Saturday, January 16, 2010

Ilmu IT bersama Muslimat muda

Ahad lepas (10 Jan 2010) , saya bersama adik Atriza sempat menghadiri bengkel pemerkasaan Web yang di anjurkan oleh Jabatan IT Dewan Muslimat Pas Pusat. Kebetulan pada hari yang sama saya ada 3 program hingga ke petang. Seperti biasa jika meningggalkan rumah bermula pagi hingga ke petang, menu yang biasa dimasak ialah nasi lemak. Sekurang-kurangnya tak perlulah memasak pada tengahari nanti. Ain beria benar minta saya masakkan nasi ayam tapi apakan daya memang saya tak berkesempatan. Bila dimaklumkan pagi tu saya masakkkan nasi lemak...Ain seronok sedikit. Memang dia suka makan nasi lemak dan nasi ayam...Jam 8.30 baru kami bertolak dari Seremban dan Alhamdulillah kami tiba di Pejabat Pas Pusat , Jln Raja Laut sekitar jam 9.30pagi.Boleh dikatakan hampir 99% peserta adalah dikalangan anak-anak muda Muslimat. " Nampaknya kata sini kak Wani yang paling senior Atriza"...
Sudah pastinya pabila menjadi orang yang paling senior, perhatian akan banyak diberikan kpeada kita. Al-maklumlah...adik2x ni cukup advance dalam bab IT. Saya agak ketinggalan dan sering angkat tangan meminta bantuan facilitator. Payah juga nak set up laman web ni. Tapi berdasarkan kelas yang dihadiri hampir 1/2 hari, adik2x ini mampu menyiapkan laman web dalam masa sehari.Teknik yang digunakan pun agak mudah...Teruja melihat anak-anak muda ini bersungguh-sungguh mendalami ilmu IT. Ramai wakil negeri yang hadir dan di NS, hanya saya dan adik Atriza. Saya maklumkan kepada Atriza untuk cuba buat pabila balik nanti...Beliau lebih mahir bab-bab IT dan ada kemudahan dirumah.
" Kak wani nie...banyak sangat gangguan bila nak fokus bab IT nie. Nak buka komputer kena tunggu anak-anak tidur dulu atau bangun awal pagi untuk menaip. Tahniah kepada adik-adik IT DMPP yang berjaya melaksanakan bengkel ini. Kami berdua terpaksa balik awal jam 1petang kerana saya ada meeting surau Tmn Sri Pulai 3 pada jam 2petang dan meeting muslimat kawasan jam 3petang. Terima kasih adik2x kerana bantu kak wani...
.

No comments: