" Ummi, nanti tahun depan Ain tak payah beli kasut ye. Kasut Ain elok lagi" kata-kata Ain melegakan hati. Alhamdulillah, anak-anak ini faham. Tak elok membazir. membazir adalah amalan syaitan. Lebih-lebih lagi masa sekarang. Sekarang adalah masa terbaik untuk menabung…masa untuk berjimat. Ekonomi tidak berapa stabil dan jika dibaca artikel-artikel dan ulasan pakar ekonomi; ramai berpendapat bahawa krisis ekonomi masa kini lebih teruk berbanding tahun 1998. Jangkaan ekonomi akan pulih seperti biasa ialah pada tahun 2011.
Meskipun harga minyak turun sedikit namun harga barang-barang keperluan terus melambung tinggi. Bagi ibubapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah; bebanan kewangan kian mencabar tenaga dan minda. Tak lepas juga kepada kaum lelaki yang isterinya tidak bekerja. Hidup kian meruncing buat ibu tunggal yang tiada pendapatan mahupun pekerjaan tetap. Lebih memilukan mereka telah hilang tempat bergantung. Apabila meneliti scenario ekonomi sekarang kita selaku para ibu harus memainkan peranan bagi memastikan keperluan rumahtangga dapat diuruskan dengan sebaiknya dan konsep berjimat cermat dalam perbelanjaan.
Kalau boleh cari barang yang berkualiti dengan harga yang murah. Bagi saya; kalau menepati citarasa, lagi murah lagi bagus. Contohnya kasut sekolah anak yang berusia 5 tahun saya beli diTesco. Sepasang hanya RM4.90 dan kami beli 2 pasang. Alhamdulillah, sampai hujung tahun kasutnya masih elok seperti baru. Tak koyak, tak ada rekahan dan warna pun tak luntur. Syukur kepada Allah kerana anak memahami perkara ini. Dia tak minta bukan-bukan. Mungkin dia faham ada ramai lagi insan yang tidak dapat kasut baru. So, kita sebagai ibubapa kalau nak berbelanja fikirlah banyak kali. kadang kala anak boleh toleransi namun sikap sesetengah ibubapa tidak mahu toleransi dengan kemampuan sendiri. Bagi saya, jangan ikut orang. Meskipun kita mampu beli yang mahal, fikirlah akan banyak lagi perkara yang boleh dibuat dengan duit yang sedia ada. Contoh yang mudah; berilah pada yang tiada agar terhibur hati mereka yang lara.
No comments:
Post a Comment