

Namun...jika penggunaan nama Allah ini disamakan dengan 'Tuhan' yang disembah oleh penganut agama lain dalam bentuk pengabdian maka ianya perlu dihalang. Sebagai umat Islam yang yang turut berpegang dengan Tauhid Uluhiyyah, mana mungkin kita boleh samakan Allah dengan Tuhan yang lain. Allah yang kita sembah adalah Esa, Tuhan yang satu.... Justeru itu, sebagai ahli dalam gerakan Islam yang berperanan sebagai pendakwah, kita sewajarnya mempunyai pendangan yg jelas dalam setiap perkara. Usah mudah melatah dan wala' dengan setiap pandangan yang keputusan yang telah disepakati syura'. Itulah indahnya konsep berjamaah dalam Islam.
InsyaAllah, Prof Madya Dr. Asia Ali bersetuju untuk menjadi Naqibah bagi slot Liqa' Al Fikri Dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau. Program 2 bulan sekali ini , InsyaAllah akan diteruskan hingga ke akhir tahun. Sesi liqa Al-Fikri yang seterusnya ialah pada bulan Mac 2010 di Pasti Al- Fadhil. Muslimat turut bersetuju sekiranya program ini di adakan di lokasi Pasti yang berlainan dalam setiap siri dan semua Muslimat berpeluang menziarahi pasti secara tidak lansung.
No comments:
Post a Comment