Sunday, January 18, 2009

Jaga kesihatan dengan refleksologi


Satu kursus yang cukup berkesan terutamanya bagi kita yang sering menghadapi masalah tekanan kerja, sakit belakang,mudah letih,mudah pening, lenguh-lenguh dan pelbagai lagi jenis penyOtak dan jantung merupakan 2 organ yang amat penting dalam sistem tubuh. Otak mengawal perjalanan urat saraf manakala jantung memainkan peranan penting dalam sistem pernafasan. Zaman sekarang ramai yang mudah diserang penyakit jantung, stroke, sakit sendi, urat saraf dan pelbagai lagi penyakit. Rupa-rupanya 2 organ ini saling berkait antara satu sama lain dan ianya boleh digabungjalinkan melalui kursus refleksologi.. Itu antara sedikit teori yang kami pelajari dalam kursus 1 hari berkenaan urutan refleksologi.

Satu kursus yang cukup berkesan terutamanya bagi kita yang sering menghadapi masalah tekanan kerja, mudah sakit belakang,mudah letih,mudah pening, lenguh-lenguh dan pelbagai lagi jenis penyakit yang dihadapi. Jika diluar, kursus urutan refleksologi ini dikenakan bayaran RM250 untuk 2 hari kursus. Bagi saya, RM30 yang dikenakan cukup berbaloi dengan manfaat ilmu yang diperolehi. Bukan setakat ilmu teori sahaja, kami turut didedahkan dengan 63 titik urutan bagi beberapa jenis penyakit. Di samping itu beberapa orang peserta berpeluang merasai urutan refleksologi daripada tenaga pengajar.


Terima kasih kepada Major (B) Ahmad Fauzi Abdul Rahman di atas bimbingan ilmu yang cukup berkesan. Rasa kagum melihat semangat En Fauzi yang begitu tekun mengajar kami serta menunjukkan contoh-contoh urutan yang berkesan.YB Taufek dan isteri, Tn Syed TTJ dan isteri turut hadir memberi sokongan kepada kursus ini. Saya dan suami juga tidak melepaskan peluang belajar ilmu ini. Ia buka setakat membantu melancarkan peredaran darah tetapi turut membantu melancarkan sistem penghadaman dan pernafasan. Ia boleh diparktikan untuk manfaat diri sendiri, pasangan dan juga untuk anak-anak. Ada titik tertentu yang perlukan urutan bagi anak-anak yang sukar bangun pagi dan titik untuk mengelakkan mengantuk. Keadaan kami yang agak sibuk mungkin boleh dimanfaatkan dengan melakukan urutan ini sebagi senaman 10-15 minit sehari. Apa yang penting ianya perlu dilaksanakan secara konsisten dan berterusan.Bagi kita yang terlalu sibuk, acapkali kita lupa akan penjagaan kesihatan diri. Benda ini jatuh nombor 5 atau 6 dalam ranking kehidupan. Kita pentingkan kerja...kerja..kerja tanpa memikirkan faktor kesihatan. Jika badan tak sihat manakan boleh kita melaksanakan tugas harian dan urusan jamaah. semuanya perlukan fizikal dan spritual yang sihat.

Secara keseluruhan kursus ini begitu bermanfaat sekali,apatah lagi penceramah turut menyelitkan kaedah syifa' dan bebrapa pantang larang yang mesti dipatuhi sebelum memulakan sesuatu urutan. Meskipun bilangan peserta tidaklah seramai mana,ianya tidak mematahkan semangat saya untuk melaksanakannya dimasa akan datang. Selepas ini sasaran kami di MTD adalah untuk mengalakkan ibu tunggal yang berminat untuk mempelajarinya dan menjadikannya sebagai satu kemahiran untuk diri untuk dipertingkatkan. Urutan refleksologi ini merupakan satu kemahiran yang praktis bagi membantu golongan ibu tunggal mencari nafkah bagi meringankan bebanan kewangan. InsyaAllah, doakan harapan dan hajat saya untuk membantu mereka menjadi kenyataan.Itu juga komitment yang diberikan oleh isteri YB sendiri, Pn Mahani. Terima kasih kepada semua yang membantu MTD Paroi jayakan program ini.

No comments: