Thursday, January 7, 2010

ABDULLAH AZZAM menginjak usia 3 tahun

Nama anak ke-3 Abdullah Azzam telah dipilih oleh suamiku sempena nama Mujahid akhir zaman Dr. Abdullah Yusuf Azzam. Esok 8.1.2010, genap 3 tahun usia Abdullah Azzam. Abdullah Yusuf Azzam (1941 As-ba'ah Al-Hartiyeh, British Mandate of Palestine – November 24, 1989, Peshawar, Pakistan) (Arabic عبدالله عزام) was a highly influential Palestinian Sunni Islamic scholar and theologian, and a central figure in preaching for defensive jihad by Muslims to help the Afghan mujahideen against the Soviet invaders. He raised funds, recruited and organized the international Islamic volunteer effort of Afghan Arabs through the 1980s, and emphasised the political ascension of Islamism. He is also famous as a teacher and mentor of Osama bin Laden who persuaded bin Laden to come to Afghanistan and help the jihad,[1] although the two differed as to where the next front in global jihad should be after the withdrawal of the Soviets from Afghanistan. [2][3] He was killed by a bomb blast on November 24, 1989.[4] http://en.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Yusuf_Azzam



Meskipun Abdullah Azzam merupakan anak yang paling besar saiznya ketika lahir iaitu 3.3kg, Alhamdulillah...kelahirannya dipermudahkan Allah. Meskipun aku mula masuk ke labor room seawal jam 8pagi dan air ketuban pecah pada jam 8.30pagi..... rasa hendak bersalin amat lambat. Gesa untuk meneran tiada langsung sehingga suami yang menunggu sejak awal pagi sempat pergi menunaikan solat jumaat, sempat tidur sekejap dan menghabiskan bacaan akhbar. Selepas solat asar, barulah aku mula rasa sakit untuk bersalin. Bayangkan punya lama menanti kelahiran Abdullah Azzam sehingga doktor Intan dan jururawat pun risau sebab tak ada gesa nak meneran.

Alhamdulillah...kini hampir genap 3 tahun usia Abdullah Azzam. Aku sentiasa berdoa semoga Abdullah menjadi salah seorang penyambung perjuangan agama suci ini. Ummi dan Babah tak mampu memberikan kemewahan hidup...Apa yang mampu Ummi & Babah bekalkan hanyalah ilmu untuk menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Moga Abdullah Azzam menjadi anak yang soleh, taat pada agama dan mewarisi perjuangan ini. Amin....


No comments: