat singgah makan tengahari di rumah Saudara Murthado. Terima kasih kepada Murthado yang menjamu kami serta perwakilan NS yang lain. Kami turut bertemu dengan Sdra Hanis dan Pn Osnida sekeluarga. Rasa bersemangat pabila melihat Sdra Hanif yang datang bersama keluarga dan berkampung di PUTIK. Moga Allah permudahkan urusan mereka sekeluarga. Terima kasih Ya Allah kerana menyuburkan perasaan mahabbah dan kasih sayang sesama kami. Terima kasih kepada Kak Gee dan En Sufian sekeluarga yang menjadi teman bermusafir selama hampir 5 hari disana. InsyaAllah moga kita terus berada didalam landasan perjuangan ini dan mendapat keredhaanNya di dunia dan diakhirat.Ameen

Wednesday, June 9, 2010

Sambil muktamar sambil raikan si kecil

Alhamdulillah...kami selamat tiba di Kota Bharu awal jam 5pagi tadi selepas bertolak dari Seremban pada jam 10 mlm. Kami sekeluarga berkonvoi bersama En Sufian sekeluarga. Selepas merehatkan diri dan memandikan anak-anak di Masjid Al-Muhammadi, KB kami sekeluarga bertolak ke Pantai Cahaya Bulan_PCB Beach Resort. Anak-anak cukup seronok pabila dapat bermain di pantai.
Sambil bermuktamar, musim cuti ini dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meraikan anak-anak yg sering ditinggalkan. Feefa yang masih kecil pun tak banyak buat hal ketika dalam perjalanan. Mungkin dia faham, Ummi dan Babahnya penat. Syukur kerana tempat penginapan kami cukup dekat dengan dengan pantai dan tempat muktamar muslimat. Moga urusan pergi dan kembali nanti akan dipermudahkan Allah SWT.

Wednesday, June 2, 2010

Selamatkan Wanita dari asap rokok

Satu langkah yg bijak pabila Menteri Kesihatan mengumumkan pejabat swasta yang berhawa dingin sebagai salah satu tempat larangan merokok. Sebelum ini kaum wanita yg majoritinya bekerja di pejabat swasta telah terdedah degan bahaya rokok dan menjadi salah seorang perokok pasif meskipun tidak merokok.
-------------------------------------------------------------------------------http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pejabatswastazontakmerokok/Article
Tempat kerja ada sistem pendingin hawa berpusat diwarta larangan rokokKUALA LUMPUR: Semua tempat kerja dengan sistem pendingin hawa berpusat akan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok mulai hari ini. (31 Mei 2010)

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penguatkuasaan menyeluruh itu membabitkan semua tempat kerja sektor swasta berbanding hanya sektor kerajaan sebelum ini, menjadikan kawasan larangan merokok di negara ini sebanyak 21 tempat.

“Dengan peraturan baru ini, kita dapat melindungi pekerja swasta yang tidak merokok dan bekerja lapan jam sehari, malah ada yang bekerja lebih masa selama 12 jam daripada asap rokok serta risiko menghidap penyakit kronik termasuk kanser,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.Liow berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 11,980 notis kesalahan dan 6,616 kompaun dikeluarkan penguat kuasa kementerian dengan jumlah kompaun kira-kira RM1.4 juta kerana kesalahan merokok di kawasan larangan.“Sebanyak 4,451 kes pelanggaran sudah dibawa ke mahkamah membabitkan nilai denda berjumlah RM147,000 dan seorang dipenjarakan,” katanya.

Pusat Khidmat Kaunseling Wanita mula beroperasi

Pusat Khidmat Kaunseling Wanita (PELITA) DUN Paroi telah mula beroperasi pada 29 Mei yang lepas selepas dirasmikan pada 22 Mei 2010. Pusat ini akan dibuka pada setiap hari SABTU jam 3.00 - 5.00 petang di tingkat atas Pusat Khidmat DUN Paroi.
Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau mengalu-alukan para wanita yang bermasaalah dan memerlukan tempat untuk meluahkan tekanan perasaan agar hadir ke Pusat Khidmat Kauseling ini. Ianya akan dikendalikan oleh AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau sendiri dan kes-kes yang berat akan dirujuk kepada kauselor sukarela yang telah bersetuju untuk membantu mengendalikan PELITA ini.

Mudah-mudahan dengan adanya Pusat Khidmat Kaunseling Wanita ini akan dapat mengurangkan sedikit bebenan masalah wanita yang ditanggung terutamanya dikalangan ibu tunggal dan ibu tinggal.