Friday, June 25, 2010

Gerhana Bulan Separa HARI ini - 26 Jun 2010


KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.Gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini pada Rabu.Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lepas.Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium .-- BERNAMA
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

No comments: