"Datanglah sini lagi Puan, ajarlah kami Puan. Banyak perkara lagi yang kami belum tahu". pinta salah seorang supervisor yang meminta saya membantu mereka. Ya, memang banyak yang perlu dibantu. Lebih2x lagi keadaan mereka yang terletak nun jauh di Sabah. Mereka perlukan tunjuk ajar dan maklumat yang cukup.
Komitment mereka cukup tinggi. Kesungguhan dan keprihatinan mereka dalam aspek keselamatan, kesihatan dan alam sekitar cukup membanggakan. Apakan daya; jarak dan masa memisahkan kami. Perjalanan agak jauh iaitu sekitar 2jam setengah penerbangan dari Semenanjung, 30 minit kereta dan disambung dengan 45 minit perjalanan menaiki bot. Kecut juga perut apabila bot bergerak laju menyusuri kawasan paya bakau.Orang Sabah cukup berbudi bahasa dan pandai meraikan tetamu. 'Sea food' disana cukup murah dan tentu sahaja peluang untuk makan sea food tidak dilepaskan setiap malam jika berkesempatan. Di tengah kejauhan di Sandakan Bay, terjalin satu hubungan yang cukup akrab sesama mereka. Walaupun pelbagai bangsa, pelbagai warganegara; masih ada lagi semangat persaudaraan yang saya lihat hanya mampu dibentuk melalui persaudaraan Islam. Rasa sayu apabila azan berkumandang di dataran yang terasing ini...
No comments:
Post a Comment