Mutiara kata yang indah... titipan untuk jiwa dan minda. Forum berbicara dan berkongsi rasa untuk insan yang memahami erti kasih,sayang dan cinta kepada Ilahi dan alam semesta.Hubungi saya untuk sebarang pertukaran maklumat,info dan perkongsian pengalaman di halwan9@yahoo.com atau 013-3851202 (Nur Wani)
Sunday, January 31, 2010
5 orang Muslimah diperlukan SEGERA!
Gaji: RM500
Tempat tinggal + makan PERCUMA disediakan
Bekerja Isnin hingga Jumaat sahaja.
Tempat: TASKA PERMATAKU... Taman Panchor Jaya
Diutamanya untuk remaja dan Muslimah dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Berminat sila hubungi En Hassan 0192171942
BENGKEL iMeGa 2010 (info Menara Gading)
BENGKEL iMeGa 2010 (info Menara Gading)
untuk REMAJA MUSLIM
Tarikh : 21 Feb 2010 / Ahad
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Kuliah, Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan
Terhad 50 peserta sahaja
Yuran pendaftaran RM 20 (termasuk makan minum)
50% diskaun jika daftar sebelum 17 Feb 2010
Matlamat :
- Memberikan panduan pemilihan kursus di IPTA/IPTA kepada lepasan SPM/STPM
- Membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan serta borang bantuan kewangan
- Memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2010/2011
- Membina keyakinan diri dan halatuju peribadi Muslim di menara gading
Berminat sila hubungi :
Pn Wani 013-3851202
En Akob 012-3781945
Cik Atriza 013-6485597
Cik Najihah 013-9474951
ANJURAN:
NISA Rembau
Yayasan Amal Malaysia Cawangan NS
Surau Alamanda, Senawang
Surau Al-Hikmah, Taman Tasik Jaya
Sunday, January 24, 2010
Allah gantikan semua MASA yang hilang....
Semalam
Pagi Sabtu sebelum ke tempat kerja suami menasihati aku supaya tidak hadir ke mesyuarat. Keadaan diri memang tidak mengizinkan aku untuk memandu ke KL meskipun hati meluap-luap nak pergi mesyuarat. “Jaga kesihatan…jangan paksa diri. Anak dalam perut tu nak rehat juga. Allah lagi memahami kekuatan kita” nasihat suami kepada ku. Hari Sabtu ku habiskan dengan berehat dan mengurut kaki di rumah. Esok hari Ahad....program penuh hingga ke malam.
Hari ini 24 Jan 2010, Allah telah ganti semula permintaanku...Hari ini 7 DALAM 1. Syukur ke hadrat Allah, beri kekuatan, kelapangan dan keizinan untuk buat 8 perkara penting dalam sehari...Sesungguhnya hanya DIA yang mampu mengerakkan anggota, hanya DIA yang mampu mengaturkan penhidupan ini.
PERISTIWA 1- Jam 10 pagi aku memimpin kaum Muslimah Suaru Al-Hikmah Taman Sri Pulai 3 untuk sesi kuliah dan sedikit zikir munajat. Meskipun kehadiran kaum ibu tidak ramai, kelas perjumpaan dan pengajian yang dimulakan sejak 3 minggu lepas perlu dilaksanakan bagi memberi pengisian berterusan kepada kaum ibu di sini. Setiap hari Ahad kami akan bertemu seminggu sekali untk menggeratkan silaturrhim dan menambah ilmu. Hari ni aku membawa satu kisah tentang wanita dalam Al-Quran yang menceritakan tentang Zulaikha yang cintanya cukup mendalam kepada Nabi Yusof a.s.
PERISTIWA 2 - Jam 12thari aku sempat bersama Dewan Muslimat Pas Kawasan Seremban sempena usrah dan ziarah Dewan Muslimat Negeri ke Kawasan Seremban. Pengisian telah diberikan oleh Ustazah Rosminah Sarmani mengenai kemanisan dalam perjuangan. Setiap AJK meluahkan perasaan dan mengatakan betapa banyaknya ujian sebagai seorang muslimat, ibu, isteri dan wktu yang sama terlibat alam jamaah.
PERISTIWA 3 - Jam 1petang kami meneruskan perjumpaan untuk mensyuarat Dewan Harian Muslimat Negeri untuk membincangkan program terdekat di peringkat negeri dan pusat.
PERISTIWA 4 - Jam 3petang, aku tiba di Pasti Al- Hikmah untuk sesi brainstorming aktiviti Muslimat Pas Kawasn Rembau. Alhamdulillah, kami telah berjaya merangka program bermulan Jan 2010 sehingga June 2010 nanti. Setiap AJK telah diberikan kalendar untuk mencatat aktiviti sepanjang 6 bulan nanti.
PERISTIWA 5 - Balik dari brainstorming, lebih kurang jam 5.30petang aku sekeluarga sempat singgah di rumah Pn Hjh Ciana untuk menziarahi beliau yang baru keluar dari hospital. 3 hari di hospital...aku tidak berkesempatan menziarahi beliau. Suami nak balik awal kerana hendak ke surau...
PERISTIWA 6 - Anak-anak bising kerana semalam, aku tidak berkesematan meraikan mereka ke taman permainan... Jam 6.40 kami tiba juga di taman permainan di Betaria dan dapatlah anak-anak bermain dalam 15 minit dan masing2x pulang dengan wajah ceria terutamanya kak long.
PERISTIWA 7- Malam ini jam 9.30malam aku ada mesyuarat untuk program remaja ...JEJAK MENARA GADING. Ikutkan memanglah letih.... tapi aku rasa bersyukur kerana semuanya dengan izin Allah. Allah yang beri kekuatan...yang yang beri kelapangan dan kemudahan. Rasa puas bila dapat masakkan makan malam hari ini dan makan sedulang bersama anak-anak dan suami sebelum keluar semula.... itulah rutin kami...
" Kak Mus...saya keluar lagi malam nie. Tolong tengokkan anak-anak tidur..."pesan saya kepada Kak Mus sebelum meninggalkan rumah. Saya berdoa agar kaki saya tak bengkak lagi esok...kerana esok saya akan menyambung perjuangan ditempat kerja pula.....
Saturday, January 16, 2010
Beli kek Ahmad Fhozi , Major (bersara)
Isu Kalimah Allah
Ilmu IT bersama Muslimat muda
Wednesday, January 13, 2010
Liqa' Fikri Muslimat Siri 1 2010
Tarikh : 16 Jan 2010 (Sabtu)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : PASTI Al Hikmah , Taman Tuanku Jaafar, Senawang
Tajuk :
Isu penggunaan nama Allah “Muhassabah Akhlak Berjamaah”
Penceramah:
Prof Madya Dr. Asiah Ali
AJK Lujnah Tarbiyah Pas Pusat dan AJK Dewan Muslimatb Pas Pusat.
Terbuka kepasa semua AJK Muslimat, Ahli dan Guru PASTI
Anjuran : Dewan Muslimat Kawasan Rembau
Sebarang maklumat berkenaan program sila hubungi Pn Norwani 013-3851202
Thursday, January 7, 2010
Jom Bantu beliau....
Kepada semua penerima email ini
Keluarga saya telah berjumpa dengan En Mohamad Roslan Jamalun pada hari Ahad, 27 Disember 2009 bersamaan dengan 10 Muharam 1431H.
Keadaan isterinya, Puan ZURIDA AHMAD, masih sama sepertimana yang tertulis dalam artikel “ROSLAN SEBAK MENGENANG NASIB ISTERI” (Sinar Harian, Selasa, 8 Julai 2008).
Oleh itu, sesiapa yang sudi melawat keluarga beliau, alamatnya ialah: B3 Tingkat 1, Asrama Masjid Al-Hidayah, Jalan SS3/44, Kelana Jaya , 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Saya juga meminta jasa baik tuan/puan supaya dapat “forward” atau sebarkan email ini kepada kenalan-kenalan tuan/puan, mudah-mudahan ada yang sudi menghulurkan bantuan dan meringankan penderitaan keluarganya.
Nombor bank akaun Encik Mohamad Roslan Jamalun ialah MAYBANK 114496013860.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik tuan/puan.
FADZLULLAH ABDULLAH
ABDULLAH AZZAM menginjak usia 3 tahun
Meskipun Abdullah Azzam merupakan anak yang paling besar saiznya ketika lahir iaitu 3.3kg, Alhamdulillah...kelahirannya dipermudahkan Allah. Meskipun aku mula masuk ke labor room seawal jam 8pagi dan air ketuban pecah pada jam 8.30pagi..... rasa hendak bersalin amat lambat. Gesa untuk meneran tiada langsung sehingga suami yang menunggu sejak awal pagi sempat pergi menunaikan solat jumaat, sempat tidur sekejap dan menghabiskan bacaan akhbar. Selepas solat asar, barulah aku mula rasa sakit untuk bersalin. Bayangkan punya lama menanti kelahiran Abdullah Azzam sehingga doktor Intan dan jururawat pun risau sebab tak ada gesa nak meneran.
Alhamdulillah...kini hampir genap 3 tahun usia Abdullah Azzam. Aku sentiasa berdoa semoga Abdullah menjadi salah seorang penyambung perjuangan agama suci ini. Ummi dan Babah tak mampu memberikan kemewahan hidup...Apa yang mampu Ummi & Babah bekalkan hanyalah ilmu untuk menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Moga Abdullah Azzam menjadi anak yang soleh, taat pada agama dan mewarisi perjuangan ini. Amin....