21 Ogos & 22 Ogos, team Dewan Muslimat bersama Dewan Pemuda Rembau serta YB Adun Paroi telah sempat menjejaki serta menyampaikan sumbangan kepada lebih kurang 35 buah keluarga. Cuma hari Ahad kami agak 'keletihan' sedikit kerana bergotong royong membawa bekalan sumbangan naik ke tingkat 1-5 di Apartment PPR di Taman Jasmin dan sekitar Senawang untuk menyampaikan sumbangan. Maklumkan tiada lift....Mujur ada team Dewan Pemuda yang banyak membantu.
Majoriti penerima adalah ibu tunggal yang kematian suami, ibu tinggal yang ditinggalkan suami serta anak-anak yatim yang kehilangan ibu dan ayah. Ada juga dikalangan penerima yang mengalami nasib malang apabila suami mengalami sakit kronik dan tidak mampu bekerja.
Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua penderma terutamanya En Azman, insan yg tidak pernah bersua muka tetapi merupakan antara penyumbang tetap setiap kali ramadhan menjelang. Semoga usaha kita yang sedikit ini mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT.
Pesan YB...kurangkan juadah, banyakkan sedekah. Kita bersyukur kerana dapat makan yang lazat-lazat ketika berbuka namun ada yg umpama kais pagi, makan pagi. Ada anak kecil yg sewaktu kunjungan kami menangis kerana inginkan sepasang baju raya. InsyaAllah, mudah-mudahan ada rezeki buat mereka. Jika kita bantu meringankan bebanan & kesedihan mereka, InsyaAllah maka Allah akan ringankan dan meleraikan segala kesedihan kita.
Sedikit gambar dan coretan kenangan program pd 21 & 22 Ogos 2010
No comments:
Post a Comment