Wednesday, June 16, 2010

Satu perjuangan, satu arah tujuan

Alhamdulillah, urusan perjalanan pergi dan balik ke Muktamar di Putik Kelantan berjalan dengan lancar dan baik dengan izin Allah. Kami sekeluarga berkonvoi bersaa En Sufian& Pn Fauziah sekeluarga. Pergi bersama dan seperti berjanji, kami turut pulang bersama....menjadi perwakilan bersama tanpa disangka.

Pn Fauziah & saya sempat bergambar bersama suami masing-masing selepas habis sesi muktamar hari yang ke-2


Uniknya Rembau kali ini, suami isteri menjadi perwakilan dan sudah pastinya anak-anak akan ditinggalkan dan menjalani urusan sendiri tanpa perlu dirisaukan. Cuma hari terakhir sahaja anak-anak kami bawa bersama ke Putik dan diletakkan diluar kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Syukur kerana Kak long pandai menjaga adik-adiknya meskipun baru berusia 7 tahun. Kaklonglah yg membawa adiknmya ke tandas dalam keadaaan orang yg sesak.

Kenangan bersama anak-anak di depan dewan PUTIK


Kak Gee pula tinggalkan anak-anak di rumah penginapan dan dibekalkan dengan roti, biskut dan makanan ringan. InsyaAllah kak Gee, Allah akan jaga anak-anak kita. Terasa bersalah bila ku jenguk Abdullah Azzam yang terlantar tidur diatas simen...Bila dikejutkan... Abdullah lantas memaklumkan " Azzam laparlah Ummi..." Tak mengapalah anak-anak...semoga kalian mengerti akan makna sedikit kesusahan dalam perjuangan. Risau juga bila anak-anak bersendirian tanpa penjaga. Apakan daya mereka perlu belajar dan memahami tugas dan tanggugjawab Ummi dan Babah dalam perjuangan. ramai lagi orang yang susah....


Sebelum balik kami sempat singgah solat Asar di Masjid Kg Pulau Melaka dan rumah Tok guru. Syukur sekali lagi kerana sempat singgah makan tengahari di rumah Saudara Murthado. Terima kasih kepada Murthado yang menjamu kami serta perwakilan NS yang lain. Kami turut bertemu dengan Sdra Hanis dan Pn Osnida sekeluarga. Rasa bersemangat pabila melihat Sdra Hanif yang datang bersama keluarga dan berkampung di PUTIK. Moga Allah permudahkan urusan mereka sekeluarga. Terima kasih Ya Allah kerana menyuburkan perasaan mahabbah dan kasih sayang sesama kami. Terima kasih kepada Kak Gee dan En Sufian sekeluarga yang menjadi teman bermusafir selama hampir 5 hari disana. InsyaAllah moga kita terus berada didalam landasan perjuangan ini dan mendapat keredhaanNya di dunia dan diakhirat.Ameen

No comments: