Selamam balik sahaja rumah, anak yang sulung memaklumkan ,
“ Ummi, Babah dah jadi Mr. Mama hari ni. Babah masak untuk Azzam”
”Iyea...Babah masak apa?” tanyaku sambil menyelak tudung saji.
”Babah masak roti telur...”
Mengenalinya, menjadi isterinya,sahabatnya dan teman karibnya merupakan satu anugerah pengalaman yang cukup manis buatku. Meskipun baru 8 tahun menjalani kehidupan bersamanya, namun rasa macam baru sahaja hidup bersamanya. Beeb adalah teman seperjuangan dan sahabat karib dalam apa sahaja situasi. Apa sahaja cerita, pasti ingin ku kongsi pengalaman bersamanya dan Beeb tak pernah jemu mendengar aku bercerita dan sering memberi pendapat dalam setiap keputusan yang ingin aku laksanakan. Beeb seorang yang amat memahami dan jauh sekali marah atau berkecil hati jika aku melakukan kesalahan.
Paling berkesan di jiwaku ialah, ketika aku melahirkan ke tiga-tiga orang anak dimana Beeb menemankan aku ketika dalam kesakitan sehingga kelahiran. Beeb menjagaku, memandikanku, membersihkan lukaku, menyuapkanku dan pelbagai kebaikan yang tidak mampu kusenaraikan.
Beeb tidak pernah merungut setiap kali ditinggalkan bersama anak-anak ketika aku selalu outstation. Bagi Beeb, melayan karenah anak2x merupakan salah satu aktiviti yang gemar dilakukannya. Beeb memang suka budak2x dan bila sekeluarga bersama, sikapku yang serius pun akan bertukar menjadi budak-budak.
Semenjak mengandungkan anak ke-4 ini, perhatian Beeb semakin bertambah. Beeb sering nasihatkanku untuk menjaga kesihatan dan berehat. Masalahnya aku memang payah nak duduk diam dan rasa rimas bila asyik duduk aje. Di dalam bulan yang mulia ini, aku mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk beraya bersama suami tercinta dan anak-anak. Sering ku berdoa semoga Allah memelihara keluargaku, melihara Beeb,melindunginya dan memberikan kekuatan kepadanya.
"Sesungguhnya aku menyintainya kerana Mu Ya Allah, dan jika aku membenci...aku hanya membencinya kerana Mu Ya Allah bukan kerana yang lain".
Beeb...Mr Mama yang baru. Ratu hati Ummi...
1 comment:
Wani, terharu baca ni.. I wish to be like your hubby jugak to my lovely wife..
Post a Comment