Kadang2x geram pun ada, marah pun ada bila apa yang dirancang tak menjadi. Banyaknya alasan yang diberi. Banyaknya masalah yang diberi. Asyik x boleh aje.... Aku melihat orang Melayu x sekuat jati diri orang Indonesia. Bukannya aku nak terlebih puji org Indonesia tetapi aku lihat org Indonesia ini jiwanya kental. Semangatnya jitu. Letaklah, di lembah mana pun, di negara mana pun, mereka boleh hidup mencari rezeki. Para ibu sanggup tinggalkan anak bertahun-tahun semata-mata untuk mencari rezeki. Kita di Malaysia ini baru 2-3 hari tinggalkan anak, dah risau tak tentu hala. Baru sehari suntuk tinggalkan suami, dah risau sakan. Macamlah suami kita tak pandai nak cari makan sendiri dan jaga diri sendiri.
Aku merasakan, kita sebagai org Islam berbangsa Melayu ini harus mengakui bahawa pergantungan kita hanya kepada Allah. Kadang kala kita risau tak tentu pasal dan fikir yg negatif sehingga semuanya tak berjalan.Itu tak kena, ini tak kena bila kita hanya fikir yang negatif. Dari tak ada masalah, boleh jadi masalah disebabkan diri kita yang berfikiran negatif. Sedikit panduan untuk diri sendiri dan kita semua bagi menjadi insan yg sentiasa positif.
1. Orang yang bersikap positif semakin tercabar, semakin kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!
2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!
3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Ianya didorong bersama semangat tidak mudah putus asa dan bekerja keras! Seperti kata pepatah Arab, “Barangsiapa yang berusaha dia pasti akan berjaya. Barangsiapa yang bercucuk tanam maka dia akan dapat menuai hasilnya.”
4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri
Kecemerlangan diri tidak ada batasan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mencari jalan memperbaiki prestasi diri sendiri. Apa yang dilihat sebagai terbaik hari ini mungkin dinilai sederhana saja sepuluh tahun akan datang. Orang yang positif bertanggungjawab kepada diri sendiri serta tindakan-tindakannya - berdikari. Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Dengan sikap seperti ini, setiap orang boleh berjaya. Malah dengan bersikap demikian juga, dapat pula ia membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara yang membina.
5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.
6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.
7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh
Boleh dikatakan bahawa setiap orang yang mencapai kejayaan pernah jatuh bukan sekali, malah beberapa kali, tetapi, mereka ini dapat bangun semula daripada kejatuhan. Mereka tidak mengalah. Setiap kali jatuh, setiap kali juga mereka bangun semula dan terus gigih bertatih untuk lebih mantap berjalan. Biarpun banyak kali jatuh, banyak kali juga kita perlu bangun.
Kunci kejayaan mereka ialah bukan sedalam mana mereka jatuh, tapi sekuat mana kemampuan mereka melantun dan berdiri semula pada kedudukan lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Allah sudah menyatakan dalam Al-Quran betapa nasib seseorang itu tidak akan berubah melainkan dia sendiri berusaha mengubahnya.
Allah sudah menyatakan dalam Al-Quran betapa nasib seseorang itu tidak akan berubah melainkan dia sendiri berusaha mengubahnya.
"Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut." Bidalan - Pepatah Melayu; Penjelasan: Penakut tidak dapat apa-apa.
No comments:
Post a Comment