Saturday, January 16, 2010

Beli kek Ahmad Fhozi , Major (bersara)

Mengenali En Ahmad Fhozi ialah ketika beliau menawarkan diri menjadi tenaga pengajar kursus refeleksologi yang dianjurkan oleh Muslimat MTD Paroi. http://nurmutiara.blogspot.com/2009/01/jaga-kesihatan-dengan-refleksologi.html Saya mengenalinya buat kali pertama melalui perbualan di dalam telefon dan kemudian beliau datang menziarahi saya ketika itu di Wisma Sime Darby.


Selepas kursus itu, saya tidak pernah lagi berjumpa tetapi beliau selalu mengutus berita sama ada melalui SMS dan telefon. Banyak membrikan kata-kata motivasi kepada saya seperti seorang ayah...Baru-baru ini beliau datang ke Taman Desa berjumpa saya dan membawa sebiji kek keju. Saya memang suka cheeze...

Saya kagum dengn semangat beliau suami isteri yang gigih menceburi bidang perniagaan. Beliau orang yang serba serbi boleh....Selepas bersara dari tentera, banyak aktiviti yang dilakukan oleh beliau. Beliau bukan setakat pandai mengajar, mengurut refleksologi, menjual insurans malah tbaru-baru ini beliau turut menceburi bidang membuat pelbagai jenis kek. Kawan-kawan yang ingin menempah kek bolehlah menghubungi beliau di http://www.fhozibakery.blogspot.com/

No comments: