Tuesday, October 28, 2008

Jahitan manik tarik minat para suri

24 Oct 2008 – Kursus jahitan manik yang dianjurkan oleh Muslimat Paroi Pasti Amal, Taman Marida mendapat sambutan yang sungguh menggalakan dikalangan para surirumahtangga di sekitar taman di Senawang. Dalam program tersebut, para peserta telah diberikan tunjuk ajar asas tahap 1 tentang jahitan manik pada baju kurung oleh tenaga pengajarnya Pn Norashikin. Kursus yang diadakan secara PERCUMA itu telah memberi banyak manfaat kepada peserta terutamanya suri rumah untuk cuba mempraktikan latihan yang diberikan bagi mengurangkan beban kos dengan menghantar baju ke kedai jahitan. Menjahit manik ini boleh dijadikan hobi sambilan bagi mengisi masa lapang disamping dapat menambahkan pendapatan.
Menurut tenaga pengajar, Pn Norashikin; trend menjahit manik pada baju kian mendapat sambutan dikalangan kaum wanita. Bukan setakat baju dan tudung, malah jahitan bersulamkan manik dan kristal ini turut terkenal dalam aksesori lain seperti gelang, cincin dan pin tudung. Sedikit sebanyak ianya menambahkan keserian kepada semua pakaian dan aksesori wanita. Walaupun kain yang dibeli tidak berapa mahal namun apabila di sulami dengan manik dan kristal, ianya akan menambahkan lagi seri si pemakai. Pn Norwani, selaku pengarah program turut memaklumkan bahawa siri-siri jahitan manik pada masa akan datang akan cuba diteruskan memandangkan sambutan yang amat menggalakan dikalangan para wanita dan remaja. Bagi yang berminat untuk mendapatkan aksesori berasaskan batu mutiara dan kristal bolehlah mendapatkannya di gerai Pn Norashikin di Giant Senawang ataupun di Seremban Parade. Puan Norashikin boleh dihubungi di talian 019-6535145.

Monday, October 27, 2008

Jamuan ADUN Paroi meriah


25 Oct 2008 – Jamuan Hari Raya yang diadakan oleh YB ADUN Paroi, Hj Mohamad Taufek Abdul Ghani cukup meriah dengan kehadiran lebih 3000 orang tetamu. Jamuan yang diadakan di Dataran Senawang, pada jam 2-5 petang tersebut disajikan dengan pelbagai hidangan yang disediakan sendiri oleh semua petugas Majlis Tindakan Dun Paroi, dibawah kelolaan En Hassan Tamby. Disamping pelbagai juadah tradisional seperti, ketupat, lemang, rendang, nasi impit dan nasi beriani; terdapat juga beberapa juadah istimewa seperti mee hun sup, kueh teow goreng dan cucur panas yang dibawa khas oleh pihak Adabi.

Program makin ceria apabila 500 orang kanak-kanak yang hadir menerima hadiah ais krim dan sumbangan duit raya oleh YB Paroi yang turut di sampaikan oleh En Hassan, Hj Shukri (Ketua Dewan Pemuda Pas Rembau) dan Pn Mahani (iseri YB). Pihak urusetia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penderma, dermawan dan AJK yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan program. Kehadiran tetamu daripada pelbagai bangsa menunjukkan tiadanya lagi persepsi negatif non-malay terhadap pimpinan Pas yang dipilih. Dalam waktu yang sama program dimeriahkan dengan acara kuiz yang dikendalikan oleh Sdr Fad dan hadiah disumbangkan oleh Mr Yau selaku ketua Kelab Penyokong NS. Saya tidak melepaskan peluang bergambar bersama isteri Mr Yau dan Pn Hjh Fatimah (veteran Pas di Ampangan).

Alhamdulillah, program berjalan lancar dan ramai sahabat-sahabat yang mendoakan agar cuaca sepanjang program baik hingga ke tengah malam. Ada yang buat solat hajat mohon kepada Allah semoga majlis berjalan dengan lancar dansempurna. Syukur ke hadrat Allah diatas kurnian nikmat yang tidak terhingga. Jazakallah... kepada semua UPU, guru-guru pasti, muslimat Paroi, pemuda , Unit Amal dan AJK2x yang terlibat. Moga Allah merahmati anda semua di dunia dan diakhirat.

Thursday, October 23, 2008

Kasut sekolah RM4.90?

" Ummi, nanti tahun depan Ain tak payah beli kasut ye. Kasut Ain elok lagi" kata-kata Ain melegakan hati. Alhamdulillah, anak-anak ini faham. Tak elok membazir. membazir adalah amalan syaitan. Lebih-lebih lagi masa sekarang. Sekarang adalah masa terbaik untuk menabung…masa untuk berjimat. Ekonomi tidak berapa stabil dan jika dibaca artikel-artikel dan ulasan pakar ekonomi; ramai berpendapat bahawa krisis ekonomi masa kini lebih teruk berbanding tahun 1998. Jangkaan ekonomi akan pulih seperti biasa ialah pada tahun 2011.
Meskipun harga minyak turun sedikit namun harga barang-barang keperluan terus melambung tinggi. Bagi ibubapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah; bebanan kewangan kian mencabar tenaga dan minda. Tak lepas juga kepada kaum lelaki yang isterinya tidak bekerja. Hidup kian meruncing buat ibu tunggal yang tiada pendapatan mahupun pekerjaan tetap. Lebih memilukan mereka telah hilang tempat bergantung. Apabila meneliti scenario ekonomi sekarang kita selaku para ibu harus memainkan peranan bagi memastikan keperluan rumahtangga dapat diuruskan dengan sebaiknya dan konsep berjimat cermat dalam perbelanjaan.
Kalau boleh cari barang yang berkualiti dengan harga yang murah. Bagi saya; kalau menepati citarasa, lagi murah lagi bagus. Contohnya kasut sekolah anak yang berusia 5 tahun saya beli diTesco. Sepasang hanya RM4.90 dan kami beli 2 pasang. Alhamdulillah, sampai hujung tahun kasutnya masih elok seperti baru. Tak koyak, tak ada rekahan dan warna pun tak luntur. Syukur kepada Allah kerana anak memahami perkara ini. Dia tak minta bukan-bukan. Mungkin dia faham ada ramai lagi insan yang tidak dapat kasut baru. So, kita sebagai ibubapa kalau nak berbelanja fikirlah banyak kali. kadang kala anak boleh toleransi namun sikap sesetengah ibubapa tidak mahu toleransi dengan kemampuan sendiri. Bagi saya, jangan ikut orang. Meskipun kita mampu beli yang mahal, fikirlah akan banyak lagi perkara yang boleh dibuat dengan duit yang sedia ada. Contoh yang mudah; berilah pada yang tiada agar terhibur hati mereka yang lara.

Saturday, October 18, 2008

Muhamad Ammar...Mujahid akhir zaman

Alhamdulillah...Salah seorang ahli usrah kami Ainul Shahrazat; telah selamat melahirkan seorang anak lelaki. Beliau juga merupakan salah seorang AJK Nisa NS. Ainul dan Dhuha(suami) adalah antara orang kuat dalam kempen edar risalah di Dun Paroi semasa PRU-12 yang lepas. Syukur tidak terhingga kepada Allah kerana mempermudahkan segala urusan beliau sekeluarga. Bagi sahabat yang ingin mengucapkan tahniah boleh SMS kepada beliau di nombor 0136971176.


Bila adanya anak, 100% kehidupan akan terasa perbezaannya. Dulu berdua, kini bertiga. Apa2x sahaja yang ingin kita lakukankan; seringkali akan teringtakan anak. Anak...anak...anak...bahagianya diri pabila rumahtangga dikurniakan dengan cahayamata. Sedih sangat pabila teman2x sepejabat masih belum dikurniakan anak selepas lebih 3 tahun berkahwin. Saya sering mendoakan agar Allah kurniakan zuriat kepada ex-boss saya. Saya ingin semua wanita yang telah berkahwin merasa nikmatnya, bahagianya apabila bergelar ibu
Duhai anak…
Bila merenung wajah comelmu
Bila dibelai ubun-ubunmu
Bila ditatap sekujur tubuhmu
Air mata Ummi mengalir pilu
Dikau tidur dalam sendu
Sendiri selalu

Duhai anak…
Jika mampu ummi ucapkan
Jika terdaya ummi suarakan
Jika kuat ummi kotakan
Apa yang mampu Ummi sediakan
Agar dirimu bahagia dan tenang

Duhai anak...
Hidup ini penuh pancaroba
Hidup ini bak putaran roda
Sesekali ketawa..sesekali berduka
Usah dirimu lupa insan yang derita
Usah sombong berlagak kaya
Usah di caci pada yang hina
Kerna kita hanya insan biasa
Amat kerdil disisiNya
Amat dhaif di hadapan Pencipta
Jika tanpa iman di jiwa

Duhai anak...
Saban ketika Ummi berdoa
Agar semuanya jadi insan berjaya
Taat pada perintah Yang Esa
Berjuang untuk agama nan mulia
Cinta pada Allah, Rasul dan ibubapa
Moga engkau bahagia
Di dunia dan akhirat selamanya

Nukilan
Nur mutiara @ ummu azzam

Blogger NS

POLITIK N.SEMBILAN
PAS N.Sembilan http://pasnns.blogspot.com
PAS Rembau http://rembau-hari-ini.blogspot.com
PAS Johol http://joholhariini.blogspot.com
PAS Jelebu http://pasjelebu.blogspot.com
PAS Tampin http://pastampin.blogspot.com
PKR N.Sembilan http://pkrn9.blogspot.com
PKR Kuala Pilah http://gerbangkeadilankp.blogspot.com
PR N.Sembilan http://pakatanrakyatn9.blogspot.com
PR Juasseh http://jemapohku.blogspot.com
Pemuda PAS N.Sembilan http://dppn9.blogspot.com
Pemuda PAS Seremban http://pemudapasseremban.net
Pemuda PAS Jempol http://pemudapasjempol.blogspot.com
Media PR N.Sembilan http://prn9.blogspot.com
UMNO Paroi Jaya http://umnoparoijaya.blogspot.com

AKTIVIS MASYARAKAT N.SEMBILAN
YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas http://telokkemang.blogspot.com
YB Hj Mohamad Taufek http://mohdtaufek.blogspot.com
YB Hj Aminuddin http://aminuddinharun.blogspot.com
YB Loke http://lokesiewfook.blogspot.com
YB Khairy http://www.rembau.net
CheguBard http://chegubard.blogspot.com
Mohamad Rafie Ab Malek http://rafiemalek.blogspot.com
Ali Maidin http://sokongpr.blogspot.com
Dr Rosli Yaakop http://drrosliyaakop.blogspot.com
Anak Muda N.Sembilan http://amkns.blogspot.com
Rozmal Malakan http://waghih.blogspot.com
Saiful Bahari Jaaman http://orangklawang.blogspot.com
Mohd Nazree Yunus http://minda-pemuda.blogspot.com
Dharmala NS http://abdulmulukdaud.blogspot.com
Ust Abd Halim http://inijalanku.wordpress.com
Ampangan http://ampanganboulevard.blogspot.com
Cikgu Din http://tuklong-ns.blogspot.com
Dzull http://dzulhaqq.blogspot.com
Hamedon http://hamedon-wadanislam.blogspot.com
Atriza http://atriza.blogspot.com
Maarof Kassim http://maarofkassim.blogspot.com
Nisah Haron http://annyss.blogspot.com
Dr Thinagaraj http://dravidar.blogspot.com
Biduanda Gadong http://biduanda-gadong.blogspot.com
Kamal Affendi Hashim http://kamalfndhashim.blogspot.com
At Tibyan http://at-tibyan.blogspot.com Dr Faridah http://2uzulfa.blogspot.com
Tampin http://tpnns.blogspot.com
Husaini http://sut07.blogspot.com
Alumni Gadong http://ulugadong.blogspot.com
Nisa Seremban http://nisaseremban.blogspot.com

Tuesday, October 14, 2008

Pantun Gurindam Syawal buat Bonda

* Sempena Majlis Hari Rraya PPP Kawasan Seremban

Bulan Ramadhan bulan keberkatan
Merebut ganjaran pohon keampunan
Sembilan bulan didalam kandungan
Bonda berdoa dalam penantian

Bulan Syawal semakin berseri
Kunjung mengunjung maaf-bermaafan
Dari tapak kaki sebesar dua jari
Kita dibesarkan penuh pengharapan

Syawal dirai, Ramadhan di jaga
Segala amalan tak pernah leka
Bonda berkorban jiwa dan raga
Menjaga, membelai saban ketika

Sanak saudara , jiran tetangga
Menyambut Syawal penuh gembira
Jasa bonda tiada nilainya
Kasih bonda membawa ke syurga

Ketupat, lemang jadi hidangan
Tetamu dijamu penuh bahagia
Pengorbanan bonda tiada tandingan
Suci hatinya berjiwa mulia

Syawal tiba mengakhiri Ramadhan
Beduk dipalu takbir berkumandang

Pulanglah beraya di kampung halaman
Mengubat rindu bonda tersayang

Nukilan
nur mutiara

Monday, October 13, 2008

Mereka perlukan maklumat

"Datanglah sini lagi Puan, ajarlah kami Puan. Banyak perkara lagi yang kami belum tahu". pinta salah seorang supervisor yang meminta saya membantu mereka. Ya, memang banyak yang perlu dibantu. Lebih2x lagi keadaan mereka yang terletak nun jauh di Sabah. Mereka perlukan tunjuk ajar dan maklumat yang cukup.

Komitment mereka cukup tinggi. Kesungguhan dan keprihatinan mereka dalam aspek keselamatan, kesihatan dan alam sekitar cukup membanggakan. Apakan daya; jarak dan masa memisahkan kami. Perjalanan agak jauh iaitu sekitar 2jam setengah penerbangan dari Semenanjung, 30 minit kereta dan disambung dengan 45 minit perjalanan menaiki bot. Kecut juga perut apabila bot bergerak laju menyusuri kawasan paya bakau.Orang Sabah cukup berbudi bahasa dan pandai meraikan tetamu. 'Sea food' disana cukup murah dan tentu sahaja peluang untuk makan sea food tidak dilepaskan setiap malam jika berkesempatan. Di tengah kejauhan di Sandakan Bay, terjalin satu hubungan yang cukup akrab sesama mereka. Walaupun pelbagai bangsa, pelbagai warganegara; masih ada lagi semangat persaudaraan yang saya lihat hanya mampu dibentuk melalui persaudaraan Islam. Rasa sayu apabila azan berkumandang di dataran yang terasing ini...

Sunday, October 12, 2008

Ziarah kekasih

Bila mengenangkan banyaknya kehilangan yang saya hadapi pada tahun 2008 disusuli dengan pelbagai peristiwa yang menduga hati dan perasaan, rupanya ianya adalah ujian nikmat yang tidak ternilai harganya. Di uji dengan kesusahan dan keresahan sebelum bertemu dengan ketenangan dan nikmat yang tidak ternilai apabila menziarahi bumi haram Makkah dan Madinah. Menziarahi kekasih Ilahi, makam Rasul tercinta Rasulullah s.a.w. Dah lama saya mengidam untuk ke tanah suci. Setiap kali musim haji dan setiap kali ada sahabat yang berjaya menjejakkan kaki ke sana, nun jauh disudut hati tersimpan rasa cemburu. Air mata pasti mengalir kerana hajat tidak kesampaian. Cemburu apabila suami menceritakan kisahnya yang pernah pergi kesana. Ya Allah, bilalah agaknya aku dapat kesana. Alhamdulillah...hajat dan doa terkabul akhirnya. Kami memilih bulan Ramadhan untuk mengerjakan umrah kerana ganjaran pahalanya sama dengan mengerjakan haji. Memang ramai yang tidak mahu pergi pada bulan Ramadhan kerana cuacanya yang agak panas dan bilangan jemaah yang cukup ramai. Jika inginkan keselesaan, mungkin pada cuaca dingin dan selepas bulan haji.
Menceritakan pengalaman apabila kali pertama melihat kaabah; umpama satu mimpi yang realiti. Sukar untuk digambarkan pelbagai perasaan di dijiwa. Pelbagai rasa.... dan linangan air mata mengalir tanpa diminta. Maha Suci Allah, Maha Besar Allah diatas setiap kejadian. Dapat sujud dan berdoa di hadapan pintu kaabah adalah merupakan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan untuk selamanya. Melihat jutaan umat Islam yang berlumba-lumba beribadat, merebut ganjaran di bulan yang mulia.
Kesempatan membawa mak yang juga kali pertama menjadi tetamu Allah, adalah pengalaman yang cukup berharga. Mak menangis kerana kata mak; "kita daripada keluarga susah. Belum seorang pun daripada keturunan mak sejak zaman nenek moyang dulu yang dapat jejakkan kaki ke sini. Semuanya hidup susah. Tak ada yang kerja besar". "Tak apalah mak. Syukur banyak2x kerana kita telah dijemput menjadi tetamu Allah dan Allah telah cukupkan keperluan kita, tanpa kita jangka. Ada orang yang berduit, tetapi belum datang surat jemputan dari Allah; maka mereka tidak hadir ke sini." Dalam keadaan mak yang tidak berepa kuat untuk berjalan, Allah telah mudahkan urusan kami untuk menjaga mak.

Selama 10 hari kami di Makkah dan setiap hari ada sahaja pengalaman-pengalaman berharga yang ditempuhi. Setiap hari kami hadiri kuliah dan sering diperingatkan oleh Ustaz Khairuddin akan pantang larang yang perlu dijaga selama berada di tanah haram. Sempat juga menziarahi tempat2x bersejarah di bumi Makkah seperti Gua Tsur, Padang Arafah, Medan Uhud, Mina dan beberapa masjid yang terkenal disana.

Wednesday, October 8, 2008

Tahun kesedihan

Ramai juga kawan2x bertanya.. " bila nak buat open house?". Tiada majlis open house tahun ini. Rumah kami sentiasa terbuka untuk sesiapa yang nak hadir cuma tiada majlis khusus. Tahun ini kami banyak kehilangan orang tersayang.

Bermula awal tahun, dimana atuk meninggalkan kami. Kemudian diikuti dengan uwan. Selepas itu diuji dengan adik yang sakit. Sebelum Ramadhan, abah pula dijemput Ilahi. Ketika kami menunaikan umrah, nenek hakki pula meninggal dunia.

Maha suci Allah diatas setiap ketentuan. Saya pun cuti tak panjang. Selepas raya terus terbang ke Sabah selama seminggu untuk urusan kerja. Maid pula masih di Indo untuk bercuti raya. Minggu depan pula sibuk dengan pembentangan projek dan anak pula nak periksa. Moga Allah berikan kekuatan untuk meneruskan urusan didunia dan membantu jentera Allah untuk aktviti2x menegakkan Islam.
Salam aidilfitri drp kami sekeluarga. Jemputlah dtg ke rumah.

Terasing di bumi sendiri...

Minggu ini saya menjalankan latihan untuk supervisor ladang di Sabah. Ini kali ke-3 saya menjejakkan kaki ke sini.Bezanya kali ini ianya atas urusan kerja dan agak banyak tempat yang saya pergi iaitu di KK, bandar Sandakan, Sandakan bay, Sentosa


Bila ditanya pekerja disini tentang keadaan bekerja di Sabah; masing2x mengelengkan kepala. Bagi mereka lebih seronok bekerja di Semenanjung. Bagi org Semenanjung, semuanya berdoa agar dapat kembali semula bekerja di Semenanjung. Alasan mereka ialah apabila berada di Sabah, terasa seperti berada di tanah air orang lain. Lebih ramai pekerja asing dan orang asing berbanding rakyat pribumi Malaysia. Jika di KK, keadaan masih OK lagi. Namun di Tawau, Sandakan, Ranau; majoriti adalah orang Filipina dan Indonesia. Habis tempat dinominasi mereka. Bila berjalan di Sandakan, terasa saya berada di negara Filipina dan Indonesia.


Kami dipandang asing dan terasing.Terasing di bumi sendiri.

Saturday, October 4, 2008

Rezeki buat mereka

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah diatas kurniaan nikmat dan rezeki yang mencurah daripada para dermawan untuk Pusat Khidmat Dun Paroi sepanjang Ramadhan yang lepas. 2 minggu di Makkah dan Madinah, kami memanjatkan doa agar Allah pelihara pejuang2x Islam di bumi Paroi, NS dan Malaysia amnya dari sebarang perkara2x yang tidak diingini.

Utusan SMS silih berganti antara saya dan Hjh Ciana. Bertanyakan khabar akan perkembangan di Paroi. Syukur Alhamdulillah kerana sumbangan datang mencurah2x untuk insan yang memerlukan di dun Paroi. 28 Sept, datang lagi sumbangan dari warga kilang NXP. Jazakallah, diatas keprihatinan sahabat2x yang meneruskan usaha membantu mereka yang memerlukan.

Rezeki buat ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin dun Paroi makin bertambah. Kami turut panjatkan doa buat sahabat2x agar rezeki masing2x bertambah dan dipermudahkan Allah SWT. 2 minggu disana, merupakan rezeki dan nikmat yang tidak ternilai rasanya. Sebutlah apa sahaja, mintalah apa sahaja; AUTOMATIK Allah akan kabulkan. Sekadar pengalaman pada hari pertama mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan yang lepas. Penat yang tidak terkata.... Kami buat tawaf dan saie sebelum subuh kerana hendak pastikan emak selesa apabila ditolak dengan menaiki kerusi roda. Tawaf ditingkat 2 masjidilharam memakan masa yang agak lama. Kami cuba untuk habiskan sebelum subuh dan ketika itu tekak terasa cukup dahaga. Sempat maklumkan kpd suami untuk bersahur dengan air zama-zam dahulu kerana takut kami tidak sempat bersahur. Baru sebut sahja air zam-zam, secara tiba2x; 2 cawan air zama-zam dihulurkan oleh seorang wanita Arab ketika kami sedang tawaf. Selepas itu, setiap pusingan pasti ada sahaja tangan yang menghulurkan air zam-zam kepada kami. Alhamdulillah, kami kenyang dan bertenaga bersahur dengan air zam-zam.

Maha suci Allah diatas segala ketentuan. Di sana makan cukup mewah. Bukan mewah seperti di Malaysia tetapi mewah dengan hati budi orang2x yang hadir disana. Sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada. Ketika sedang menunggu waktu subuh, tiba-tiba wanita Turki menghulurkan secawan kopi panas yang cukup lazat kepada saya. Kemudian dapat lagi roti dan buah limau. Rezeki mak pun cukup murah, dapat sejadah dan tasbih yang diberikan oleh seorang wanita arab berketurunan Perancis.

Ya Allah, banyaknya rezeki yang Enkau kurniakan kepada kami. Cuma kami yang seringkali alpa dalam mensyukuri nikmatmu. ampunkan kami Ya Allah, berkatilah kami Ya Allah..

Saturday, September 27, 2008

TERIMA KASIH & MAAF

"Akak, terima kasih banyak2x kerana menjaga anak saya dengan baik. Terim kasih kerana bekerja dengan amanah dan menjadi pembantu yang baik." Senyum Kak Midah meleret bila saya tak habis2x mengucapkan terima kasih kepadanya. Bukan susah sangat, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH. Satu ucapan yang paling mudah untuk disebut bagi meraikan seseorang.

"Maaf ye kak, kalau ada silap dan salah saya dengan akak. Kalau terlebih cakap, marah dan sebagainya. Maaf banyak2x kalau akak tak selesa bekerja dengan kami". MAAF, memang pendek tetapi payah untuk diungkapkan. Lebih2x lagi majikan minta maaf dengan pembantu rumah. Biasalah manusia, ada ego tersendiri. Kadang kala pelik juga bila ada orang yang sukar sekali lontarkan perkataan maaf meskipun teryata bersalah. Ianya menggambarkan ego diri masing2x. MAAFkan sahaja. Itu yang paling mudah. MAAF dan TERIMA KASIH wajar diungkapkan sebagai tanda kerendahan hai terutama sekali bila berhadapan dengan PENCIPTA. Mohon maaf dan ampun atas segala dosa dan lafazkan kesyukuran atas segala nikmat.

Salam eidulfitri

Tuesday, September 9, 2008

Masa itu emas

Ya Allah, banyakkan kerja yang perlu dibuat. Assignment perlu dihantar minggu ini juga. Kerja-kerja office perlu dihandover kepada new executive. Alhamdulillah dalam kesibukan Allah masih lagi memberi kekuatan dan kelapangan untuk saya menyiapkan tugasan di tempat kerja dan dalam waktu yang sama menghabiskan kertas kerja kursus yang wajib dihantar. Dalam tahun ini saya menghadihi 2 kursus penting yang dihantar oleh pihak syarikat.




Bulan 3 yang lepas saya telah lulus dalam kursus Certificate in Traning Practice (CITP), UK.
Dengan adanya sijil ini saya layak untuk menjadi trainer/jurulatih untuk seluruh dunia. Saya boleh conduct training di Singapore, Thailand, Indon, US, UK kerana ianya mengajar kita tentang teknik menjadi presenter dan bagaimana untuk prepare training & presentation material. Bila berdaftar sebagai sebagai ahli dalam Charetered Institute of Personnel and Development (CIPD), saya banyak belajar tentang "People Management". Seronok dapat mempelajari pelbagai ragam manusia.
InsyaAllah, saya sedang cuba menghabiskan assignment untuk satu lagi sijil "Young Manager Development Programme (YMDP)" yang sedang diikuti. Memandangkan minggu ini saya akan menunaikan umrah, segala assignment perlu dihantar sebelum saya bercuti. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan perjalanan dan permudahkanlah rakan sekerja saya yang akan menyudahkan apa yang tertangguh. Moga Allah berikan ketajaman fikiran dan kepantasan akal untuk membuat cadangan pembaikan. Letih sebenarnya bila terlalu lama berfikir jika dibandingkan dengan letih apabila berkebun. Banyak sangat berfikir hingga tidur pun sering terkeluar mimpi tentang assignment. Ya Allah, terima kasih atas nikmat yang tidak terhingga. Dalam kesibukan, Engkau masih memberi ruang dan peluang untuk aku menuntut ilmu. Alhamdulillah...

Monday, September 8, 2008

Doa banyak-banyak

Alhamdulillah, program Iftar Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda Kawasan Rembau berjalan dengan lancar. Kehadiran makin bertambah berbanding tahun lepas yang mana para jemaah muslimat terpaksa bersembahyang diluar rumah. Terima kasih kepada tuan rumah, Hj Roni dan Ustazah Zuraini yang telah bersusah payah menyediakan jamuan untuk lebih 50 orang yang hadir.

Solat terawih kami diselangselikan dengan tazkirah bersama Naqib, Ustaz Rahim. antara pengisian yang menyusup masuk ke kotak pemikiran saya ialah tentang konsep doa. Kata Ustaz, bulan Ramadan ialah bulan yang agung, bulan yang mulia lagi berkat serta dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka. Mesti perbanyakkan doa di bulan yang mulia ini. Jika masih ada haja-hajat kita yang masih belum dikabulkan, mohonlah padaNya, rayulah padaNya, berserahlah padaNya...insyaallah Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu Bulan Ramadan bulan yang diberkati, Allah memfardukan kepada kamu berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadan dibuka pintu-pintu syurga dan dikunci pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”(Hadis riwayat Ahmad)

Tambahan lagi orang yang berpuasa itu tidak ditolak doanya sebagaimana yang yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:
“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka, imam (pemerintah) yang adil dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Sedikit informasi yang sempat saya baca tentang waktu2x yang kitaperlu perbanyakkan doa.
Di samping itu kita juga boleh memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat-tempat atau ketika dimana doa mudah dan cepat dikabulkan. Di antaranya ialah:
  1. Di satu pertiga akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardu. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
    “Tuhan kami Tabaraka wa Ta‘ala turun tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga akhir waktu malam berfirman: “Barangsiapa yang berdoa kepadaKu maka Aku akan mengabulkannya baginya, barangsiapa meminta kepadaKu maka Aku akan memberinya, barangsiapa memohon keampunanKu maka Aku mengampuninya.”(Hadis riwayat Bukhari)Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu berkata, telah ditanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
    “Doa apakah yang lebih didengar (dikabulkan)?” Nabi bersabda: “(Doa tatkala) satu pertiga terakhir malam dan sesudah sembahyang fardu.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
  2. Malam Lailatulqadar. Firman Allah di dalam surah Al-Qadr ayat 3-5 yang tafsirnya :
    “Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.”Manakala diriwayatkan daripada Sayyidatina Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya:
    “Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Apa pendapatmu (katamu) jika aku mengetahui malam Lailatulqadar daripada mana-mana malam, apa yang hendak aku baca pada malam itu?” Nabi bersabda: “Engkau bacalah Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, suka mengampuni maka ampunilah aku.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
  3. Hari Arafah. Diriwayatkan daripada ‘Amr bin Syuaib daripada bapanya daripada neneknya sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
    “Sebaik-sebaik doa ialah doa pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan ialah tiada tuhan melainkan Allah yang tunggal yang tiada sekutu bagiNya. BagiNya kekuasaan dan bagiNya puji-pujian dan Dia Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
  4. Hari dan malam Jumaat. Daripada Abu Lubabah bin Abdul Mundzir berkata, telah bersabda Rasulullah Shallalahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
    “Sesungguhnya hari Jumaat itu adalah penghulu segala hari dan hari yang paling agung di sisi Allah dan ia (hari Jumaat) adalah lebih agung di sisi Allah dari Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri. Pada hari Jumaat itu terdapat lima peristiwa penting. (Iaitu) Allah mencipta Nabi Adam, Allah menurunkan Nabi Adam ke bumi, Allah mewafatkan Nabi Adam, pada hari itu ada satu waktu, bila seorang hamba memohon kepada Allah pasti Allah mengurniakannya selama mana dia tidak meminta yang haram dan pada hari itu juga terjadinya Hari Kiamat. Tiada satu malaikat Muqarrib, tidak juga langit, bumi, angin, gunung, dan lautan kecuali mereka itu merasa takut akan hari Jumaat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)Diriwayatkan pula daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
    “Apabila malam Jumaat, jika engkau berdaya bangun pada satu pertiga malam yang akhir, maka sesungguhnya padanya ada satu waktu yang dipersaksikan (oleh Allah dan para malaikat) dan doa pada waktu itu mustajab.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
  5. Di antara azan dan iqamah. Daripada Anas bin Malik berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
    “Doa di antara azan dan iqamah tidak akan ditolak. Berkata para sahabat: “Maka apa yang patut kami katakan wahai Rasulullah (ketika itu)?” Nabi bersabda: “Pohonlah kepada Allah keafiatan di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Tirmidzi)
    Ketika berhadapan dengan musuh di dalam peperangan. Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa‘d As-Sa‘idi bahawasanya dia berkata yang maksudnya :
    “Dua masa dibukakan keduannya pintu-pintu langit dan sedikit sekali doa orang yang berdoa ditolak; ketika panggilan untuk mendirikan sembahyang dan berhadapan dengan musuh dalam peperangan.” (Hadis riwayat Malik)
  6. Ketika sujud di dalam sembahyang. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
    “Sehampir-hampir seorang hamba kepada Tuhannya adalah (ketika) dia sujud, maka kamu perbanyakkanlah doa.” (Hadis riwayat Muslim An-Nasa’i, Abu Daud dan Ahmad
  7. Ketika mendengar kokokan ayam. Ini adalah berdasarkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
    “Apabila kamu mendengar kokokan ayam maka mohonlah kepada Allah daripada kelebihanNya, sesungguhnya ayam itu telah melihat malaikat dan apabila kamu mendengar pekikan suara keldai maka mohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan, sesungguhnya keldai itu telah melihat syaitan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)amat baik untuk berdoa;

Friday, September 5, 2008

Mengekalkan Akhlak Yang Baik

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”
Riwayat at-Tarmizi
Huraian
1.Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar serta bergaul rapat dengan masyarakat dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu dan tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya.
2.Tabiat manusia adalah berhubungan rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang itu maka dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauhmana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain daripada penilaian yang dihitung oleh Allah S.W.T sendiri.

Thursday, September 4, 2008

Tahun lepas..ramai sungguh orang kaya

Alhamdulillah...tahun ini sekali lagi kami dapat menumpulkan barang-barang dapor untuk diagihkan kepada anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal. Namun sumbangan tahun ini tidak sehebat tahun lepas. Seronoknya tahun lepas, barangan dapor yang diterima cukup banyak dan pelbagai jenis untuk 60 orang keluarga. Tahun ini kami mensasarkan setiap 60-80 keluarga akan menerima hanya barang asas sahaja iaitu beras, gula, tepung dan minyak. Ini bagi memastikan setiap orang akan dapat bahagian masing2x.


(ini gambar tahun lepas)
Tahun lepas, gotong royong membungkus makanan untuk diedarkan cukup meriah. Program ziarah kami berjalan lancar dari rumah ke rumah. Tahun lepas juga semua fakir miskin dan anak yatim di dun Chembong, Kota, Paroi dapat merasa bahagian masing2x. Tahun ini walaupun sedikit sumbangan yang diterima, kami akan memastikan setiap orang akan dapat merasa nikmat kegembiraan bersama. tahun lepas rami orang kaya yang bukan setakat kaya harta tetapi kaya budi, kaya bahasa, kaya jiwa. Namun tahun ini mungkin disebabkan ekonomi yang tidak menentu, sumbangan kurang menggalakkan. Namun tawaran masih terbuka. Ramadhan baru seminggu, ada 3 minggu lagi untuk kita sama2x merebut tawaran menjadi insan yang kaya pahala di sisi Allah sepanjang Ramadhan ini. Moga2x Allah permudahkan urusan dan memberi rezeki yang berpanjangan kepada mereka.

Tuesday, September 2, 2008

Bantulah beliau..

Ahad lepas saya dan emak telah menziarahi Pn Nafsiah dan ibunya, nenek Sariah di Kampung Chengkau Ulu. Sedih mendengar cerita Pn Nafsiah yang mana bekas suaminya tiada lansung memberikan nafkah kepada anak-anak. Lebih memeritkan lagi apabila beliau baru sahaja menimang cucu sulung yang mana anak menantunya turut tinggal bersamanya.

Sewaktu kunjungan jam 2.30 petang, beliau sekeluarga masih lagi belum makan tenghari dan anak keduanya sedang memasak sayur menggunakan dapur kayu. Keadaan dapur cukup uzur dan atapnya bocor.



Dah lama saya tidak melawat nenek Sariah. Kali terakhir pun adalah Ramadhan tahun lepas dan nampaknya beliau sudah semakin uzur. Emak saya memberi kata2x semangat kepada kak Nafsiah supaya banyak bersabar dengan kesusahan membesarkan anak2x. Apa yang dilalui oleh beliau turut pernah dirasai oleh emak saya satu ketika dahulu. Semuanya perlu dilalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

Anak Pn Nafsiah yang ke-2 bakal menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini dan merupakan pelajar harapan sekolah. Dia mendapat 4A dalam keputusan percubaan yang lepas. InsyaAllah saya doakan beliau akan berjaya. Alhamdulillah selepas sahaja menghantar sedikit sumbangan, seorang sahabat sanggup menjadi penyumbang tetap beras bagi setiap bulan kepada keluarga ini. Orang-orang UMNO didalam kampung ini marah bila kisah Pn Nafsiah keluar dalam Sinar. "Bukan saya yang meminta, ada orang yang hendak tolong..." beliau ucapkan terima kasih diatas keprihatinan semua. Saya doakan agar Allah permuadahkan urusan Pn Nafsiah.

Monday, September 1, 2008

Abah ..pemergianmu satu kehilangan

Terima kasih kpd semua sahabat2x yg dtg ziarah keluarga abah di KL terutamanya ustaz Rahim, YB taufek, Hassan Sufian, Hj shukri dan Hjh Ciana. Terima kasih juga kepada sahabat yang memanjatkan doa dan ucapan takziah. Pemergian abah begitu memberi kesan yg mendalam kepada kami berdua. Abah ada menelefon kami sewaktu mesyuarat terakhir program diambang merdeka, Isnin malam sekitar jam 10.34pm. Ceria sahaja suara abah. Abah meninggal pukul berapa tiada siapa yang tahu kerana sewaktu jam 5.30pagi ketika adik bongsu ingin kejutkan abah, abah telah kaku sejuk. Bersih dan tenang wajah abah, seolah2x sedang tidur lena.

Minggu lepas, hakki sempat tidur 3 malam menemankan abah diKL manakala saya pula hanya sempat berjumpa abah 3 minggu lepas sewaktu memaklumkan niat kami yang akan ke umrah ramadhan nanti. Abah memberi nasihat kepada kami berdua hampir satu jam setengah. Banyak yang abah nasihatkan...banyak yang abah amanahkan kepada kami berdua. Rupa-rupanya itulah kali terakhir, saya bersua dengan abah.

Ya Allah, kehilangan abah merupakan satu kehilangan yang besar. Abah di usia 66 tahun meninggalkan mak dan 6 orang anak yang telah berjaya. Ramai tetamu yang hadir terutamanya ahli2x Pas Kg batu yang mana abah adalah bendahari cawangan disitu. Anak murid abah pun ramai yang hadir kerana abah merupakan guru mengaji Al-Quran di Kampung Batu, KL. Abah juga adalah kenalan Hj Aziz yang sama2x bertugas di HQ Felda satu ketika dahulu.

Antara 3 org menantu perempuan yg abah ada, saya yang agak rapat dengan abah. Abah selalu menelefon saya sekiranya saya outstation, bertanya khabar sama ada selamat sampai atau tidak. 2 perkara yang sering abah ingatkan kepada saya iaitu sebagai isteri jagalah 2M iaitu Maruah dan Mulut. Maruah diri ketika dimana sahaja berada kerana abah tahu tugas dan bidang saya yang banyak bergaul dengan lelaki berbanding kawan sekerja perempuan. Pesan abah, jagalah maruah sebaik yang mungkin. Satu lagi abah tekankan tantang sikap wanita yang tidak pandai menjaga mulut. peliharalah mulut agar tidak meninggikan suara dengan suami, berkata perkara yang baik2 tentang suami dan sentiasa doakan kesejahteraan suami. gaya abah bercakap saling tidak tumpah seperti pelakon Datuk Rahim Razali. Penuh teliti, unik dan satu persatu bahasanya.

Gaya bahasa abah penuh berbunga indah dan jika berbicara dengan abah terasa akan auranya.Itulah yang abah telah turunkan kepada ketiga-tiga orang anak lelakinya dari no 1-3 (hakki). Abah yang mengajar mereka berpidato, abah yang mengajar mereka mengaji Al-quran, abah yang telah mendidik mereka ilmu agama untuk mereka. Besarnya jasa abah kepada kami semua. Jika mampu saya menulis, ingin saya coretkan sebuah cerpen tentang abah. Insan istimewa yang cukup unik dan kreatif.

Doa saya moga Allah ampuni segala dosa abah, pelihara abah dan tempatkan abah dikalangan orang2x yang beriman.Al -Fatihah

Limpahan Ujian

Ya Allah, Maha Suci Engkau diatas segala ketentuan dan ujian yang diberikan kepada hamba-hambamu. 2 minggu yang lalu pelbagai peristiwa yang menguji jiwa dan perasaan. Menguji kesabaran dan ketabahan. Kehilangan orang yang tersayang. Kecuaian yang mungkin tidak disengajakan... Ya Allah, semuanya adalah ujian. Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan dan ketabahan yang berpanjangan.



19 Ogos - Anak bongsu ditimpa kemalangan dikepala dan luka dikepala terpaksa dijahit. Waktu itu pula saya sedang sibuk menjalankan pemeriksaan di ladang.Perjalanan dari Bukit Paloh ke rumah tok di Lenga memakan masa hampir 2 jam dan begitu meletihkan terutamanya melalui jalan tanah merah. Ya Allah, peliharalah anakku.


21 Ogos - Adik lelaki bongsu, Fendi dikejarkan wad kecemasan di hospital Tampin kerana tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke hospital Seremban. Saya tidak mampu nak balik kerana terpaksa meneruskan kerja sehingga 22 Ogos memandangkan saya lead auditor untuk pemeriksaan tersebut. Ya Allah, peliharalah adikku dan mudahkan urusannya


25 Ogos - Anak sulung pula tidak sihat di rumah. Mulanya dah planning nak bermalam dirumah abah di KL tetapi bila dimaklumkan anak tak sihat dan pada malam yg sama ada mesyuarat penting, niat bermalam dirumah abah terpaksa dibatalkan. Letih badan tidak terkira apabila tamat sahaja seminar di Genting, terus saya menumpang kawan ke damansara menunggu suami. Hujan lebat malam itu dan kami basah kuyup menaiki motor ke Seremban.


26 Ogos - Jam 5.30 pagi saya mendapat berita sedih kehilangan abah yang saya sayangi. Ya Allah, kurniakan kekuatan dan ketabahan kepada kami sekeluarga. terus naik motor bersama suami ke KL selepas Subuh. Anak kami tinggalkan kerana ingin menguruskan jenazah abah secepat mungkin. Ya Allah, peliharalah abah, ampunkan dosanya, moga abah ditempatkan bersama orang2x yang soleh.


Masih terbayang saat manis membawa abah bercuti di PD bersama kaum keluarga. Masih tergiang nasihat abah di telinga saya...Moga Allah berkati abah diakhirat kelak

Malam PERTAMA...

Malam pertama ……….
Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?
Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)
Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"