Minggu lepas, hakki sempat tidur 3 malam menemankan abah diKL manakala saya pula hanya sempat berjumpa abah 3 minggu lepas sewaktu memaklumkan niat kami yang akan ke umrah ramadhan nanti. Abah memberi nasihat kepada kami berdua hampir satu jam setengah. Banyak yang abah nasihatkan...banyak yang abah amanahkan kepada kami berdua. Rupa-rupanya itulah kali terakhir, saya bersua dengan abah.
Ya Allah, kehilangan abah merupakan satu kehilangan yang besar. Abah di usia 66 tahun meninggalkan mak dan 6 orang anak yang telah berjaya. Ramai tetamu yang hadir terutamanya ahli2x Pas Kg batu yang mana abah adalah bendahari cawangan disitu. Anak murid abah pun ramai yang hadir kerana abah merupakan guru mengaji Al-Quran di Kampung Batu, KL. Abah juga adalah kenalan Hj Aziz yang sama2x bertugas di HQ Felda satu ketika dahulu.
Antara 3 org menantu perempuan yg abah ada, saya yang agak rapat dengan abah. Abah selalu menelefon saya sekiranya saya outstation, bertanya khabar sama ada selamat sampai atau tidak. 2 perkara yang sering abah ingatkan kepada saya iaitu sebagai isteri jagalah 2M iaitu Maruah dan Mulut. Maruah diri ketika dimana sahaja berada kerana abah tahu tugas dan bidang saya yang banyak bergaul dengan lelaki berbanding kawan sekerja perempuan. Pesan abah, jagalah maruah sebaik yang mungkin. Satu lagi abah tekankan tantang sikap wanita yang tidak pandai menjaga mulut. peliharalah mulut agar tidak meninggikan suara dengan suami, berkata perkara yang baik2 tentang suami dan sentiasa doakan kesejahteraan suami. gaya abah bercakap saling tidak tumpah seperti pelakon Datuk Rahim Razali. Penuh teliti, unik dan satu persatu bahasanya.
Gaya bahasa abah penuh berbunga indah dan jika berbicara dengan abah terasa akan auranya.Itulah yang abah telah turunkan kepada ketiga-tiga orang anak lelakinya dari no 1-3 (hakki). Abah yang mengajar mereka berpidato, abah yang mengajar mereka mengaji Al-quran, abah yang telah mendidik mereka ilmu agama untuk mereka. Besarnya jasa abah kepada kami semua. Jika mampu saya menulis, ingin saya coretkan sebuah cerpen tentang abah. Insan istimewa yang cukup unik dan kreatif.
Doa saya moga Allah ampuni segala dosa abah, pelihara abah dan tempatkan abah dikalangan orang2x yang beriman.Al -Fatihah
No comments:
Post a Comment