Ya Allah, Maha Suci Engkau diatas segala ketentuan dan ujian yang diberikan kepada hamba-hambamu. 2 minggu yang lalu pelbagai peristiwa yang menguji jiwa dan perasaan. Menguji kesabaran dan ketabahan. Kehilangan orang yang tersayang. Kecuaian yang mungkin tidak disengajakan... Ya Allah, semuanya adalah ujian. Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan dan ketabahan yang berpanjangan.
19 Ogos - Anak bongsu ditimpa kemalangan dikepala dan luka dikepala terpaksa dijahit. Waktu itu pula saya sedang sibuk menjalankan pemeriksaan di ladang.Perjalanan dari Bukit Paloh ke rumah tok di Lenga memakan masa hampir 2 jam dan begitu meletihkan terutamanya melalui jalan tanah merah. Ya Allah, peliharalah anakku.
21 Ogos - Adik lelaki bongsu, Fendi dikejarkan wad kecemasan di hospital Tampin kerana tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke hospital Seremban. Saya tidak mampu nak balik kerana terpaksa meneruskan kerja sehingga 22 Ogos memandangkan saya lead auditor untuk pemeriksaan tersebut. Ya Allah, peliharalah adikku dan mudahkan urusannya
25 Ogos - Anak sulung pula tidak sihat di rumah. Mulanya dah planning nak bermalam dirumah abah di KL tetapi bila dimaklumkan anak tak sihat dan pada malam yg sama ada mesyuarat penting, niat bermalam dirumah abah terpaksa dibatalkan. Letih badan tidak terkira apabila tamat sahaja seminar di Genting, terus saya menumpang kawan ke damansara menunggu suami. Hujan lebat malam itu dan kami basah kuyup menaiki motor ke Seremban.
26 Ogos - Jam 5.30 pagi saya mendapat berita sedih kehilangan abah yang saya sayangi. Ya Allah, kurniakan kekuatan dan ketabahan kepada kami sekeluarga. terus naik motor bersama suami ke KL selepas Subuh. Anak kami tinggalkan kerana ingin menguruskan jenazah abah secepat mungkin. Ya Allah, peliharalah abah, ampunkan dosanya, moga abah ditempatkan bersama orang2x yang soleh.
Masih terbayang saat manis membawa abah bercuti di PD bersama kaum keluarga. Masih tergiang nasihat abah di telinga saya...Moga Allah berkati abah diakhirat kelak
No comments:
Post a Comment