Thursday, September 10, 2009

SALAM LEBARAN DAN PERUTUSAN PERJUANGAN

Assalamu’alaikum wbt dan Salam Ramadhan al-Mubarak

Syukur ke hadrat Allah kerana mengizinkan kita menjadi tetamu dibulan yang mulia pada tahun ini. Tahun yang penuh mencabar, dengan pelbagai isu dan berita yang berlaku di dalam negeri dan negara. Syukur ke hadrat Allah sekali lagi kerana kita berjaya menempuh bulan Ramadan al-Mubarak dengan penuh ketaatan dan ketekunan dalam ibadah. Tiada hadiah kejayaan yang terlebih besar dan paling istimewa melainkan kejayaan memperoleh status takwa dalam bulan yang mulia ini.

Firman Allah SWT;
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa." (maksud al-Baqarah: 103)

Muslimat yang di kasihi Allah SWT,

Menyoroti perlbagai peristiwa yang berlaku sepanjang bulan mulia ini diikuti dengan beberapa siri PRK yang lepas, tanggungjwab dan peranan kita sebagai jentera dan sayap kiri perjuangan semakin besar. Besarlah harapan saya agar semua Muslimat akan terus beristiqamah dalam menyongsong perjuangan yang serba mencabar ini terutamanya menjelang PRK di NS.

Meskipun kita dianugerahkan Allah kemenangan anak sulung di bumi bertuah Paroi, namun ingatlah bahawa kejayaan bagi kita selaku pendokong gerakan Islam adalah bukan sahaja kejayaan di dunia malah lebih-lebih lagi kejayaan di akhirat yang kekal abadi. Perjuangan bukan setakat terhenti selepas kejayaan diperoleh, malah banyak lagi peranan yang perlu kita mainkan bagi memastikan ’anak’ yang lahir ini menjadi contoh tauladan kepada yang lain di Negeri beradat ini.

Muslimat yang di rahmati Allah SWT,

Menjelang PRK N13 - Bagan Pinang yang akan datang, saya menyeru semua tenaga Muslimatt di peringkat cawangan,kawasan,guru-guru PASTI untuk sama-sama memmbantu dan menggerakkan jentera HalWa disemua peringkat. Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembimbing kita untuk lebih bersemangat melakukan ibadah selepas Ramadhan. Walaupun Ramadan al-Mubarak bakal berlalu pergi, semua ahli Muslimat di pelbagai peringkat parti perlulah terus menerus meningkatkan kerja dakwah bagi mengajak rakyat untuk bersama membela Islam menerusi wadah perjuangan PAS. Medan pertempuran N13 telah dibentangkan seluasnya dan disediakan untuk kita merebut peluang bekerja membantu agama Allah ini.

Firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLAH, pasti Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu.."(Surah Muhamad:ayat 7)

Muslimat yang di cintai Allah SWT,

Yakinlah bahawa Allah Tuhan kami, Rasulullah s.a.w Ikutan kami, Al-Quran panduan kami, Jihad Jalan Kami, Mati Di Jalan Allah Cita Tertinggi Kami. "Sesungguhnya Solatku,Ibadahku,Hidupku, dan Matiku hanya kerana Allah"
AYUH marilah kita sama-sama bergandingan turun ke N13- Bagan Pinang bagi memastikan lahirnya seorang lagi Mujahid di Negeri beradat ini. Mujahid yang bakal menyemarakkan kebangkitan Islam di Negeri Sembilan.InsyaAllah.

Akhir kalam, saya memohon maaf kepada semua Muslimat sekiranya saya pernah mengeluarkan kata-kata yang menguris hati serta tutur bicara yang kurang menyenangkan hati. Salam kemaafan daripada saya diatas segala kesalahan dan kesilapan sepanjang memimpin saff Muslimat di Rembau ini.

Akhir kata, Salam Eidulfiti dan dalam kita bergembira usah kita lupa pada yang telah tiada dan insan yang sengsara.
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN REMBAU
21 Ramadhan 1430H

No comments: