Saturday, August 14, 2010

Jejak Ukhuwah Ramadhan_Siri 1

Program Jejak Ukhuwah Ramadhan Siri 1 untuk Pusat Khidmat DUN Paroi telah dilaksanakan petang semalam. Alhamdulillah 2 team petugas bersama YB Mohamad Taufek (ADUN Paroi) , Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau & Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau telah sama-sama turun padang menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.

Majoriti penerima adalah ibu tunggal, ibu tinggal dan juga anak yatim. Hati saya cukup tersentuh apabila serahan dilakukan, hampir semua penerima menangis mengalirkan airmata tanda syukur kepada Ilahi kerana masih ada yang sudi membantu mereka.

Jika hendak dikira, berapa sangatlah harga barangan yang disumbangkan berbanding sentuhan dan nasihat yang diberikan sebelum kami meninggalkan ibu tunggal dan ibu tinggal yang kedhaifan. Sesi serahan ini bukan setakat serahan material tetapi juga merupakan sesi 'kauseling bergerak' untuk memberi sedikit motivasi kepada ibu tunggal & ibu tinggal ini supaya sentiasa tabah, sabar dan cekal hati dalam mengharungi dugaan kehidupan.

Majoriti antara mereka memerlukan pendengar setia untuk setiap masalah yg dihadapi. Bagi saya, kita sebagai masyarakat bukan setakat memberi bantuan dari segi material tetapi apa yang lebih penting; saya melihat mereka lebih memerlukan sokongan moral, kata-kata peransang dan khidmat nasihat berguna sebagai panduan melayari hidup yang serba kekurangan.


Terima kasih kepada Pn Hjh Diana & Pn Masitah selaku AJKDMPKR yang sama-sama mengembeling tenaga menziarahi insan yang memerlukan ini. InsyaAllah, sesi Jejak Ukhuwah Ramadhan ini akan diteruskan setiap minggu sepanjang ramadhan.

InsyaAllah, DMKR menyasarkan lebih 100 keluarga untuk tahun ini dan anggaran barangan yang disumbangkan ialah RM25-RM30 untuk satu sekeluarga yg berupa 1kampit beras, gula, tepung, minyak, biskut dan sepeket bihun. Dalam waktu yang sama kami turut menyerahkan sedikit sumbangan kewangan bagi yg benar-benar memerlukan.

Terima kasih kepada para dermawan yang budiman dan kami mendoakan semoga rezeki tuan/puan yang menderma mendapat ganjaran pahala yg berlipat ganda dari Allah SWT. Bagi yang ingin menyumbang boleh bank in ke akaun Bank Islam atas nama Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau 05012010061653.

Ayuh...banyakkan amalan sedekah dibulan yang penuh barakah ini. InsyaAllah, kita bantu meringankan beban mereka...maka Allah akan bantu meringankan beban kita.

No comments: