2 Jan 2010, saya menghantar anak untuk mengikuti sesi oreintasi Tahun 1 di SRI- Sek Rendah Islam Seremban atau cukup dikenali dikalangn ibubapa sebagai sekolah ABIM. Pada pagi itu juga turut diadakan sesi taklimat bersama ibubapa mengenai SRI Seremban dan tahniah kerana SRI Seremban telah menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-20.
Berdasarkan misi dan visi sekolah yang diterangkan oleh CEO dan guru besar saya cukup tertarik apabila asas utama yang diletakkan adalah membina sahsiah pelajar untuk dilengkapi dengan agama, ilmu dan pembentukan akhlak yang baik. Matlamat kedua barulah turun ke akademik. Turut ditekankan setiap pelajar akan dipastikan khatam Al-Quran sekurang-kurangnya pada Tahun 3. Saya sempat berjumpa dengan salah seorang penjaga Pn Sue yang turut menghantar anak ke-3 di sekolah berkenaan. Menurut Pn Sue, dia dan suami berjimat cermat setiap bulan asalkan anak-anaknya mendapat pendidikan yang terbaik.
Memang benar.....meskipun yuran pendaftaran termasuk 3 helai pakaian yang dibeli melebihi RM1K dan yuran bulanan RM275 bagi tahun 1, bagi saya dan suami wang bukanlah nilaiannya. Jika kita inginkan yang terbaik, kita mesti berikan yang terbaik. Selagi hayat ada, selagi bekerja...rezeki yang ada ini adalah untuk anak-anak juga. Jika disimpan duit sebanyak mana sekali pun, pasti tidak akan sama apabila dilaburkan untuk ilmu dan agama.
Saya dan suami berpesan kepada Kaklong supaya menjaga akhlak dan tingkahlaku dengan baik. Dengar cakap cikgu dan bergaul dengan kawan2x dengan sebaik yang mungkin, uasah sombong diri dan bantu antara satu sama lain. Awal2x lagi kak long dah jumpa dengan best friendnya. Selepas ini rutinnya pasti berubah pabila mula bersekolah dari jam 7.30 pagi hingga tamat sesi pada jam 4.30 petang. Tak apalah kak long...biarlah letih sedikit. Asalkan penuh ilmu dunia dan akhirat di dada....
No comments:
Post a Comment