Sunday, January 24, 2010

Allah gantikan semua MASA yang hilang....

Semalam 23 Jan 2010, aku tidak berkesempatan hadir ke mesyuarat Dewan Muslimat PAS Pusat di KL. Balik sahaja dari mesyuarat Pas Kawasan Rembau pada Jumaat malam sekitar jam 12.30malam, kakiku terus membengkak hingga ke pagi Sabtu dan rasa sukar nak berjalan. Mungkin terlalu lama duduk dalam keadaan kaki terjuntai sehingga membataskan pergerakkan.


Pagi Sabtu sebelum ke tempat kerja suami menasihati aku supaya tidak hadir ke mesyuarat. Keadaan diri memang tidak mengizinkan aku untuk memandu ke KL meskipun hati meluap-luap nak pergi mesyuarat. “Jaga kesihatan…jangan paksa diri. Anak dalam perut tu nak rehat juga. Allah lagi memahami kekuatan kita” nasihat suami kepada ku. Hari Sabtu ku habiskan dengan berehat dan mengurut kaki di rumah. Esok hari Ahad....program penuh hingga ke malam.

Hari ini 24 Jan 2010, Allah telah ganti semula permintaanku...Hari ini 7 DALAM 1. Syukur ke hadrat Allah, beri kekuatan, kelapangan dan keizinan untuk buat 8 perkara penting dalam sehari...Sesungguhnya hanya DIA yang mampu mengerakkan anggota, hanya DIA yang mampu mengaturkan penhidupan ini.

PERISTIWA 1- Jam 10 pagi aku memimpin kaum Muslimah Suaru Al-Hikmah Taman Sri Pulai 3 untuk sesi kuliah dan sedikit zikir munajat. Meskipun kehadiran kaum ibu tidak ramai, kelas perjumpaan dan pengajian yang dimulakan sejak 3 minggu lepas perlu dilaksanakan bagi memberi pengisian berterusan kepada kaum ibu di sini. Setiap hari Ahad kami akan bertemu seminggu sekali untk menggeratkan silaturrhim dan menambah ilmu. Hari ni aku membawa satu kisah tentang wanita dalam Al-Quran yang menceritakan tentang Zulaikha yang cintanya cukup mendalam kepada Nabi Yusof a.s.

PERISTIWA 2 - Jam 12thari aku sempat bersama Dewan Muslimat Pas Kawasan Seremban sempena usrah dan ziarah Dewan Muslimat Negeri ke Kawasan Seremban. Pengisian telah diberikan oleh Ustazah Rosminah Sarmani mengenai kemanisan dalam perjuangan. Setiap AJK meluahkan perasaan dan mengatakan betapa banyaknya ujian sebagai seorang muslimat, ibu, isteri dan wktu yang sama terlibat alam jamaah.

PERISTIWA 3 - Jam 1petang kami meneruskan perjumpaan untuk mensyuarat Dewan Harian Muslimat Negeri untuk membincangkan program terdekat di peringkat negeri dan pusat.

PERISTIWA 4 - Jam 3petang, aku tiba di Pasti Al- Hikmah untuk sesi brainstorming aktiviti Muslimat Pas Kawasn Rembau. Alhamdulillah, kami telah berjaya merangka program bermulan Jan 2010 sehingga June 2010 nanti. Setiap AJK telah diberikan kalendar untuk mencatat aktiviti sepanjang 6 bulan nanti.

PERISTIWA 5 - Balik dari brainstorming, lebih kurang jam 5.30petang aku sekeluarga sempat singgah di rumah Pn Hjh Ciana untuk menziarahi beliau yang baru keluar dari hospital. 3 hari di hospital...aku tidak berkesempatan menziarahi beliau. Suami nak balik awal kerana hendak ke surau...

PERISTIWA 6 - Anak-anak bising kerana semalam, aku tidak berkesematan meraikan mereka ke taman permainan... Jam 6.40 kami tiba juga di taman permainan di Betaria dan dapatlah anak-anak bermain dalam 15 minit dan masing2x pulang dengan wajah ceria terutamanya kak long.

PERISTIWA 7- Malam ini jam 9.30malam aku ada mesyuarat untuk program remaja ...JEJAK MENARA GADING. Ikutkan memanglah letih.... tapi aku rasa bersyukur kerana semuanya dengan izin Allah. Allah yang beri kekuatan...yang yang beri kelapangan dan kemudahan. Rasa puas bila dapat masakkan makan malam hari ini dan makan sedulang bersama anak-anak dan suami sebelum keluar semula.... itulah rutin kami...

" Kak Mus...saya keluar lagi malam nie. Tolong tengokkan anak-anak tidur..."pesan saya kepada Kak Mus sebelum meninggalkan rumah. Saya berdoa agar kaki saya tak bengkak lagi esok...kerana esok saya akan menyambung perjuangan ditempat kerja pula.....

No comments: