Monday, January 4, 2010

Hijrahkanlah diri dengan mencari yang HALAL

Hujung minggu lepas sempat singgah dirumah Cikgu Hassan, stokis HPA dan memang rutin kami hampir setiap minggu untuk dapatkan stok dan barang2x HPA. Suami sejak dulu lagi dah pesan agar elakkan makan ayam suntik. Kalau nak ayam, kena tunggu stok ayam HPA. Kalau tak ada stok ayam, makan ikan atau sea food aje....Bab-bab makan ni, suami memang cukup particular terutamanya ia akan menjadi darah daging kita dan anak2x yang bakal membesar.
Di bulan hijrah ini 1431H, saya menyeru kawan2x dan diri saya sendiri agar kita berhijrah mencari yang HALAL, mencari yang terbaik untuk keluarga dan diri sendiri. Sesungguhnya mencari yang HALAL itu adalah WAJIB ke atas setiap Muslim. Jom lihat produk2x HPA di link berikut; http://www.hpa.com.my/. Alhamdulillah menurut Cikgu Hassan, permintaan untuk produk HPA makin bertambah walaupun tak sehebat negeri-negeri yang lain seperti Kedah, Kelantan & Terengganu.


Ramai ahli2x kita tak menjadi pengguna tetap HPA dan mungkin disebabkan susah nak dapatkan produk. Di stokis Cikgu Hassan semuanya ada bermula dari ubat-ubatan sehinggalah ke barang kegunaan harian. Cikgu Hassan syorkan juga agar dibuka mini stokis di Taman Sri Pulai kerana masih belum ada pengedar di sana. "Tengoklah dulu Cikgu, jika ada modal dan rezeki yang diizinkan Allah...kami cuba.Cikgu boleh jadi kami punya main stokis untuk dapatkan barang-barang" ujar suami.

No comments: