Thursday, January 7, 2010

Management Review

Kita masih lagi baru menamatkan tahun 1430H dan memulakan tahun baru 1431H. Disetiap awal tahun baru, pasti pelbagai azam baru terbayang di kotak fikiran untuk dilaksanakan pada tahun yang mendatang. Dalam sistem pengurusan atau MANAGEMENT SYSTEM sama ada ISO9001, OHSAS 18001 mahupun ISO14001, elemen yang terakhir adalah Management Review.Kebiasaanya management review dilaksanakan bersama pihak pengurusan atasan ataupun TOP MANAGEMENT.

Seharusnya pabila meyambut tahun baru ini kita turut melaksanakan MANAGEMENT REVIEW , mengkoreksi diri, muhasabah diri dan bermunajat dengan SANG PENCIPTA. Merenung kembali akan segala tindakan, aktiviti, perkara,amalan yang telah kita laksanakan selama setahun. Adakah bertambah amalan...atau bertambahnya dosa.
Gambar kenangan perkahwinan pada 30.12.2001
Hujung tahun lepas juga (2009), saya dan suami telah 8tahun menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Memang cerewet bila bidang tugas isteri adalah develop management sistem..... Sudah pastinya MANAGEMENT REVIEW dilaksanakan bagi mengenalpasti kelemahan, kekurangan dan perjalanan selama setahun yang lalu dan 8 tahun yg telah berlalu. Setiap tahun pasti diletakkan target untuk memperbaiki akan kelemahan diri. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberkati jodoh dan melimpahkan kebahgiaan kepada kami suami isteri. Perjalanan masih jauh...buat kami. Target dan objektif yang ada didepan mata masih banyak yang belum dilaksanakan.

Saya sentiasa mendoakan semoga Allah melimpahkan keImanan, kebahgiaan, keberkatan, kerahmatan, kemurahan rezeki dan kasih sayang kepada kami sekeluarga dalam melayari hidup alam rumahtangga. Perjuanganlah yang telah menemukan kami...dan biarlah perjuangan jua yang memisahkan kami. Alangkah indahnya...jika dapat mati dalam perjuangan menegakkan kalimah Ilahi.

No comments: